Perasan tak, kita selalu sangat dengar orang jadikan alasan memiliki ‘tulang besar’ itu sebabnya dia tidak atau sukar untuk turunkan berat badan.
Hakikatnya tiada pun istilah tersebut dan menurut perkongsian daripada Dr Ahmad Zakimi Abdullah bahawa saiz tulang antara seseorang dengan seseorang yang lain adalah sama sahaja.
TULANG BESAR?
Seorang kakak berusia lewat 40-an datang menemui saya. Datang ke Jabatan kecemasan setelah dirujuk dari klinik sebab sakit lutut. Setelah diperiksa secara fisikal dan X-ray di dapati kakak tadi mengalami osteoarthritis kedua-dua belah lututnya.
“Berat dan tinggi akak berapa ya.”
“Berat akak 108kg, tinggi 158cm, doktor.”
Saya terus mengira BMI (body mass index). BMI kakak adalah 43. “Akak punya berat ni terlebih. Dah masuk kategori obes ni. Lutut akak sakit dan kena osteoarthritis sebab obes. Berat lebih,” ujar aku.
“Taklah doktor. Tulang akak besar sebab tu berat.” Balas kakak.
“Eh! akak. Mana ada istilah tulang besar. Saiz tulang sama saja. Nobody is big-boned. Yang berat tu lemak berlebihan.” Jawab aku. Kakak tersenyum dalam kesakitan.
Formula Mengira BMI
Body Mass Index (BMI)
Cara mengira atau formula BMI = berat (kg) /tinggi² (m)
Kurang berat badan: BMI <18.5
Normal atau berat ideal: BMI 18.5 – 22.9
Berlebihan berat badan: BMI > 23
Pra-Obes: BMI 23.0 – 27.4
Obes I: BMI 27.5 – 34.9
Obes II: BMI 35.0 – 39.9
Obes III: BMI > 40.0
(Rujukan dari WHO Klasifikasi Obesiti untuk populasi Asia)
Anda boleh kira sendiri BMI masing dan boleh tahu di tahap mana.
Jalani Hidup Sihat
Selain dari osteoarthritis, anda juga berisiko kepada penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi, kegagalan jantung dan penyakit jantung koronari, stroke, gout, fatty liver, batu karang hempedu, sleep apnea, metabolic syndrome dan macam-macam lagi.
Tiada jalan pintas kalau nak kurus atau kurangkan berat badan. Tiada supplemen atau produk untuk kurus seperti yang dimomokan oleh penjual penipu di luar sana. Semua tu karut.
Tips nak kurus atau kurangkan berat badan simple saja. Hanya menjalankan cara hidup sihat.
Ingat! Nobody is big-boned dan tiada jalan pintas kalau nak slim, okay.
BMI 19
Sumber : Dr Ahmad Zakimi Abdullah (Dr Zek)
video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club