Tiada Istilah Anak Kesayangan. Siapa Buat Salah, Dia Akan Didenda!
Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Que Haidar dan isterinya, Linda Jasmin, masih menekankan bahasa Melayu dalam pertuturan di rumah selain menggunakan bahasa Inggeris. Ketiga-tiga anak mereka, Qalif Khan, 15, Tengku Ratu Haidar, 6, dan Tengku Cleopatra Haidar, 4 tahun, masing-masing fasih berbahasa Melayu, tidak sedikit pun kedengaran kekok.
Berbicara tentang anak, spontan sahaja bapa tiga anak ini tersenyum lebar. Mengakui kagum dengan ibu dan arwah bapanya yang membesarkan mereka sepuluh beradik, Que sebolehnya cuba menyantuni anak-anak mengikut acuan yang serupa. Sebagaimana bahagia mereka seisi keluarga, begitu juga dia mahu memastikan isteri dan anak-anak bahagia.
“Bukan senang untuk melakukannya tetapi saya mahu buat yang terbaik untuk keluarga. Bila melihat apa yang arwah bapa lakukan untuk kami sekeluarga nampak seperti mudah. Padahal hakikatnya ia tidak semudah yang dijangka. Ada tiga orang anak ini pun pening juga kepala, apatah lagi arwah bapa membesarkan kami.
“Masing-masing mempunyai perangai dan kecenderungan berbeza. Anak yang sulung, Qalif, sudah meningkat remaja, lain pula cara untuk menanganinya. Ratu dan Cleo juga punya karektor berlainan meski beza umur mereka hanya dua tahun. Pada saya, tiada istilah anak kesayangan. Siapa buat salah, dia tetap akan didenda.
Ads
“Antara saya dengan Linda, saya lebih tegas dan ada sedikit temper. Linda lebih lembut dan tidak suka marah anak-anak. Memang tak hairan kalau anak-anak gelar saya Mr. No di rumah sebab perkataan No (tidak) memang selalu sahaja keluar dari mulut saya. Kecil hati juga bila mula-mula tahu digelar begitu, tetapi tak boleh nak buat apa. Terima sahajalah,” katanya tertawa lucu apabila Cleo datang di sebelahnya mengangguk sambil memanggil nama gelarannya.
Ads
Meski begitu dia tetap bertegas sekiranya perlu. Dia percaya salah seorang daripada mereka perlu tegas dalam mendidik anak-anak. Hal ini membantu mereka lebih berdisiplin dan belajar dari kesilapan. Orang yang berbuat salah perlu didenda dan dari situ anak-anak belajar apa yang dilakukan mereka salah.
“Kalau salah, tetap salah. Biasanya hukuman yang saya beri seperti berdiri di hujung, tiada gajet dan denda lain yang bersesuaian. Saya bukan jenis yang hanya terangkan apa yang dibuat itu salah, tanpa sebarang tindakan. Saya tak mahu mereka fikir kesalahan mereka itu adalah okay untuk dilakukan bila saya tidak marah dan betulkan mereka.
Ads
“Kadang-kadang, Linda kata saya ‘kejam’ sebab denda anak-anak. Tapi, saya masih dengan prinsip saya. Salah seorang daripada kami mestilah tegas. Tak bolehlah kedua-duanya lembut dan tidak langsung marah (tegas) dengan anak-anak. Inilah cara kami mendidik anak dan cara ini saya terapkan sebagaimana cara ibu bapa dan mentua saya mendidik anak-anak mereka.
Bila dah berumah tangga, selalunya sikap pasngan akan bertentangan dengan kita. Bagi pasangan ini, Linda dikatakan lebih sistematik tidak kira dalam urusan kerja mahupun dalam rumah tangga. Apa yang membuktikan Linda begitu, anda boleh rujuk dalam cerita penuh keluarga ini dalam majalah Keluarga keluaran Oktober 2016.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak adalah rezeki daripada Allah. Setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibu bapanya sama-sama ‘menumpang’ rezeki anak itu. Inilah yang orang sering kaitkan ‘rezeki anak’. Nabil mengakui, sejak menimang cahaya mata kedua, dia dan isteri dilimpahi rezeki. Dia dan isteri bersyukur dengan limpahan rezeki yang diterima tidak putus-putus.
“Biasanya, pasangan suami isteri bertegang leher semata-mata kerana duit. Mungkin kerana keadaan kewangan keluarga yang masih belum stabil. Tetapi, alhamdulillah saya dan isteri setakat ini masing-masing tak jadi isu kalau masalah duit. Zira sendiri sedang aktif dalam bisnes online.
Tak bermakna kami langsung tak ‘selisih’ dengan masalah. Biasalah, asam garam rumah tangga bukan semuanya semanis madu. Sesekali telan juga pahit hempedu. Macam biasa, gaduh dengan pasangan itulah yang buat kita makin faham kehendak dan sikap masing-masing.”
Misi Nabil & family 10 tahun akan datang
1. Harap masih lagi berada dalam industri hiburan
2. Punya aset berharga terutama rumah untuk setiap anak.
3. Hantar Mika dan Medyna ke sekolah antarabangsa
4. Rumah di kampung dijadikan homestay untuk seluruh keluarga
5. Kekal miliki empat aspek utama (Money, Power, Respect, Humble).
Tip didik anak
1. Ajar anak bersabar dan bersyukur. Tidak semua yang diingini dapat dipenuhi.
2. Didik ikut cara bapa. Garang dengan anak-anak, bukan untuk ditakuti tetapi agar anak hormat.
3. Tekankan budi bahasa, pemikiran yang baik dan berpandangan jauh.
4. Bina hubungan yang rapat dengan anak-anak.
5. Terapkan nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak
Ada sesuatu yang Nabil pegang dalam bab rezeki, begitu mudah dan membantu untuk kita terapkan dalam keluarga tersayang. Apa dan bagaimana Nabil kembangkan anda boleh dapatkan majalah terbaru di pasaran keluaran bulan November 2015.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semenjak anak-anak kita tidak boleh ke sekolah akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan 18 Mac lalu oleh kerajaan, nyata itu bukanlah alasan untuk anak-anak kita tidak mengulangkaji buku pelajaran.
Apatah lagi usaha dan iniasiatif guru-guru telah menggunakan aplikasi whatapps untuk berkongsi nota dan memberikan latihan kepada anak murid, usaha ini harus dipuji.
Apa yang pasti tujuan murni ini bagi memastikan anak-anak kita terus dapat belajar walau tidak dapat pergi ke sekolah seperi biasa akibat Covid-19 ini.
Pun begitu, kita juga sedia maklum tidak semua pelajar tersebut terdiri daripada keluarga berkemampuan, ada sebahagiannya tidak mempunyai telefon pintar.
Pun begitu, memetik berita yang dikongsikan di Harian Metro, pastinya ramai berlapang dada bila mana YAYASAN YTL dengan kerjasama YTL Communications telah menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran di rumah.
Inisiatif belajar dari rumah itu sebagai tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit.
Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB bagi tempoh setahun.
Guru beri nama pelajar yang layak
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Yayasan YTL memohon kerjasama guru sekolah terbabit tampil membantu memberikan nama pelajar yang layak bagi memastikan telefon pintar itu dapat diserahkan kepada keluarga memerlukan.
Bekas guru dan isteri kepada Pemegang Amanah Yayasan YTL Tan Sri Aris Othman, Puan Sri Sherina Aris berkata, guru adalah yang terbaik untuk menilai keperluan pelajar di dalam kelas mereka.
Kemukakan pendaftaran
Guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar di www.ytlfoundation.org/learn manakala pelajar yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu mengemukakan pendaftaran mereka bagi membolehkan menerima telefon pintar dilengkapi pelan data 12 bulan YES 4G percuma.
Dapur adalah ruang ‘berkarya’ buat kaum ibu. Di sutulah dicurahkan segala kasih sayang dalam menyediakan hidangan buat keluarga.
Membeli barangan kelengkapan dapur satu kemestian. Pantang nampak barang baru mesti membeli kan. Bukan sahaja pinggan mangkuk, periuk malah kuali juga antara yang menjadi kemestian dalam list membeli. Bila kuali dan periuk ni bila makin banyak, rimas kan kalau dibiarkan bertelangkup atas dapur je.
Tapi kalau disimpan dalam kabinet, susah pula nak ambil sebab kadang-kadang disusun bertingkat-tingkat.
Jadi, apa kata kita cuba DIY tempat gantung kuali oleh Reezal Jelita ini. Menariknya, idea ini boleh slide keluar masuk supaya memudahkan ibu-ibu mengambil kuali untuk digunakan.
Memang mudah, kemas dan praktikal. Bukan tu je, cara ini menjimatakan kerana modal lebih kurang RM20 je semuanya.Jom cuba!
Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah cabinet sinki.. Modal dalam RM20 saja..
1. Sebelum kejadian.
2. Drawer Slide boleh beli kat shoppe sepasang dalam RM10. Kayu tu boleh pakai apa2 kayu yg sesuai.
3. Skru kan 2 bahagian ni.
4. Hook screw ni pun boleh beli kat shoppe @ hardware.
5. Screw dulu 1 bahagian ni. Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian.
6. Selepas kejadian.
7. Boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang belakang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.