“Tiada ‘Green Screen, Yang Ada “Green Scene” Semulajadi.” Suka Suasana Kampung, Guru Ni Kongsi PdPR Di Rumah. Simple & Tenang Je!

Share

Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan dek kerana pandemik Covid-19 memerlukan ruang yang memberi keselesaan. Tidak hanya pada anak-anak, guru juga perlukan ruangkerja yang kondusif untuk membolehkan mereka melaksankan tugas dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.

Seorang guru menerusi facebooknya, Atama Aaeman berkongsi ruang kerja di rumahnya yang cukup simple tapi memberikan ketenangan dan keselesaan. Bukan sahaja kepada dirinya, bahkan juga anak-anaknya yang belajar di rumah.

Selain ruang bekerja dan belajar ruang ini juga boleh menjadi ruang yang kondusif untuk menenangkan fikiran

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ramai rakan-rakan guru berkongsi ruang PdPR masing-masing. Kagum melihat komitmen dan kesungguhan rakan-rakan menyediakan ruang bekerja yang selesa dan serba lengkap di rumah, malah ada di antaranya secanggih studio rakaman!

Selain tempat bekerja dan belajar, kadang-kadang jadi tempat bermain. Gajet saya yang murah-murah saja. Anak-anak guna bersama.

Saya guru kampung, mengajar di pedalaman, murid-murid saya yang boleh diakses melalui internet belajar dengan bantuan media atas talian, ramai yang tiada akses, kami hantar dan kutip bahan PdPR dari rumah ke rumah. Ruang PdPR ala kadar saya sediakan untuk keselesaan sendiri dan lebih penting untuk anak-anak saya sendiri belajar di rumah.

Sambil menghadap “laptop” sambil menikmati kehijauan.
“Peak hours” 😅

Saya tiada “green screen” sebab saya lebih suka suasana kampung yang dah ada “green scene” semulajadi.

“Green scene”
Sekali sekala buat kerja PdPR di beranda luar rumah terus. “Surround green scene”
Boleh tengok laut sambil tenangkan semula fikiran setelah selesai berPdPR.
Ramai yang tanya nak tengok rumah dari luar 🤦🏽‍♂️. Saya kongsikan. Moga bermanfaat
Rumah kampung sahaja. Suasana dia yang cantik menghijau sebab tepi pantai. 😊

PdPR bebas stres!

#pdpr2021 #minilibrary

#sharingiscaring #stayathome


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520