Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan tahniah buat pnyanyi, Ezlynn yang selamat bergelar isteri baru-baru ini.
Selepas lebih empat tahun hidup solo, Ezlynn akhirnya bertemu jodoh dengan Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45. Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 11 September yang lalu.
“Alhamdulilah majlis nikah kami sangat ringkas seiring dengan norma baharu di era pandemik COVID-19 ini. Memang tak ada sebarang majlis keraian.
“Jadi memang tak ada gambar kahwin pun. Nak bergambar sekali pun sebab jauh. Saya dan dia (suami) di Perlis manakala keluarga pula di KL.
“Cukup semua dipermudahkan. Sudah termaktub ikatan rasmi hubungan kami dan semoga berpanjangan sampai ke jannah,” katanya.
“Perkenalan kami berputik begitu saja. Tiada isyarat tertentu. Saya paling tertarik kepada ketulusan hatinya.
“Dia juga sangat menjaga solat, tak lokek membantu orang dan amanah dalam kerjanya,” katanya.
“Saya juga tak mahu nak ulas status suami kerana apa yang lebih utama, kami tak menyembunyikan perkahwinan ini,” katanya.
Mereka bercerai pada Oktober 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara Wan Hafizam pula mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan terdahulu.
ARTIKEL POPULAR: “Memori. Inilah Orangnya.” Fedtri Yahya Kongsi Wajah Pemilik Tulisan Khat Pada Duit Kertas Malaysia
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club