Ruang dapur yang cantik dan kemas memang memainkan peranan untuk memasak. Tidak tidak perlu mewah atau dekorasi yang sarat, asalkan selesa untuk kita memasak.
Begitu dengan perkongsian ini. Walaupun memilik ruang dapur yang tidak mempunyai kabinet tetapi mampu tampil cantik. Yang penting kreatif dan menjaga kebersihan dan susun.
_________________________________
Deko sesuai untuk rumah sewa.
Tidak mengapa jika rumah anda tiada kabinet just diy guna meja lipat biasa letak skirting (boleh refer gamba sebelom)
-letak wallpaper yang kalis air (pvc wallpaper, material keras dan berkilat)- cari di shoppe
*Letak SHELF tanpa L sesiku- beli di ikea (harga 59).
*COMBINATION color mestila tidak lebih dari 3 pilihan warna.. supaya warna diblend cantik.. Dan tidak nampak serabut
*BIDAI- guna zebra blind (harga 59)
*SKIRTING memainkan peranan, untuk kelihatan lebih kemas (sis tempah on9 shj)
*pokok2, frame, organizer box beli di ECO
*LABELLING – tempah di shoppe, atau beli sticker black tulis guna marker silver
Dari 4pm sampai 11malam sis kemas dapur puas hati dgn hasil sendiri. Kredit skirting by Miza Oh Miza.
Dekorasi ini boleh jadi idea untuk susu atur dapur anda. Selamat mencuba!
Kredit: Ana Sakura