Jika kita kata kebahagian rumahtangga adalah saling melengkapi dan menerima seadanya pasangan, maka ia memang benar untuk memastikan kebahagiaan hingga kehujung nyawa.
Bukan harta semata menjadi sandaran, maka rumahtangga itu kekal walaupun hidup segala kekurangan malah setia ke hujung nyawa.
Begitulah kisah seorang lelaki yang menguruskan jenazah seorang isteri yang hayatnya hidup serba kekurangan bersama suami.
Malah perkongsian di laman facebooknya , Abam Botak telah memaparkan kisah sepasangan suami isteri hidup hingga ke akhir hayat.
SETIA HINGGA HUJUNG NYAWA.
Setiap hari, dunia ini pasti akan ada cerita yang amat menyedihkan dan menyayukan hati.
Cuma tinggal saja kita ingin mengambil pengajaran dan iktibar daripada perkara tersebut.
Kemarin malam aku menerima panggilan daripada jiran si mati.
Katanya, perlukan kain kafan untuk keperluan jirannya yang betul-betul miskin.
Aku katakan, boleh. Kain kafan ini memang untuk orang-orang yang memerlukan.
Bagi saja saya alamatnya, saya akan datang ke sana sekarang.
Kata jirannya, besoklah kau hantar botak. Besok baru kami uruskan.
Tanpa bertanya banyak aku pun ia kan sajalah.
Keesokan harinya aku pun bergegas ke sana, kedatanganku disambut oleh suami arwah.
Terus dia datang memelukku seeratnya. Katanya terima kasih banyak kerana sudi membantunya dan juga arwah isterinya.
Air matanya mengalir deras sekali. Aku juga tidak dapat menahan sebak dan turut menangis bersamanya.
Aku bertanya, dimana jenazah isterinya akan dikebumikan.
Jawabnya di seberang jalan Kg.Seng kee sahaja.
Dan aku bertanya dimana dan siapa yang akan mandikannya?
Sambil menunjuk dapurnya. Dia berkata disitulah akan dimandikan dan ada jiran-jiran kampung yang akan uruskan jenazah isterinya.
DAPUR TIADA BAHAN MASAKAN
Hatiku mulai lega, Alhamdulillah segalanya sudah diatur dan tinggal tunggu urusan pengebumian saja.
Dalam aku mengelamun sendirian, tiba-tiba suaminya bercakap denganku semula.
Kau tengoklah dapurku, apa pun tiada. Gas memasak pun tiada.
Tiada apa-apa yang dapat aku berikan kepada kamu sebagai balasan membantuku?
Aku tidak membalas kata-katanya. Aku hanya diam dan hiraukan saja.
Tapi dalam hatiku, aku menangis. Masih ada lagi insan yang susah dariku.
Sambungku, jadi apalah yang pakcik pakai untuk masak dan makan.
Jawabnya;
Aku membeli nasi putih di pasar 50sen sajalah.
Kalau ada duit lebih dapatlah aku beli lauk untuk dimakan bersama isteriku.
Ya, Allah. Mendengar dia cakap begitu. Aku pun bertambah menangis.
ARWAH DAN SUAMI TIADA ZURIAT
Arwah ini hanya hidup berdua bersama suaminya, mereka tidak mempunyai anak, saudara mara dan harta untuk dibanggakan.
Maknanya siapa yang meninggal awal, yang hiduplah akan uruskan jenazah yang pergi dulu.
dan begitulah sebaliknya.
Mereka berdua hidup menyewa disebuah bilik kecil dengan kadar bayaran 100ringgit sebulan.
Kalau seringgit saja yang mereka ada dalam tangan, maka seringgit sajalah kadar sewa yang akan dibayar kepada tuan rumah.
untung tuan rumah pula tidak memaksa mereka untuk memberikan bayaran penuh kepadanya.
Berapa yang ada, begitu sajalah diambilnya.
Meskipun mereka hidup susah sebagai pasangan suami isteri. Susah senang mereka tetap hidup bersama.
Apa yang membanggakan saya dan menjadi pengajaran kepada saya.
Mereka berdua tetap setia hingga ke hujung nyawa.
Hari ini banyak kita dengar kes penceraian rumahtangga berlaku kerana masalah kewangan.
Namun dua insan ini mampu pertahankan cinta dan rumahtangga mereka sehingga akhir hayat.
Meskipun hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Semoga Allah ampunkan dosa isterinya dan mengganjari isterinya dengan syurganya. Aminn
#wakafuntuksandakan
Kredit: Abam Botak