‘Tiada Burger Dalam Penjara.’ Ibu Bawa Anak Ke Balai Polis Gara-Gara Menangis Setiap Kali Mahu Ke Sekolah

Share

Walaupun sudah seminggu sesi persekolahan bagi tahun 2023 bermula, namun masih ada lagi murid yang belum dapat mengesuaikan diri. Perkara ini amat merisaukan ibu bapa terutamanya yang bekerja. 

Mereka sukar untuk menguruskan anak-anak jika perkara ini masih berteruskan dan ianya juga akan menggangu pembelajaran kanak-kanak tersebut. 

Bagi seorang ibu, gara-gara anaknya selalu menangis  dan enggan ke sekolah, dia telah ‘menggertak’ anaknya itu dengan membawa anak lelakinya ke sebuah balai polis. 

Ianya dipercayai berlaku di satu daerah di Sarawak menerusi loghat bahasa yang digunakan dalam perbualan tersebut. 

Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, @abellascentzhq telah memaparkan kejadian lucu tersebut bersama 

kanak-kanak bernama Aydeen yang memakai baju pra-sekolah itu ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai.

Abang Polis Pun Sama-Sama Berlakon

Lebih menarik perhatian apabila anggota polis berkenaan memahami situasi ini dan sama-sama ‘berlakon’ seperti mahu menahan kanak-kanak terbabit sekiranya dia berterusan tidak mahu ke sekolah.

Menerusi rakaman berdurasi dua minit tiga saat itu, si ibu dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah.

“Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjara. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.

Kanak-kanak itu kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain berjanji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis terbabit untuk se sekolah selepas ini. 

@abellascentzhqAydeen²…gara² ngai sekula viral 😅♬ original sound – ABELLA SCENTZ

Ramai Terkejut Tonton Video Update Dari Ibu Selepas Insiden Ke Balai Polis

Selepas kejadian tersebut, ibu kepada kanak-kanak tersebut telahpun mengemaskini keadaan terkini anaknya itu di sekolah. 

Kanak-kanak tersebut dilihat gembira apabila ibunya dapat menjemput pulang dari sekolah. Wajahnya yang ceria menggambarkan perasaannya ketika itu. 

@abellascentzhq♬ Dj Tora Tora Pargoy Jedug Jedug – Skc music official

 

Dah Tak Menangis Ke Sekolah

Wajah ceria kanak-kanak ini untuk ke sekolah dapat dilihat sewaktu ibunya memuat naik video di dalam kereta sewaktu mahu menghantarnya ke sekolah.

@abellascentzhq Replying to @afyaiman ♬ original sound – ABELLA SCENTZ

Video yang dimuatnaik oleh wanita ini telah mendapat tontonan yang banyak di aplikasi TikTok. Ramai yang terlibur melihat aksi dua beranak tersebut dan ada juga yang mencuba tip yang dilakukan oleh ibu tersebut kepada anaknya yang mempunyai masalah yang sama, tidak mahu ke sekolah. 

 

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club