
Sudah tentu setiap ibu bapa inginkan mempunyai anak yang mendengar cakap. Dan sudah tentu bukan mudah untuk memastikan anak-anak menjadi seorang yang baik.
Hakikatnya, cara didikan ibu ayah yang menyebabkan anak memberi respon sebaliknya. Nyata, anak bukanlah nakal secara semulajadi. Ikuti perkongsian oleh Taufiq Razif moga menjadi iktibar bersama.
.
Tiada anak yang semulajadi nakal
Fitrah anak itu bersih
Hati mereka asalnya putih
Sehinggalah cara kita respon pada mereka
Membuatkan mereka tersentak dan menyerapnya!
Cara kita REACT dengan kemahuan mereka
Cara kita RESPON dengan tangisan mereka
Cara kita MELAYAN karenah mereka
Cara kita MELAYAN ibunya
Cara kita MELAYAN bapanya
Cara kita MELAYAN adik beradiknya
Cara kita MELAYAN orang di sekelilingnya
Semua itu diserap dan direkod sempurna!
Sampai masanya nanti semuanya akan dihambur dan dipraktikkan pula
Tanpa sedar kita menuduh mereka nakal dan keras kepala
Tanpa kita muhasabah pada diri kita
Tanpa kita selidik kesalahan kita
Tanpa kita perhati GAYA PARENTING kita
Tanpa kita terima ianya datang daripada diri kita!
Mulai saat ini..
Jom tilik hati
Jom tilik diri sendiri
Ini Cara Didikan Orang Tua Dulu, Supaya Anak Tidak Jadi Tuan Akibat Salah Asuhan.

Mendidik anak-anak zaman sekarang amat mencabar. Tentu ada keluhan ibu bapa mengenai mendidik anak-anak yang tidak mendengar cakap serta tidak mengikut peraturan.
Apa pun anak-anak itu penyeri rumah tangga. Namun, mereka perlulah diberi didikan yang sempurna terutama dari sikap dalam dirinya.
Sebagaimana perkongsian oleh Firdaus Mokhtar mengenai cara didikan orang tua zaman dulu yang masih relevan diguna pakai kini. Ikuti perkongsiannya.
Masa kecil dulu dekat dalam rumah ada peraturan. Kami semua adik beradik kena ikut.
1. Lepas makan kena basuh pinggan. Memang dekat sinki dapur dah ada kerusi plastik kecil untuk berdiri basuh pinggan.
2. Baju yang dah dibasuh, kami adik-beradik kena lipat. Kami baru 4 beradik waktu tu. Cuma 3 yang besar. Alah, besar pun umur sekolah rendah tu lah.
Saya lipat baju sendiri dan baju Ummi. Adik kedua lipat baju dia dan baju Abah. Yang ketiga lipat baju dia sendiri. Adik nombor 4 kecil sangat lagi. Mana yang abang-abang dia lipat, dia tukang kiraikan balik. Kah!
3. Lepas Subuh tak boleh tidur balik. Kena terus bangun. Lagi-lagi hari cuti. Kalau tidur juga mesti kena kejut sampai bangun.
Biasa Ummi yang kejut. Walau kami tahu itu semua arahan daripada Abah. Maka kena bangun. Jangan cari pasal.
4. Setiap hari, kena tunggu soalan daripada Abah. Abah balik kerja akan tanya, “sembahyang tak tadi?” Maksud Abah solat Zuhur dan Asar. Kalau jawab tak, siap kena rotan.
Oh ya, saya pernah kena sekali. Tinggal solat Zuhur. Kena sebat dengan tali pinggang. Lepas tu tak pernah dah.
5. Waktu makan kena makan sama. Sebab masa kecil selalu makan dalam talam. Peraturan dia kau jangan bergaduh waktu makan.
Tapi biasalah, budak kan. Bergaduh mende entah waktu makan. Kena marah lah woih.
Petang tu balik kerja Abah beli pensel warna Luna seorang satu. Yang pendek 12 batang tu. Sebabkan bergaduh tu hukuman dia Abah buang terus pensel warna tu.
Ingat lagi waktu hujan lebat. Kami tinggal dekat tingkat 4 rumah flat. Terbang 3 kotak warna tu ikut balkoni. Esok pagi pergi sekolah lalu bawah tengok je kotak tu. Lembik dah.
Cair siap mata pensel warna tu. Kahkah. Buat lagi!
6. Ini paling best, atas semua peraturan ni ada markah. Entah macam mana sistem markah Ummi dengan Abah buat, saya tak tahu.
Yang penting setiap bulan akan ada pemenang. Dapat hadiah juga. Biasanya buku lah, novel dan buku cerita. Nak suruh membacakan. H
“Walau Apa Jadi Pada Mak & Bapa, Kami Terlalu Sayang Dekat Awak, Maryam.” Tersentuh Hati Dengar Luahan Rasa Mawar Karim Kepada Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal dengan usahanya menyebarkan dakwah dengan cara yang tersendiri. Malah, dia sering berkongsi perjalanan dakwahnya baik dengan orang biasa mahupun selebriti.
Baru-baru ini, dia menjemput usahawan tudung, Mawar Karim untuk program Door To Door. Dalam program tersebut, Mawar Karim dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menjawab soalan Ustaz Ebit Lew mengenai pesanan terakhir buat anaknya, Wan Maryam jika hari ini merupakan hari terakhirnya hidup di dunia.
Kisah Mawar ini dimuat naik oleh Ustaz Ebit Liew menerusi laman instagramnya. Menurutnya program Door To Door tersebut bakal bersiaran di Astro Oasis tidak lama lagi.
“Sebak bila buat majlis ilmu di rumah Mawar. Syukur jumpa kedua mak ayahnya yang sangat baik.
“Terharu mereka berdua rajin tengok Door to Door Ebit Lew. Mawar sangat positif dan baik.
“Dapat berkongsi doa dan amalan dalam keluarga. Doa bangkit dari kesedihan dan hadiahkan buku Isteriku Bidadari.
“Walau beliau cuba tahan akhirnya beliau meluah rasa dan menangis ketika saya tanya jika mungkin hari ini hari terakhir apa kata nasihat untuk anaknya satu hari nanti.
“Nasihat Mawar agar anak jaga agama dan jaga solat. Saya doakan beliau panjang umur bahagia dan Allah berikan yang terbaik buat hidupnya.
“Benarlah bila ingat Allah hati kita rasa bahagia. Allah sayang,” tulis Ebit.
Mawar dalam pada itu turut berkongsi foto pertemuannya bersama Ebit di laman Instagram. Dia berterima kasih kepada Ustaz Ebit atas sesi perkongsian yang banyak memberinya ilmu.
“Terima kasih banyak-banyak Ustaz @ebitlew sudi datang. Banyak pengisian ilmu yang kami dapat.
“Hanya Allah saja maha mengetahui apa saja yang berlaku pada kita pasti ada hikmah untuk kita muhasabah diri.
“Betul kata ustaz apa yang berlaku kita perlu mengadu dekat Allah cerita dekat Allah, mohon dengan Allah.
“Tidak perlu cerita kepada sesiapa yang alami adalah diri kita. Kita saja yang tahu apa yang berlaku sebenarnya.
“Jangan lupa dekat Allah, sebab Allah sentiasa ingat kita,” tulis Mawar.
View this post on InstagramA post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on
Sumber: IG ebitlew & mawar_karim
Nak Hiburkan Isteri Ni Banyak Cara. Lepas Makan, Suruh Isteri Rehat Suami Handle Dapur Pun Kejutan Yang Sangat Membahagiakan

Suami yang baik adalah suami yang memberi kebahagiaan kepada isteri. Termasuklah menghormati, lemah lembut dalam melayani, beri perhatian sepenuhnya dan tidak melebihkan orang luar dari insan yang disayanginya.
Rumah tangga yang berjaya juga bukan bila ada rumah dan kereta besar, tapi ia berjaya bila tak ada yang rasa besar kepala kat rumah. Saling melengkapi, bekerjasama, toleransi, memahami dan paling penting menghargai pasangan anda. Itu kunci rumah tangga bahagia.
Ada orang berpendapat dengan duit beli kebahagiaan, bila tiada duit itu yang kucar kacir rumah tangga. Tanggapan yang tidak betul sama sekali. Tidak dinafikan dalam kehidupan kita memerlukan wang tetapi bukan itu terletaknya keharmonian dalam rumah tangga.
Hadamkan perkongsian oleh saudara Firdaus Mokhtar ini tentang bagaimana cara nak buat rumah tangga bahagia dengan percuma.
Petang itu ada kawan cakap ke aku, “Dia boleh lah banyak duit. Kejap surprise kan isteri beli kasutlah, beli cincin lah, beli kereta lah. Pernah sekali surprise beli tiket kapal terbang berjalan ke Bali. Aku ni mana ada duit sangat. Duit hujung bulan pun tak cukup.”
Aku balas ke dia;
“Nak hiburkan isteri ni macam macam cara. Kau tak ada duit, banyak lagi benda percuma kau boleh buat jadikan surprise. Kau pernah basuh kain baju dekat rumah? Kalau tak pernah esok cuba kau buat, siap sidai dah kering kau lipatkan pula. Itu pun surprise.
Kau pernah tak bangun tidur kemas katil sendiri selama kahwin ni? Biasa kau bangun tinggal terus, tahu-tahu dah cantik tegang je cadar katil kan? Apa kata kau pula yang kemaskan katil. Masa isteri dalam bilik air tu, kau kemas siap-siap. Dia keluar tengok dah kemas. Surprise juga kan?
Lepas makan, kau angkat semua pinggan mangkuk. Kau tunggu dekat sinki dapur. Bila isteri datang bawa bekas makanan yang dah guna, kau suruh isteri basuh tangan dan pergi rehat dekat depan tv. Kata lah biar kau yang handle dapur. Pun kejutan yang sangat membahagiakan isteri.
Kau tengok, ada guna duit? Tak ada. Ada banyak hal dalam rumahtangga yang kita boleh jadikan kejutan istimewa buat isteri. Atas kau sahaja yang nak buat atau tidak.”
Dia mengangguk tanda setuju. Lama lepas tu dia termenung. Agaknya berfikir benda apa yang dia nak buat dekat rumah nanti.
Aku kata ke dia lagi, “Kita selalu fikir benda yang tak ada. Sedangkan depan mata kita macam-macam ruang untuk bina kasih sayang rumahtangga. Tuhan bagi siap dah.”
Begitulah.
Firdaus Mokhtar,
Mujur kerja sendiri. Boleh lah basuh kain selalu. Hahai.