Sejak mendirikan rumah tangga sekitar 14 tahun lalu iaitu pada 2008, seri dalam rumah tangga pelakon Beto Kusyairy seakan-akan kosong tanpa kehadiran cahaya mata.
“Tapi tak mengapalah, tiada rezeki anak, Allah beri rezeki lain kepada kami berdua. Kesihatan, kasih sayang, makan minum mencukupi, boleh bekerja itu semua rezeki,” katanya yang berkongsi pendedahan tersebut bersama HibGlam.
Kata Beto, dia bukan tidak berusaha untuk dapatkan zuriat, tetapi akur rezeki masih belum kunjung tiba.
“Tetapi mungkin memang Tuhan dah kata masih belum tibanya lagi waktu untuk kami bergelar ayah dan ibu, jadi kami serahkan semuanya kepada-Nya.
“Mereka tidak memaksa, menekan atau sering mengajukan soalan sama berhubung anak,” tuturnya.
Tidak berputus asa dalam usaha mendapatkan zuriat, akuinya kini semuanya diserahkan kepada Maha Pencipta.
Tatkala ditanya perkembangan dalam dunia lakona, Beto mengakui cukup teruja apabila namanya dipilih pengarah terkenal, Syamsul Yusof sebagai salah satu teraju utama dalam Mat Kilau.
Sumber: Kosmo
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club