Semalam pelakon, Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ogy menyambut ulang tahun kelahirannya ke 56 tahun.
Istimewanya, pelakon Rahsia Hati Perempuan ini berkongsi gambar ketika beliau berumur 5 tahun di laman istagramnya.
Rupa-rupanya gambar tersebut mempunyai nilai sentimental buat pelakon ini. Bukan sahaja comel dipandang, malah, gambar itu mempunyai tulisan tangan arwah ayahnya.
“Ketika Usia 5 Tahun Pada 11/10. Tulisan Tangan Arwah Ayah Digambar
Rindu Kat Arwah Ayah & Arwah Mak,” Tulisnya di kapsyen.
Perkongsian tersebut turut dikomen oleh pengikutnya yang bukan sahaja memuji kak Ogy cukup comel, malah turut mengatakan rupa pelakon ini tidak berubah dari kecil sehingga sekarang.
iemmazackhappy birthday kk ogy..comelnya dari kecil hingga la ni????
Ads
zaiadanan@kak_ogy tahun sy lahir..sanah helwah kak ivy moga diberkai hidup dunia dan akhirat..comel sgt ?
devaki7021gmU still have your baby face…u look cute..dad and mum will be proud of you…stay strong..kak ogy.
aniza9757Sama je iras muka tak banyak berubah…Happy belated birthday kak moga sentiasa dalam rahmat-Nya, alfatihah utk roh arwah mak n ayah akk moga mereka bahagia di sana…amin
Ads
iam_kedahanCantik tulis seniman Datuk Ahmad Daud..
sarimasharbiniComel nya kak ogy masa kecil skrg pun masih cute juga.. Happy birthday kak ogy semoga di rahmati Allah selalu… Aamiin
wan6577mata kak ogy tetap sama sampai sekarang comel ….
Satu kelegaan yang maha hebat bilamana disahkan oleh doktor bebas sepenuhnya daripada menghidap penyakit kanser yang pernah dihidapi sejak tahun 2014. Tenang dan bersyukur dengan ujian yang maha darsyat ini.
Tapi ketenangan bukan lagi miliknya kini. Semakin perit dan terhimpit kala diberitahu oleh doktor bahawa kanser yang menyerangnya dua tahun lalu kembali menyerang tubuhnya kini.
Bagi Wan Musfirah Aimi Wan Sufian, 34 tahun, yang juga merupakan ibu kepada dua model dan pelakon kanak-kanak, Nik Harraz Danish dan Nik Hadiff Dani, serangan kanser kali kedua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang malah dia tidak pernah menyalahkan takdir. Dia tahu Allah memilihnya untuk merasai semua ini dan pasrah dengan laluan yang dilaluinya ini.
“Menyebut kanser memang tidak mudah, namun itulah yang dilalui saya. Semuanya bermula selepas wujudnya ketulan di kedua-dua payudara saya setiap kali saya mengandung. Memang ketiga-tiga kandungan saya, saya mengalami masalah yang sama, adakalanya ketulan di sebelah kiri dan adakalanya di sebelah kanan payudara pula.
“Bila berdepan dengan masalah ini setiap kali mengandung, saya jangkakan ia tidaklah mendatangkan bahaya. Masa mula mengandung anak pertama, sebaik melahirkan anak saya menjalani pembedahan membuang ketulan tersebut dan begitulah rutinnya sehingga anak ketiga.
Ia tidak sakit malah saya tak rasa apa-apa sehinggalah tahun 2014 bila mana saya rasakan seperti ada urat membengkak di bahagian ketiak kiri saya.
Tidak mahu terus bertanda tanya, saya rujuk masalah saya ke Hospital Gleneagles, Jalan Ampang. Saya menjalani ujian ultra sound dan hasilnya tidak ada apa yang merisaukan saya. Namun doktor menyarankan saya untuk mencuba ujian mammogram pula. Namun hasilnya tetap sama, tiada sebarang komplikasi yang tidak diingini kepada masalah urat di payudara kiri saya. Saya lega seketika.
Namun selepas dua minggu, saya kembali ke hospital semula dan menjalani ujian Core Needle Biopsy’ atas saranan doktor yang merawat saya. Empat hari selepas menjalani ujian, saya ke hospital semula dan ketika itulah saya diberitahu saya menghidap kanser payudara.
Semuanya telah terjawab. Saya ingat lagi tarikh itu, 24 Januari 2015. Saya redha dan pasrah,” ujar anak sulung daripada lima adik beradik ini lagi.
Tidak mudah bagi kita namun wanita ini menerimanya dengan tabah hati kerana sudah menjangkakan semua perkara sebegini sejak awal lagi.
Kanser Kali Kedua
Ibu tiga anak ini juga mengakui tidak mudah menerima keputusan doktor sekali lagi selepas bebas selama dua tahun daripada sel kanser.
“Disember 2017 akan menjadi tarikh keramat sekali lagi buat saya. Selepas mengadu sakit kaki iaitu pada bahagian pinggul, saya buat pemeriksaan seperti biasa. Saya buat rawatan fisiologi tetapi masih sakit. Akhirnya doktor sarankan untuk saya buat scan dan ketika itulah baru saya tahu kanser saya menyerang sekali lagi.
Hampir gugur jantung apabila doktor memberitahu sel kanser saya sudah merebak ke tulang kaki. Saya rasa kecewa yang teramat sangat. Tekanan akibat suami diberhentikan kerja pada akhir tahun lalu buat saya jadi tertekan. Tekanan yang saya alami buat sel kanser kembali merebak pada saya. Itu yang doktor nyatakan kepada saya.
Kata doktor sel kanser menyebabkan tumor dalam tulang pecah dan terkeluar. Itulah yang menyebabkan saya sakit pada bahagian pinggul. Saya perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 15 kali namun malangnya kesannya akan buat saya menapouse. Saya akur dengan kata-kata doktor walaupun pahit untuk menerima semuanya.
Pun begitu, walaupun selepas 15 kali menjalani rawatan, masih tiada sebarang tindak balas malah sel kanser mula menyerang tulang belakang saya. Doktor kemudiannya meneruskan rawatan kimoterapi sebanyak enam kali kepada saya,” luahnya lagi.
Mahu Teruskan Hidup Dengan Gembira
Bagi wanita yang berkhidmat dengan Maybank dan masih berada di dalam cutinya selama enam bulan ini lagi, bersedih dan mengenang nasib akan takdir hidupnya bukan lagi pilihan yang ada.
“Jujurnya saya mahu enjoy dan gembira dengan apa yang saya lalui setiap hari. Sebolehnya setiap kali bangun setiap pagi saya mahu gembirakan diri sendiri dan keluarga dan buat semua perkara yang menggembirakan hati saya.
Saya mahu terus bangkit dan bersemangat demi suami dan anak-anak yang saban hari menyokong kuat perjuangan saya. Merekalah tulang belakang sepenuhnya untuk saya terus kembali ceria.
Tak ada sebab untuk saya menyerah kalah pada takdir sedangkan suami dan anak-anak terus kuat menyokong saya.Setiap kali menjalani rawatan kimoterapi suami akan menguruskan anak-anak dan kesemua urusan rumah. Begitu juga dengan anak-anak yang akan behave dan sentiasa menjaga hati saya dalam segala hal. Sebolehnya mereka tidak mahu membebankan saya.
Jujurnya saya sudah penat untuk mengadu domba dengan sesiapa sahaja akan kesakitan yang saya alami. Saya hanya mahu lalui apa yang Allah sudah aturkan buat diri saya dengan sebaiknya.
Tak ada waktu untuk saya dari terus berfikir mengapa dan kenapa saya ditakdirnya untuk jadi begini. Makin bertambah stres dibuatnya. Saya redha dengan semuanya. Bagi saya kini hidup perlu lebih tenang dan gembira tanpa ada sekatan apa-apa,” ujarnya penuh semangat, positif dan yakin pada diri sendiri.
Sumber: Majalah Keluarga Isu Julai
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ikan bilis cukup enak dijadikan perisa tambahan dalam hidangan baik masakan yang bergoreng, sup, bubur dan sayur-sayuran. Kerangupannya menambahkan keenakan rasa waiman dimakan begitu saja,
Tapi adakalanya selera jadi ‘terpotong’ gara-gara ikan bilis yang tidak rangup, lemau dan masih lagi kenyal ketika di makan. Sebenarnya ada cara mudah lagi pantas untuk merangupkan ikan bilis. Syaratnya kena buat dua perkara ini. Jom cuba!
# Langkah 1
Selepas dibeli di kedai, basuhlah ikan bilis anda hingga bersih dan jemurlah hingga ia kering. Apabila kering barulah disimpan semula ke dalam bekas. Jadi apabila hendak di goreng, ikan bilis tidak perlu lagi di basuh. Boleh dimasukkan terus ke dalam minyak yang panas. Jadi lebih rangup. Sila buat!
# Langkah 2
Ketika hendak menggoreng pula, pastikan minyaknya panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ikan bilis tadi, yang siap dibasuh dan dikeringkan. Teruskan masuk sahaja ke dalam kuali. Kemudian ambil hujung sudu serbuk perasa ajinomoto dan tuangkan ke dalam minyak. Cuba petua ini dan confirm ikan bilis lebih garing. Tak percaya anda kenalah cuba.
Tip Perlu Tahu
Ikan bilis yang masih basah dan dibasuh sebelum proses menggoreng membuatkan ia kenyal dan tidak rangup.
Jika menggunakan api yang kecil, ikan bilis akan lambat masak dan mengambil masa untuk rangup.
Serbuk ajinomoto buat ikan bilis lebih cepat rangup. Pantas!
Sebelum menggoreng, minyak kena betul-betul panas, jika tidak lagi lambat proses memasak dan rangup.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rasa tak lengkap hidangan kalau tak ada Sambal belacan. Sebab itu, kalau nak makan kena ada menu i, barulah berselera kan?
Apabila ada menu yang satu ini barulah lengkap menikmati hidangan tengah hari. Silap-sila makan pun terlajak kalau sambal belacan benar-benar power. Terlalu menikmati dan melayan selera tak mustahil mak mertua lalu pun tak perasan. Inilah penangan sambal belacan.
Jadi kali ini kami kongsikan resipi sambal belacan yang disediakan oleh selebriti chef Sherson Lian untuk dicuba.
SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
30gm belacan
5 biji cili merah
5 biji cili padi
150gm bawang kecil
150gm tomato-dibelah empat
4 sudu besar jus limau kasturi
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil gula
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Panaskan minyak di dalam kuali.
2.Kemudian gorengkan belacan seketika.
3.Masukkan bawang kecil dan tomato. Kacau lagi seketika.
4.Angkat bahan-bahan tersebut dan kisar dengan menggunakan pengisar.
5.Perisakan dengan jus limau kasturi, cuka, gula dan garam mengikut citarasa anda.
6.Hidangkan sambal belacan bersama ulam-ulaman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.