‘Throwback’ 8 Tahun Lalu, Isteri Arwah Harun Salim Akui Kenangan Indah Sukar Dilupakan!

Share

Pejam celik, sudah lapan tahun rupanya pelakon dan pelawak, Harun Salim Bachik, meninggalkan kita semua akibat sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat dan Rawat Gunung Semanggol (Selatan) Perak pada 8 Mac 2015 lalu.

Pemergian permata seni ini bukan sahaja memberi kesan dalam industri hiburan, namun sangat memberi impak terutamanya ahli keluarga. Seperti yang diluahkan oleh isteri arwah iaitu Surianti Mohd Nur baru-baru ini di laman Tiktoknya, dia mengenangkan kembali arwah suaminya ketika masih hidup bersama anak-anaknya.

“Kenangan indah itu amat sulit untuk dilupakan!” tulisnya di ruangan kapsyen.

@kaksu_legasi7979 kenangan indah itu amat sulit untuk dilupakan! #fyp
#fypシ゚viral #fypdongggggggg #legasiharunsalimbachik #legasisuhsb #harunsalimbachik ♬ suara asli – andre – ANDRE

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan Harun Salim Bachik adalah seorang penggiat seni yang sangat berbakat selain mempunyai personaliti yang baik.

Bukan itu sahaja, ramai yang merasakan Harun Salim Bachik seperti baru sahaja meninggalkan kita semua dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Terdahulu, Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea dan Hakeem Sufy Al-Rashid.

Sumber: TikTok @kaksulegasi7979