
Sebut je nama The Rock, rasanya semua orang mengenali figura dari luar negara ini yang merupakan bekas penggusti dan juga pelakon di mana filem-filem yang dilakonkannya itu sering mendapat sambutan ramai di pelusuk dunia.
The Rock atau nama sebenarnya Dwayne Johnson sering berkongsi momen bersama keluarga di media sosial dan baru-baru ini, dia telah berkongsi wajahnya yang berwarna merah jambu selepas anak perempuannya cuba ‘mendandan’ pelakon tersebut ketika bermain.
Pada awalnya, The Rock menyatakan di ruangan kapsyen bahawa anak perempuannya cuma hanya sekadar mahu mewarnakan kukunya sahaja, namun ternyata, warna merah jambu itu bukan hanya diwarnakan di kuku, tetapi turut di bahagian muka!
Ujarnya, dia terpaksa membatal mesyuarat atas talian termasuklah menghabiskan beberapa jam untuk membersihkan kesan gincu di bahagian kepalanya.
Meninjau di ruangan komen, masing-masing terhibur dengan muat naik aktor bertubuh sasa berkenaan. Mana tidaknya, The Rock yang biasa ditonton dalam filem fighting dan hebat sewaktu bergelar penggusti ‘kalah’ dengan anak-anak perempuannya.
Walau bagaimanapun, perkara sebegini bukanlah kali pertama dilalui oleh The Rock memandangkan sebelum ini dia pernah berkongsi foto sewaktu bermain anak patung bersama anak perempuannya ketika berada di rumah.
Sumber: Instagram Dwayne Johnson
“Isteri Amanah Allah SWT. Perlu Disayangi & Dilindungi.” Bakal Nikahi Mira Filzah, Ibu Titip Pesan Buat Wan Emir!

Malam ini, pelakon cantik manis dan hos terkenal, Mira Filzah bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-ril. Wan Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), YB Datin Mastura Yazid.
Bukan hanya peminat pelakon dan hos cantik manis ini menanti dengan penuh debaran, bahkan YB Mastura sebagai ibu turut sama berdebar. Sementelah Wan Emir adalah sulungnya dari empat beradik.
Dalam satu perkongsian di laman facebooknya, YB Mastura meluahkan rasa sebagai seorang ibu. Dalam masa yang sama, beliau mengimbas kembali kenangan serta pesanan arwah suami yang juga ayah kepada Wan Emir.
Emir, ingatlah pesanan Arwah Papa. Selama hampir sebulan sebelum Arwah Papa pulang ke rahmatullah , Arwah Papa sering mengingatkan Ibu betapa Arwah Papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana kata nya kebahgiaan yang sebenar hanya akan tercapai setelah berkahwin.
Arwah Papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama2 katanya. Dan Arwah Papa nak buat pelamin Emir dengan rekabentuk nya sendiri. Seperti juga yg Arwah Papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar.
Ibu ingat segala bait2 perbualan2 Arwah Papa dan Ibu itu. Dan memori itu masih jelas di fikiran Ibu .
Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan Arwah Papa untuk Emir. Moga di izin dan di permudahkan Allah SWT.
Beliau turut menitipkan pesanan buat anak sulungnya itu yang baka menggalas tanggung jawab besar sebagai seorang ketua keluarga.
Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir.
Perlu di sayangi dan di lindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah.
Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. I had a happy marriage and I love Arwah Papa very much.
How I wished he is here to celebrate Emir’s wedding. Trust Ibu, Arwah Papa’s love and spirit is here with us. It is to last us a lifetime
Di hari ia melahirkan cintanya
Ia berkata kepada kekasihnya
“Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta…”
#demicintasebuahperjuangan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club (https://t.me/keluargagaderclub)
“Rasa Nak Bersolek Je.” Kongsi Momen Hamil, Warganet Teka Tasha Shilla Timang Baby Girl!

Pelakon Tasha Shilla mengakui kehamilan kali ini agak berbeza kerana gemar bersolek.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagramnya berserta gambar dirinya yang memakai gaun rona putih sedang tersenyum selepas siap ditatarias.
“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Terima kasih @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsigniture #26weekspregnant,” tulisnya lagi.
Katanya lagi menerusi ruangan komen, Kehamilan sebelum ini Tasha Shilla mengidam untuk berlakon.
“Hari itu mengidam berlakon, dapatlah shooting lima hari. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya lagi yang terserlah keserian seorang bakal ibu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji seri seorang ibu terserlah pada wajah Tasha.
Untuk rekod, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raees Zander.
Sumber:tashashilla
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
“Correcting Is Good, Tapi Ada Adabnya.” Farah Lee Kongsi Cara Betul Tegur Silap Anak Pilih Perkataan Dalam Ayat Tanpa Calarkan Emosi Mereka!

Isi Kandungan
ToggleKalau sebut sahaja nama Farah Lee, pasti terbayang kaletah permata hatinya, Maream Asabel yang cukup memang comel dan bijak. Walaupun masih kecil, namun Maream nampak cukup matang dan mudah diuruskan oleh ibunya sendirian.
Sementelah Farah Lee kini sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom dalam Bidang Pendidikan Khas Kanak-Kanak turut ditemani Maream.
Ada sahaja gelagat mereka yang melucukan dimuat naik di laman instagram milik Farah. Bukan itu sahaja, Farah juga rajin berkongsi tip keibubapaan bersama pengikutnya. Terbaru, dia memuat naik satu video cara menegur anak yang tersilap memilih perkataan dalam sebutan.
“My first #FLchampioningchildhood vlog. More to come but please focus pada omma bukan pada si attention seeker yang sedang menggemuk itu.
“Ulang semula ayat dengan perkataan yang betul. Secara tak langsung, anak akan tahu apa ayat yang silap digunakan. Jika tegur secara terus, mereka akan takut-takut untuk cakap. Terutama sekali kalau kita tegur di depan orang ramai. Hopefully, kita boleh ubah cara parenting supaya anak-anak belajar lebih efisien.
“Bila kita selalu tegur directly, secara tak langsung akan create bigger gap between adulthood and childhood. Akan menjurus kepada kanak2 refuse to try using new words, less conversation between adult-kid sebab mereka rasa tak selesa because of the gap created by us, leads to less exposure to new vocab etc,” ujar Farah lagi.
View this post on InstagramA post shared by F. L. (@farahlee_) on
Perkongsian tersebut mendapat respond positif dari pengikutnya. Ada yang berkongsi pengalaman mereka sebelum ini.
hz.private My english teacher dulu pun buat mcm ni.. ? jadi best n x segan nak borak dgn dia in english.
vivaanna66 Kat sekolah rendah..cikgu selalu memperlekehkan kami yang x pandai english. Cakap teruklah ape la…nak buat mcm mana sekolah kampung…kwn2 pun ckp melayu je.sekolah menengah cikgu buat memek muka mcm menyampah bila x reti cakap…daripada bersemangat terus hancur lebur.
vivaanna66 Thank you @farahlee_ … seronok sangat ada perkongsian macam ni… dulu ada kawan jenis suka betulkan cakap english…mcm hape je..daripada nak bercakap hilang mood trus. Tegur jenis kasar pulak tu.
bysabi.store I bila orang tegur english, i ingat sampai bila2 cara sebutan tu. Bagus bila orang tegur ni, jadi confident nak sebut perkataan tu balik next time sbb kita dah tahu. Tq Omma
has_missy So true. Jgn ckp budak2. I yg tua ni pun kadang husband correct me just like how Farah explain tu. Always learning kan. Good sharing dear
ck_seyha @ck_seyha @i.z.w.a.n_ b bkn kanak2 jew… Org dewasa pn akan segan klu tegur gitu… Huhuhu… Faham x ape yg nk disampaikn.
Sumber: IG farahlee_