HUAWEI baru-baru ini melancarkan peranti baharu mereka, P50 Pro dan telefon boleh lipat P50 Pocket yang menampilkan spesifikasi terkini termasuk keupayaan kamera pada kelas tersendiri.
Pelancaran ini sekaligus meneruskan legasi fotografi bagi membolehkan pengguna merasai pengalaman gaya serba baharu lengkap dengan keupayaan perkakasan serta perisian yang tiada tandingan.
Kedua-dua peranti itu hadir dengan keupayaan optik XD Huawei dan Enjin Imej XD Fusion Pro sekali gus memberi kualiti gambar terbaik serta membawa tahap baru dalam fotografi mudah alih.
P50 Pro
Hadir dengan skrin dan bateri yang lebih besar, sambil mengekalkan penampilan peranti yang langsing dan ringan. Ia mempunyai paparan kaca melengkung 3D, menyokong gamut warna lebar P3 penuh, sehingga 1.07 bilion warna, memaparkan warna yang tepat.
Dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz, pengguna boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar dan responsif. Menarik kan!
Ads
Bukan tu je, HUAWEI P50 Pro memiliki kadar zum sehingga 200x. Tangkapan imej jarak dekat pada peranti ini dilengkapi dengan keperincian yang sempurna dan dengan keupayaan Optik XD HUAWEI, tangkapan imej yang dizum seingga 100x dapat menghasilkan imej yang sangat jelas. Ia juga menyokong rakaman video 4K untuk merentasi julat focus penuh dan penyelesaian penstabilan imej AIS Pro serba baharu.
Reka bentuk menawan dan anggun HUAWEI P50 Pro memperkenalkan reka bentuk Kamera Dwi-Matrik baru yang ikonik dan unik. Peranti ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Cocoa Gold dan Golden Black.
P50 Pockets
Bagi P50 Pocket pula, ia menggunakan reka bentuk dwi bulatan ikonik yang terdapat pada siri HUAWEI P50. Peranti ini mempunyai keupayaan lipatan yang lancar, menjadikan penampilan peranti berkenaan ultra nipis serta ringan dengan paparan bersaiz 6.9 inci pada nisbah paparan 21:9.
Ads
Tanda harga bagi HUAWEI P50 Pro adalah RM4,199 dan pengguna berpeluang untuk mendapat barangan bernilai RM2,100 jika membuat pra tempahan.
Barangan pra tempahan termasuk HUAWEI Watch GT 2 Pro bersama-sama penukaran skrin dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian.
Bermula dari 22 Januari 2022, pengguna boleh membuat pra-tempahan untuk HUAWEI P50 Pocket pada harga RM5,999; manakala HUAWEI P50 Pocket Edisi Premium boleh didapati untuk pra-tempahan pada harga RM7,299.
Untuk setiap pra-tempahan HUAWEI P50 Pocket yang dibuat, pengguna boleh menikmati hadiah percuma yang hebat bernilai sehingga RM2,700*.
Rasa-rasanya hari ini ibu-ibu nak masak apa untuk berbuka. Bosan pula asyik makanan laut dengan ayam je kan, apa kata hari ini kita tukar kepada daging pula.
Kecur liur lihat resipi ni kan, bagi keluarga yang suka menu berasaskan daging bolehlah cuba resipi Daging Goreng Thai Style ni buat berbuka.
Bagi anda yang gemarkan resipi yang berempah, ini sesuai dicuba kerana banyak rencah dan lebih ‘rasa’ dalam setiap gigitan.
DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.
Resepi Original – @Azahari Abdullah @Selongkaq Dapuq Chef -Abang ‘ E
Pelakon Izara Aishah telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram hari ni. Khabar gembira itu dikongsikan ibu mentuanya, Datin Seri Tengku Zawiyah menerusi Instagram Stories.
“Alhamdulillah dan tahniah kepada kami. Cucu kami telah selamat dilahirkan hari ini.
“Semoga Allah merahmati puteri kesayangan kami dan saya pasti Izara akan menjadi ibu yang terbaik,” tulis Zawiyah.
“Alhamdulillah… makin bertambah ahli keluarga kita,” tulis Siti ringkas.
Izara telah mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017 dan mengumumkan hamil enam bulan pada 1 Januari 2020.
Setelah sebulan lebih kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya hari ini mengingatkan supaya masyarakat tidak lalai dan meneruskan amalan kebiasaan baharu atau new normal.
Menurut beliau, jangan disebabkan kes-kes COVID-19 semakin berkurangan, masyarakat mula lalai dan tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam. Sama juga dengan penjarakan sosial yang semakin lama dipandang enteng oleh sesetengah pihak sehingga tidak menjarakkan diri mereka sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain.
” Saya selalu berpesan supaya saudara-saudari semua elakkan berjabat tangan. Saya tengok sekarang dah ada yang bukan sahaja berjabat tangan, malah berpeluk ketika berjumpa sahabat-handai dan sanak-saudara.
” Ya, itu bagus untuk eratkan persahabatan dan persaudaraan. Tetapi jangan kita lupa. Kita masih berada dalam fasa pemulihan COVID-19. Jadi amalan-amalan ini walaupun baik dari segi pergaulan sosial, namun ianya amat tidak baik dari segi usaha kita untuk melindungi diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita daripada dijangkiti virus COVID-19,” katanya dalam sidang media.
Tambah beliau, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners. Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat-menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain.
Dalam pada itu, kerajaan juga sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam. Perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...