“The Dinosaur Part! Thanks Mommy Bagi Idea”. Cabaran Bagi Anak Ubat, Perkongsian Tip Elfira Loy Raih Pujian Ramai!

Share

Perkara paling sukar bila anak-anak jatuh sakit adalah waktu memberi ubat, itulah yang dikongsikan pelakon, Elfira Loy  menerusi laman Instagramnya.

Ibu muda yang sedang hamil anak kedua ini bagaimanapun tidak berputus asa. Sebaliknya dia menggunakan trik tersendiri  kepada anak kesayangannya Rayyan yang kini sedang sakit.

“Bila kena bagi Rayyan makan ubat sorang- sorang ni, memang kena perketatkan permainan kita sebagai seorang ibu .

1. balut dia & lift his head a bit.

2. Duduk atas dia bagi tangan tak gerak ( jangan duduk betul pulak )

3. Pegang muka dia kuat kuat

4. Bagi dia nganga , spray ubat near to the throat. (near tu maksudnya dekat ye ibu-ibu bukan pada ) cara ini jugak di demokan oleh doktor.

“Fuhhh mommy setiap kali bagi ubat , bukan sebab dia tapi sebab kaki mommy memang akan auto lemah bila tengok ubat. So ni memang cabaran paling mencabar .

“Orang yang tak suka ubat, kena bagi orang lain makan ubat,” tulis Elfira menerusi kapsyennya yang mengundang perhatian ramai.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang berkongsi pengalaman tak kurang yang memberi idea. Malah ada juga yang berterima kasih atas tip yang dikongsikan Elfira.

bieazizazlan Salah satu tips… Masa dia ludah keluar ubat, sbelum dia ludah tuh, cepat² picit idung dia utk dia automatik telan ubat yg diberikan..
miminajmuddin Tiup sekali muka dia. Dia akan auto telan ubat tu. 😍
wan_nooraisikin I bg tips cara bg ubat dan ubat tu anak tak akan luah walaupun sikit..balut badan anak dgn kain(mcm bedung) tu.. amik picagari lepas tu masukkan ubat tu kat btl2 tepi mulut(bahagian tepi pipi) salurkan picagari smpu ke hujung gigi dalam tu..so ubat tu akan masuk terus tanpa tersentuh lidah..so anak akan telan semua ubat ..
nur_atiqah94 Cabaran sungguh bagi mak2 😂 tp time Anak bawah setahun je payah makan ubat 😂 bila da masuk setahun senang sangat bagi makan ubat siap minta lagi 🤣
_fatin.ghani The dinosaur part! Thanks mommy bg idea, smoga Rayyan cepat sihat active mcm biasa ❤️
nrsyhdhnsr Pandai mommy trick dia dgn dinosaur 😆😆 cute sgt rayyan 😍 get well soon !

Elfira Loy  sebelum itu memaklumkan anak sulungnya itu  kerap demam, batuk, selesema. Selepas mendapatkan rawatan, Rayyan disahkan doktor mengalami jangkita kuman di bahagian paru-paru atau pneumonia.

Sumber: Elfiraloy


ARTIKEL MENARIK: “Like Father Like Daughter. Mata & Senyum Tu Seiras Betul.” Wajah Anak Perempuan Copy Paste Arwah Hani Mohsin Raih Perhatian!

ARTIKEL POPULAR: “Dia Takkan Ganggu Anda Lagi.” Jiran Kurang Senang Anak Autisme Bising, Keluarga Adam Akur Kontrak Rumah Sewa Tak Diperbaharui!

“Percutian Singkat Tapi Bermakna, Peluk Cium Anak Sendiri.” 2 Biji Kek Jadi Perhatian, Ibu Dr Amalina Syukur Kejutan Menjadi!

BACA INI JUGA : “Patut Berseri Lain Macam, Tahniah Bonda. Allah Atur Elok.” Nampak Pregnancy Test, Warganet Teka Intan Saleh Hamil!


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara