Jom berinteraksi dengan pelbagai haiwan termasuk memberi makan dan menyentuh haiwan! Bukan itu sahaja, anak-anak dapat mengenali nama tumbuh-tumbuhan! Sesuai sangat buat keluarga yang sukakan percutian berkonsepkan flora dan fauna!
Selalunya pemilihan destinasi percutian adalah pantai, tempat sejuk dan taman tema. Namun, tidak ramai yang menyedari bahawa destinasi percutian berkonsepkan alam semula jadi memberi impak yang positif pada anak dan merehatkan minda.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sambil bercuti, anak-anak dapat banyak manfaat. Bahkan mempunyai pengaruh besar dalam perkembangan kanak-kanak dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Salah satu destinasi percutian yang kini meraih perhatian ramai adalah The Bentong Farm yang terletak di Bentong, Negeri Pahang. Destinasi percutian ini terletak hanya 8 minit dari bandar Bentong dan dalam masa 1 jam dari Kuala Lumpur.
BUAH-BUAHAN & SAYUR-SAYURAN
Percutian dengan alam semulajadi pasti tidak akan menghampakan anda seisi keluarga. Persekitaran alam semulajadi dan landskap yang indah di mana seseorang dapat melarikan diri dari kesibukan bandar ke kedamaian dan ketenangan. Ladang ini dengan keluasan 27 ekar dengan air terjun, kolam dan sungai pastinya memberikan aura rasa ketenangan.
The Bentong Farm ini dikelilingi lebih daripada 60 spesies pokok buah-buahan dan sayur -sayuran tempatan. Sepanjang berjalan di sini, pengunjung pasti terpesona pelbagai jenis tanaman. Lebih teruja apabila setiap pokok ditanda dengan nama. Sesuai sangat untuk pembelajaran anak-anak.
Paling menarik, di pintu masuk terdapat replika durian terbesar mengikut buku rekod Malaysia. Kelihatan juga replika gergasi akar halia dan buah manggis. Replika buah-buahan ini menjadi tarikan utama pengunjung untuk merakamkan momen manis ketika berada di sini.
Ads
Selain pemandangan nan menghijau, turut dipamerkan objek kebudayaan Orang Asli seperti rumah tradisional yang dibina dengan buluh sepenuhnya, tanpa menggunakan sebarang paku.
HAIWAN
Terdapat lebih dari 100 spesis pelbagai jenis haiwan yang jinak dan esksotik seperti Monyet White Eared Marmoset, Kerbau berwarna merah jambu (Albino), South American Camelid Mammal-Alpaca, Pygmy Buffalo, Pygmy Donkey, friendly small Shetland Pony, Burmese Python dan banyak lagi.
Pastinya kunjungan bersama keluarga ke sini memberikan pengalaman yang cukup luar biasa. Mana tidaknya, sesetengah haiwan peliharaan di sini dilepaskan begitu sahaja, lebih dekat dengan pengunjung. Yang seronoknya, anak-anak anda boleh menyentuh, membelai dan memberi makan haiwan-haiwan ini.
Ads
ANUGERAH
The Bentong Farm adalah tempat yang ideal untuk acara keluarga, lawatan sambil belajar atau yang inginkan destinasi jauh dari dari kesibukan kehidupan bandar. Sehubungan itu, baru baru ini, ia juga memenangi anugerah itu sebagai ‘Destinasi Pelancongan Agro Terbaik’ oleh MATA dan Santai Travel. Juga juga diakreditasi oleh Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA)
Ads
WAKTU OPERASI
Ramai yang suka bawa anak-anak ke sini kerana harga tiketnya yang sangat berpatutan dan murah berbanding tempat lain. Untuk pemegang MYKad, harga promosi untuk dewasa RM48, kanak-kanak RM38 dan warga emas RM38. Harga biasa dewasa RM68, kanak-kanak dan warga emas adalah RM58. Waktu operasi hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Hari Sabtu & Ahad, cuti umum dan cuti sekolah bermula 9.30 pagi hngga 6.00 petang. Tutup setiap hari selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah.
Tunggu apa lagi, jom datang ke sini bawa seisi keluarga! Nak tahu info lebih lanjut ikuti FB: The Bentong Farm Malaysia, Insta: The Bentong Farm Malaysia & TikTok: TheBentongFarmMY
Siapa menyangka ibu hamil bersama empat anaknya yang maut dalam kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai semalam pernah berdepan kemalangan tragis pada Januari lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa, Ruziha Osman, yang masih terkejut dan sedih dengan pemergian anak sulungnya bersama empat cucu kesayangannya yang berusia antara empat hingga 13 tahun.
Tambahnya, mereka sekeluarga sebenarnya masih dalam fasa pemulihan emosi selepas kemalangan jalan raya yang menimpa arwah sekeluarga pada 30 Januari lalu.
“Memang tak sangka, lagipun arwah kelihatan ceria dan bergurau dengan kami seperti biasa.
“Arwah sedang mengandung, malah sebelum ini mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Brisu Alor Gajah pada 30 Januari lalu, namun terselamat,” katanya.
Namun, siapa sangka, selepas terselamat dari nahas tersebut, mereka akhirnya dijemput Ilahi dalam tragedi yang lebih menyayat hati.
Sementara itu, ibu saudara kepada suami arwah, yang hanya dikenali sebagai Ina, menyifatkan pemergian Laila dan anak-anaknya sebagai satu takdir yang sukar diterima.
“ALLAH SWT telah menyelamatkan mereka dalam kemalangan sebelum ini, tetapi rupanya takdir menjemput mereka dengan cara lain,” luahnya sebak.
Kebakaran rumah yang mengorbankan lima beranak termasuk tiga kanak-kanak di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada awal pagi Khamis.
Selain meragut nyawa, tragedi memilukan ini turut memusnahkan kediaman yang hangus dijilat api. Mangsa yang terkorban ialah Laila Fathinah Mustapa, 37; Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13; Izz Daffa Hafizuddin, 7; Nur Dalilah Khadijah, 6; dan Izz Danish Fathi, 4.
Bagaimanapun, suami Laila, Muhammad Khairuddin Saari, 35, terselamat dalam kejadian itu, walaupun mengalami sesak nafas akibat menghidu asap tebal. Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
Kredit: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahaja mengenai emas pastinya semua tahu bahawa ia mempunyai nilai yang tinggi dalam pasaran. Ia menjadi barang kemas yang mudah dicairkan untuk mendapat wang.
Bagi yang menghadapi masalah kewangan sudah tentu ada yang menjual atau gadai sebagai sumber kewangan waktu terdesak.
Namun, apa yang perlu ketahui bahawa jika ada yang bercadang untuk menggadai barang kemas perlu tahu cara betul untuk mengelak dari sebarang penipuan. Salah satunya tipnya adalah menyimpan resit asal dan tahu jumlah berat barang kemas.
Bagaimana siapa sangka, ia berlaku kepada seorang ibu ini yang meluahkan rasa kecewa apabila situasi itu berlaku kepada dirinya.
Menerusi perkongsian di facebooknya, puanRose Fadilla berasa terasa terkilan sikap sebuah kedai emas yang dikatakan telah menipu berat barang kemas milik anaknya.
Mujur resit asal pembelian dahulu menjadi bukti setelah membuat perbandingan berat. Dalam pada itu, beliau menasihati agar berhati-hati jika ingin gadai barang kemas.
Seterusnya ikuti luahan beliau.
Barang kemas anak dah tak muat
Harini ros tebus balik gelang anak ros..dekat kedai pajak gadai masjid tanah.skli ros tgk mcm pelik mana lebihan emas yang masa mula2 ros gadai tu..bila tnya dia ckp tk ada, bila pakai kan dekat tangan anak dh tk muat..lg lah pelik..
so ros tunjuk gambar anak ros pakai gelang sebelum gadai dekat dia mana lebihan secoet tu ? Ada toyol kot dekat kedai pajak dia..hahah ros dh buat report,dan mintak jugak cara baik dengan dia tapi dia gengster eh siap mintak bawak polis datang kedai dia..konon dia tk bersalah la. Tatkpee ros yakin ramai je terkena dan dia dah biasa buat mcm nie cuma ad yg tk prasan je, so ramai ckp dia nie mmg penipu ..so jangan lah gadai dekat dia lg.
Berat resit pembelian dan gadai berbeza
dia pndai tulis siap2 dekat surat pajak tu 2.0grm nasib baik ros simpan lg surat emas masa mula beli dulu.. berat gelang tu 3.42g tpi dia tulis kt surat pajak tu 2.0grm je so dia dh tulis siap2 sbb nk potong letewww so orang masjid tanah nk gadai jgn gadai dekat sana okay..dia untung kita rugi.ros bukan racist ke apa..rupanya tnya orang lain bnyak kli terkena. So pergi ah rahnnu jelah lepasnie..tu pun kena make sure betul tk berat sama yg kita beli mula2 dulu..nasib baik lah haku jenis detail simpan semua bukti2 beli semua hahahaha
Selagi kita hidup ni, selagi itulah kita dituntut untuk menimba ilmu. Untuk anak-anak, bukan sahaja ilmu di sekolah yang perlu mereka pelajari. Ilmu fardu kifayah juga dituntut untuk dipelajari. Misalnya dalam pengurusan jenazah.
Menurut syarak, apabila seseorang yang beragama Islam itu meninggal dunia, maka jenazahnya wajib untuk dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Menurut syarak ia adalah wajib dan kewajipannya adalah Fardu Kifayah kepada mereka yang masih hidup.
Dalam situasi begini, biasanya ahli keluarga atau sanak saudara yang berkenaan perlu tahu apakah yang sepatutnya dilakukan agar pengurusan jenazah ini berjalan dengan lebih lancar dan teratur.
Kesediaan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjadi jenazah untuk kelas pengurusan jenazah anak anaknya di sekolah menerima pujian wargamaya.
Memuat naik perkara ini di laman Instagram miliknya, kata Fazley, dia secara sukarela menawarkan dirinya untuk menjadi jenazah saat ditanyakan oleh ustaz yang mengajar anak-anaknya. Malah jelasnya, suatu hari nanti pasti dia juga akan berdepan situasi yang sebenar.
“Ramai pula tanya saya, yes betul. Saya tak tipu. Petang ni kelas praktikal #Mandijenazah anak-anak saya dengan ustaz diaorang.
“Ustaz tanya sama ada nak tengok video atau penerangan sahaja. Saya cakap, buat je latihan betul-betul, kemudian ustaz tanya jenazah kita buat macam mana? Patung ke? Saya cakap, Takpe, biar saya jadi jenazahnya, satu hari nanti nak kena buat betul-betul jugak kan?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas memuji keberanian yang ditunjukan Fazley. Malah tidak kurang juga yang menganggap ia adalah satu tindakan yang baik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak.
Astro, syarikat peneraju hiburan dan media terkemuka Malaysia, menyambut kehadiran bulan Ramadan dengan penganjuran ‘Assalamualaikum RaRa 2025’ di tiga buah lokasi iaitu Masjid Sri...