Bagi Pelakon cantik manis dan juga pengasas produk kecantikan, Mawar Rashid ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya.
Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu. Tidak hairanlah hubungannya bersama mentua cukup baik dan rapat.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.
Terbaru, Mawar membuat kejutan dengan menghadiahkan gelang emas sempena hari jadi ibu mentuanya yang ke 58.
Kejutan yang dilakukan bersama suami tersayang, raf Yaakob dimuat naik menerusi laman instagramnya.
First time hadiahkan gelang emas kat ibu. Birthday surprise to ibu my MIL @rsd.umi 🤍 sweet kan
Demikian kapsyen yang dimuat naik Mawar bersama video meraikan ibu mentuanya. Lebih istimewa lagi, ibu kepada sepasang anak ini turut memakai busana yang sama dengan mentuanya. Sweet sangat kan!
Malah, ibu mentua Mawar turut menitipkan komen dengan berterima kasih atas apa yang dilakukan oleh menantunya itu.
Tq Mawar dan abang suprise kan ibu. Sesungguhnya kasih sayang mawar kepada ibu amat ibu hargai.
Sumber: mawarashid