“Thank You Baby Girl, ‘Tunggu’ Abang Balik Baru ‘Keluar’”, Luahan Anak Sulung Norman Hakim Buat Netizen Sebak.

Share

Semalam pasangan pelakon popular, Norman Hakim Dan Memey Suhaiza dikurniakan seorang lagi cahaya mata. kelahiran Bayi perempuan seberat 3.35kg nyata membawa kegembiraan pada mereka sekeluarga.

Lebih membahagiakan pasangan ini apabila anak sulung Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi turut pulang ke tanah air. Mohammed Danish Hakim yang sedang menuntut di Turki pulang ke tanah air dua hari lepas untuk bercuti.

Kepulangan Danish disambut deraian air mata gembira dari keluarga. Selain itu, inilah, kali pertama dia dapat bertemu adik angkatnya yang muhammad daiyan fayyadh. 

Dalam perkongsiannya di laman instagram,  Danish melahirkan rasa terharu dan bersyukur kerana kepulangannya turut disambut adik barunya semalam.

Baby girl baby girl..thank you tau sebab ‘tunggu’ Abang balik dari jauh dulu baru ‘keluar’ ❤️

Luahan itu turut mendapat respond dari pengikutnya. Jelas ada yang sebak dan mahu menitiskan air mata dengan perkongsian tersebut.

masni_tajudincaption dia bt i sedih but tahniah ?

umm_syeeraAl hafiz… 30 juzuk di dada dan diminda,sejukperut mama mu @abby_abadi112 mengandung…Semoga menjadi anak yg berbakti pada kedua org tua mu, dan menjadi abang yg bertanggung jawab pd adik adik mu..Bertuah betul @normanhakim_786

 dan @abby_abadi112 dapat pakai mahkota pada hari kiamat kelak.. In shaa اَللّهُ ..

trahbulanAlaaa nk ngis walaupun tgk gmbr jrr

norazaidelSejuk perut ibu @abby_abadi112 mengandungkan si danish ni..tahniah both mama n papa danish..alhamdulillah..