Siapa tak kenal dengan pelakon wanita jelita, Aida Khalida. Wajahnya kerap terpampang di kaca televisyen. Setiap lakonannya pasti menusuk hati penonton. Percakapan yang lemah lembut sinonim dengan watak yang sesuai dilakonkan sebagai seorang ibu. 

Aida Khalida atau nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad sangat  berdisiplin dalam kariernya dan telah berpuluh tahun menjadi anak seni. Bakat lakonannya masih utuh di persada seni dan sehingga kini banyak menerima tawaran.

Siapa sangka, Aida Khalida kini sudah mencecah usia 66 tahun dan telah pun bergelar nenek kepada 5 cucunya.

Ibu kepada dua orang anak dan 5 orang cucu ini tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, pelakon ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.

[TRENDING] Kepala Aku Dihayun Jurulatih.” Remuk Hati Kakak Allahyarham Prebet Iman Bila Temui Nota Adiknya Di ‘Ragging’ Selepas 5 Bulan Pemergiannya

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Ads

Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 66 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa suntikan botox atau pembedahan muka. 

Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. 

Ads

Berkongsi amalan kecantikan, Aida memberitahu yang dia sangat menitikberatkan soal pemakanan. 

“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang  (bila lapar).

“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” katanya. 

Ads

Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.

[ARTIKEL PANAS]

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Tetap Anggun Di Usia 66 Tahun, Aida Khalida Kongsi Amalan Dan Petua Yang Dilakukan Untuk Kekal Cantik Dan Sihat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI