Pastinya setiap antara kita ada resipi, cara dan tip tersendiri dalam menyajikan menu paling istimewa untuk teramu yang bertandang ke rumah.
Umpamanya dalam bab menyediakan spagetti aglio alio ini.
Ini antara tip yang dapat membantu menjadikan hidangan spagetti lebih enak dan menyelerakan. Jom semak!
TIP MEMASAK SPAGETTI AGLIO OLIO
1. Panaskan air sehingga mendidih di dalam periuk baru masukkan spagetti.
2. Ketika merebus masukkan garam dan minyak.
3. Set alarm untuk elak terlebih lama dimasak.
4. Ketika menumis udang dan sotong biasanya akan keluar air, jika terlalu banyak keluarkan air tersebut dan letakkan di dalam bekas untuk digunakan nanti jika perlu.
Ads
5. Satukan bahan-bahan kering di dalam satu bekas untuk lebih mudah dituangkan sekali gus.
6. Semasa menghidang nak nampak lebih sedap, hias dengan daun pasley dan tomato ceri.
Dan untuk ibu-ibu yang sudah tidak sabar untuk mencuba menyediakan menu spagetti untuk hidangan petang, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Nurha yang suatu ketika dahulu pernah berniaga menu ini.
Jika ditanya apakah makanan kegemaran saya haruslah jawapannya adalah spagetti. Lebih tepat lagi adalah spagetti seafood aglio olio. Kenapa? Sebab senang dimasak enak dimakan. Eh, bukan favourite saya sorang, tapi favourite si kakak & ayahnya juga.
Ada yang sama macam saya ke suka spagetti aglio olio? Meh saya share resepi aglio cara saya.
Ads
Resepi ni juga saya buat jual dulu. Ambil order dari kawan2 opis. Tiada lagi rahsia.Now everyone can fly. Opss silap, now everyone can cook spaggeti aglio.
Bahan2:
1 paket spagetti ( saya guna jenama san remo)
1kg seafood (udang & sotong)
1/2 cawan minyak zaitun
1 labu bawang putih dicincang halus
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsely flakes
3 sudu besar chili flakes (kurangkan jika xsuka pedas)
1 sudu teh blackpeper
1 sudu teh garam
1 kiub pati ayam knorr
Tomato ceri
Cara:
1. Rebus air hingga mendidih. Masukkan 1/2 sudu besar garam halus & sedikit minyak masak. Bila air mendidih baru masukkan spaggeti . Masa memasak ikut arahan pada plastik spaggeti ye. Kalau san remo 12minit. Jangan tutup spaggeti ketika merebus utk elak banjir dapur anda.
Ads
2. Dalam kuali lain, masukkan minyak zaitun & tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan sotong, udang & kiub ayam. Kacau hingga masak.
3. Masukkan parsley, oregano, cili flakes,garam dan blackpepper . Kacau rata kemudian masukkan spaggeti dan kacau hingga sebati. Siap.
4. Hiaskan dengan daun parsley (jika ada) & tomato ceri.
Selamat mencuba.
sumber : Nurha Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kain pengelap antara benda wajib ada di dapur, tak kira bagaimana saiz, warna atau designnya. Yang penting ada disediakan bagi tujuan membersihkan tumpahan kuah makanan, mengelap habuk dan mengelap minyak pada permukaan barang-barang di dapur.
Memandangkan kain ini digunakan untuk benda-benda kotor, jadi kena sentiasa dicuci bagi menghalang bakteria selain mengelakkan dari berbau.Namun, kotoran dan kesan yang melekat pada kain tersebut pasti susah untuk dibersihkan. Apa kata cuba tip mudah ini untuk menjadikan kain pengelap korang kelihatan lebih bersih dan wangi selepas dicuci. Petua mudah ini dikongsikan oleh puan Zuraidah Ismail. Tips basuh kain buruk dan kain lap2
************************************* Cara nak basuh kain buruk atau kain lap di dapur yg kotor. 1- Rendam bersama sabun dan clorox selama 2 jam clorox biar lebih sikit
2- selepas tu basuh dalam mesin basuh putarkan beberapa minit
3- selesai basuh terus masuk dalam mesin pengering jangan bilas dengan air bersih dulu
4- bila dah kering rendam semula bersama sabun dan clorox putar lagi beberapa minit
5- masuk dlm pengering balik
6- angkat dan bilas macam biasa
7- keringkan dan jemur Kak Ida memang cerewet dlm hal2 kebersihan rumahtangga.dan kain buruk utk meniaga…tadi LaLa Nasreen dh share..ni Kak Ida tunjuk cara basuhnya..sharing is caring…LOVE FROM KAK IDA
Nampak menarik dari rumah flat dua bilik sudah bertukar wajah ala-ala hotel, itu yang diimpikan oleh pemilik kediaman ini. Dengan bersandarkan modal RM30K pasangan suami isteri ini berjaya merealisasikan impian mereka.
Minimalis Tapi Cantik & Kemas
Perkongsian yang dimuat naik oleh Nurul Ana Hamidmenerusi grup KaMi SuKa DeKo DeKo ternyata memberi inspirasi buat yang lain untuk menghias kediaman.
Tak perlu bajet yang besar, memadai setakat kemampuan tetapi hasilnya memang superb.
Jom admin kongsikan sebelum dan selepas diubah suai kediaman ini.
Simple but nice!
Alhamdulillah.. siap jgk rumah comel kami suami isteri.. baru dpt merasa duduk sendiri.. kat sini sy nk share rumah before renovate dgn after.. semoga dpt bg sikit inspirasi utk yg nk belajar mendeco mcm sy.
Rumah nie rumah flat 2 bilik je.. rumah comel kami.. mmg nk buat tema ala-ala hotel.
Selesa dan tenang ruang bilik
Deco mana yg mampu je.. langsir sy jahit sndri.. brg2 bnyk beli online dekat LAZADA n SHOPEE.. Idea2 dri group amat dihargai..
Mana yg nk tau modal keseluruhan utk kos rumah nie total hampir 30k.
Ruang Dapur yang sedap mata memandang
Tapi utk renovate trmasuk lantai mozek, tingkap sliding, cornice, pecah toilet, wiring balik 1 rumah, upah cat, upah pasang wainscoting dgn lantai vinyl sume tu anggaran dlm 23k.. utk brg2 rumah anggaran 7k.. klau korg kreatif, bleh buat sndri dri 23k mybe bleh save bwh 20k.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kalau dirumah, habis sahaja merendam teh, uncangnya pasti kita terus sahaja buang ke dalam tong sampah. Jangan dibuang dahulu sebaliknya simpanlah di dalam bekas atau cawan dahulu.
Uncang teh ni sebenarnya cukup banyak kegunaannya. Bukan sahaja beri manfaat yang besar dalam secawan teh panas tapi juga untuk kegunaan rumah yang lain. Nak atau untuk kegunaan apa?
Segarkan Tanaman
Enzim dan mineral yang terkandung di dalam seuncang teh cukup besar manfaatnya pada tanaman. Ia dikatakan mampu menyuburkan tanaman malah hasilnya pokok akan lebih cepat berbunga dan berbuah. Jadi selepas sahaja habis menggunakannya, letakkan sahaja pada pasu di rumah anda.
Daging Lebih Lembut
Bukan hanya lembut, bahkan daging juga beraroma lebih harum dan segar dengan adanya uncang teh. Caranya, perapkan daging dengan lebihan uncang yang telah digunakan. Gunakan dua uncang untuk rasa lebih enak dan harum. Biarkan diperap bersama daging selama 30 minit kemudian masaklah seperti biasa. Mahu lebih hebat lagi, buka uncang dan gaulkan serbuknya ke dalam daging.
Hilangkan Bau Kasut
Kasut berbau memang buat rasa rendah diri. Nak hilangkannya jadi satu masalah pada kita. Tak payah pening kepala lagi, ambil sahaja uncang yang sudah dikeringkan dan letakkan ke dalam kasut yang berbau. Boleh juga gunakan uncang yang masih baru namun hasilnya tidaklah sama seperti selepas digunakan.
Segarkan Almari
Bukan hanya hilangkan bau kasut, anda juga boleh letakkan ke dalam almari pakaian. Syaratnya perlu keringkan dahulu uncang teh yang basah. Kemudian barulah digantungkan di dalam almari. Hasilnya baju berbau lebih harum dan segar. Bau kayu dari almari juga akan hilang.
Lap Cermin
Uncang teh yang telah digunakan juga boleh digunakan untuk mencuci kekotoran di rumah anda seperti mengelap cermin, menghilangkan kesan kotor di lantai malah singki juga boleh dibersihkan dengan cara ini. Menarik!
Relakskan Mata
Bagi merehatkan mata atau mengatasi masalah mata yang kepenatan, rendamkan 2 uncang teh yang telah digunakan di dalam air sejuk selama 2 hingga 3 minit. Kemudian letakkan uncang tersebut di kelopak mata dan biarkan selama 10 minit. Anda boleh juga tidur sebentar untuk hilangkan ketegangan ini. Biarkan seketika dan relaks. Mata akan kembali segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Statistik menunjukkan bahawa satu daripada enam kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental, dan kadar ini telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 2019.Sebagaimana...