Test Vokal Anak, Amelina Seronok Luangkan Masa Sambil Karaoke Dengan Keluarga

Share

Meluangkan masa bersama keluarga sememangnya momen yang tak dapat dibeli di mana-mana.

Kebiasannya waktu raya adalah waktu paling sesuai dan selalu dinantikan oleh semua demi berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga.

Tak kurangnya dengan penyanyi dangdut, Amelina Amir yang juga mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya raya kali ini.

Apa yang menarik, Amelina berkongsi video anak-anak bujangnya menyanyi atau lebih santainya berkaraoke di rumah.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram baru-baru ini, Amelina kelihatan seronok bernyanyi bersama kedua anak bujangnya Putera Al’ Asyraff dan Putera Al’ Affiq.

Katanya aktiviti ini dilakukan selepas penat melayan tetamu yang datang beraya dan pada masa yang sama mahu menguji nyanyian masing-masing.

“Bila dah penat layan tetamu, kaklong akan berehat-rehat dengan family sambil berkaraoke.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet terpesona dengan rupa paras dan tak lupa memuji suara lunak anak-anaknya itu.

Untuk rekod, Amelina juga merupakan ibu kepada enam orang anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, dan Putera Al’ Amzar hasil perkahwinannya yang terdahulu bersama Reduan Mahmood.

Sumber: Instagram Amelina Amir