Cepat betul masa berlalu, pejam celik pejam celik usia anak pelakon Raja Ilya, Talita Love dah pun masuk 9 bulan.
Menerusi perkongsiannya terhadap perkembangan Talita di laman Instagram, anaknya itu kini sudah mampu memahami 3 bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil ketika disuruh Raja Ilya untuk bawa kain ke ruang tamu.
“Test language Power @talitalovegarrett yang 9 bulan ni. Speaking in 3 different languages and I’m shocked she react to. Nak Bapa dia buat free breakfast kene laa buat kerja rumah,” tulisnya.
Seakan-akan faham dengan arahan ibunya, Talita kelihatan terus bergerak ke ruang tamu bersama kain yang diletakkan di atas walker bayi itu.
Sementara itu, Raja Ilya turut meluahkan rasa sebaknya apabila seakan tidak percaya yang dia sudah mempunyai anak sendiri dikala menjelang syawal kali ini.
“Macam tak percaya Raya ni ada darah daging sendiri (happy tears) tak tahu nak cakap macam mana, lain macam feeling minggu ni bila nak dekat dekat raya ni,” luahnya.
Meninjau pula ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi perasaan yang sama seperti Raja Ilya ketika melihat perkembangan anak-anak.
Untuk rekod, pelakon berdarah kacukan ini telah sah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Trent Garret pada Disember 2018 di Perth Australia dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Talita Love.
Sumber: Instagram Raja Ilya