Susah hati mak ayah jika setiap kali bangun tidur anak mula meragam. Ada sahaja tak kena dan menangis tanpa sebab.
Bagi ibu bapa yang anak bangun pagi selalu menangis atau meragam, boleh cuba amalan yang dikongsikan oleh Ustazah Nazirah Abdul Rahim. Malah beliau juga turut amalkan pada anak-anaknya dan memang nampak kesan positif pada mood dan tingkah laku anak setiap kali bangun tidur, keesokan harinya. Jom amalkan.
Anak bangun pagi tenang tiada ragam tantrum dan menangis insha Allah
pastikan anak,
1. Tidur awal selepas isyak tak ada HP ditangan
2. Tidur dengan didikan 3 adab tidur dimulai sejak baby didikannya dan pembentukan akhlak
3. Tidurkan anak dengan kasih sayang AL FATIHAH tepuk dodoikan anak. Insha Allah tidak ada tolak bandingannya kemuliaan dengan didikan akhlak Nabi saw
Apa sahaja yang ada samada yang buruk atau yang jahat dalam diri kita atau anak akan keluar apabila dimasukkan didikan kemuliaan al Quran dan akhlak nabi SAW.
Lebih mulia dari itu yang Allah akan beri pada kita dan anak-anak yang berjuang didik anak-anak akhlak nabi.
Bahkan akan terbentuk lah sikap dan akhlak anak-anak yang bukan sahaja membahagiakan kita bahkan kepada semua yang melihat mereka dan bersama mereka. MasyaAllah ❤️
Jangan biarkan anak-anak tidur sendiri tanpa didikan adab ibu ayah
Jangan biarkan anak-anak dengan HP hingga tertidur dengan lalai dan dosa.
Jangan biar anak tidur dengan mood kena marah atau pukulan.
Bagaimana cara kita ibu bapa tidur begitulah cara kita didik anak-anak tidur insha Allah
allahumma ameen.
Menarik: Anak Tiba-Tiba Demam Jangan Cemas, Ini Cara Tepat Rawat Anak!
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bentuk video yang kreatif dan menarik.
JOM DAFTAR SEGERA DI https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-baby-merangkak-race/
Mendidik anak di zaman yang serba mencabar ini sememangnya tidak mudah. Banyak hal yang terpaksa mak ayah fikirkan dan timbang tarakan demi memastikan anak dalam keadaan yang baik dari segi fizikal mahupun mental.
Memastikan emosi anak-anak terjaga dengan baik juga antara yang wajib ibu ayah utamakan, semuanya demi memastikan kesihatan mental mereka tidak terjejas.
Anak menjadi kurang keyakinan diri, lebih degil dan sentiasa berfikiran negatif merupakan antara salah satu kesan yang berlaku sekiranya emosi mereka terjejas.
Menurut perkongsian Miss Evelyn Ngui, Pakar Psikologi Klinikal dari Sunway Medical Centre, Bandar Sunway, bagi memastikan mental anak sentiasa berada dalam keadaan yang baik, ibu bapa perlu memastikan aktiviti fizikal dan mental anak seimbang.
Ibu ayah perlu tahu bahawa kesihatan fizikal juga turut mempengaruhi kesihatan mental anak-anak. Apa yang ibu ayah perlu lakukan agar kesihatan mental ini seiring adalah dengan melakukan beberapa perkara berikut.
Seimbangkan aktiviti fizikal dan mental
Ibu ayah perlu periksa kembali rutin harian anak-anak dan perlu pastikan aktiviti fizikal dan mental mereka seimbang. Jangan biarkan anak sentiasa belajar sahaja tanpa seimbangkan dengan aktiviti fizikal.
Biarkan anak ada masa untuk belajar, namun jangan abaikan aktiviti luar rumah untuk mereka lakukan. Wajib!
Dengarkan luahan suara anak-anak
Ketika mendidik anak-anak, ibu ayah selalu terlupa untuk mendengar kemahuan anak-anak. Walaupun masih kecil namun mereka masih punya impian dan kehendak sendiri.
Sesekali dengarkan juga suara dan luahan dari hati anak-anak. Anak-anak sebenarnya mempunyai banyak perkara yang hendak dikongsi tetapi disebabkan kekangan masa ibu ayah membuatkan segalanya tersimpan kemas.
Bila suara hatinya didengari, anak-anak akan berasa lebih dihargai dan merasa kasih sayang kedua ibu bapanya. Emosi anak-anak juga secara tidak langsung akan lebih senang ditangani.
Ajar anak tunjukkan emosi
Setiap kali anak rasa kecewa misalnya gagal mencapai markah yang bagus dalam ujian, ataupun kalah dalam pertandingan, didik anak untuk luahkan rasa kecewanya atau ketidakpuasan hatinya. Dengan cara ini anak akan merasa lebih didengari.
Ajar juga anak-anak untuk mengendali emosi mereka setiap hari. Jika berasa marah atau sedih, didik mereka untuk belajar mengawal emosi sebaiknya.
Stress Buat Mental Anak Terganggu
Tidak dinafikan tekanan sekeliling juga menjadi salah satu gangguan terhadap kesihatan mental dan emosi anak. Sama seperti orang dewasa, anak-anak kecil juga melalui hal yang sama.
Anak-anak yang masih kecil sememangnya tidak mampu untuk meluahkan ekspresi dan rasa hati mereka, jadi disebabkan itulah ada anak yang tantrum dan mudah menangis jika kehendaknya tidak dipenuhi.
Orang sekeliling atau perubahan yang berlaku pada anak misalnya bertukar sekolah atau kawan-kawan juga akan memberi tekanan kepada anak-anak dan inilah salah satu punca anak mengalami stres.
Tekanan daripada ibu bapa, misalnya untuk mendapat markah yang baik juga membuatkan anak-anak tertekan, namun biasanya mereka tidak tahu cara untuk meluahkannya.
Petanda anak stress:
Apa mak ayah perlu buat?
Bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal anak dalam keadaan sihat dan baik, kedua-duanya perlu diseimbangkan namun belajarlah untuk mengenali anak dengan lebih baik.
Dalam apa jua keadaan, ibu bapa memainkan peranan utama untuk mendidik anak-anak dan membentuk persekitaran yang sihat buat mereka. Oleh itu, penting untuk ibu bapa menjaga kesihatan mental dan fizikal sendiri supaya mereka dapat menjaga insan tersayang dalam jagaan mereka.