
Ramai dalam kalangan pempengaruh dan selebriti tak kira tempatan mahupun luar negara memilih untuk menjalani pembedahan bariatrik (pintasan usus) untuk mengawal masalah berat badan berlebihan.
Antara selebriti yang terbuka mendedahkan tentang pembedahan ini termasuklah penyanyi Aishah dan juga selebriti dari seberang, Melly Goeslaw.
Hal ini turut menarik perhatian penyanyi bersuara lunak, Datuk Nora Ariffin. Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Nora baru-baru ini memuji penampilan rakan artis yang semakin cantik selepas menjalani pembedahan berkenaan.
Ujar Nora, dia juga mahu melakukan pembedahan serupa. Namun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana perlu patuh pada larangan suami.
“Wah bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan selim melim selepas pembedahan bariatrik.
“Saya pun dah dapat orang nak sponsor tapi encik suami tak izinkan. Kena taat. So telan air liur je lah,” tulisnya.
Menerusi laporan media, pembedahan bariatrik merupakan pembedahan jenis kosmetik yang menjadi pilihan ramai sebagai salah satu cara untuk mengembalikan kelangsingan tubuh.
Selain membantu mengecilkan saiz tubuh, pembedahan ini juga dapat memulihkan penyakit metabolik seperti darah tinggi, kolestrol tinggi dan juga kencing manis.
Sumber : Nora Ariffin
Sayangkan Anak, Jangan Lupa Ajarkan Berdoa!

Ragam kita sebagai ibu dan ayah dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak, memang pelbagai. Kita mahu jadi ibu ayah yang terbaik, macam-macam kita lakukan!
Pun begitu perkongsian daripada seorang guru dan juga bapa ini harus diambil perhatian. Agar tanggungjawab nan satu ini tidak dilupakan.
Kalau sayangkan anak
Kita punya la nak anak jadi pandai. Tuisyen harga RM 250 satu matapelajaran pun ada yang sanggup bayar lagi. Itu baru satu matapelajaran. Kalau 8? Kau kira la sendiri.
Makan pakai kita nak yang terbaik. Risau makan kat tepi jalan anak kita senang jatuh sakit. Risau pakaian murah-murah kulit anak kita gatal-gatal. Nanti berkudis. Nanti tinggal parut. Macamana dia nak masuk pertandingan ratu cantik besar nanti kalau ada parut kurap kat pusat?
Soal kesihatan tu, jaga macam anak raja. Sanggup keluar modal beratus-ratus setiap bulan bayar pakej insurans paling mahal. Kalau sakit, nanti senang. Bawa je ke hospital swasta paling hebat dan mahal. Apa susah?
Bawak anak mandi kolam, punya la sayang. Dipakaikan pelampung penuh badan. Kat lengan saja dah 8, kat kaki 6, kat pinggang ada 3. Dah macam kapal perang dah anak kau. Punya la takut dia tenggelam.
Kalau dia baru belajar naik basikal lagi lah. Pad keselamatan penuh tubuh. Siap pakaikan anak baju kalis peluru la. Nanti jatuh tak luka. Dia tak sakit sangat. Silap-silap ada yang upah bangla berlari iringi anak lagi. Asal nak jatuh suruh bangla pegang.
Tak apalah. Tak apalah nak sediakan yang terbaik untuk anak kita. Dah kau mampu, dah poket kau tebal. Silakanlah. Aku tak halang. Marah jauh sekali. Cuma kalau melampau sangat tu, aku muntah je la. Meluat.
Tapi sayang. Tapi sayang kita lupa satu perkara. Satu perkara penting buat anak kita. Ya, perkara paling penting kita lupa didik mereka.
Kita lupa ajar mereka mendoakan kita!
Jangan berharap pada ustaz dan ustazah dia nak ajar. Itu anak siapa? Anak kau kan?
Jangan fikir dia masih kecil, tunggu dia besar baru nak ajar. Yang kecil itu senang diasuh. Paling penting, apa kau yakin kau masih ada nafas di dada bila anak kau besar nanti?
Nah, hayatilah hadis ini.
Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya,
“Sesungguhnya seseorang akan diangkat darjatnya di syurga maka dia berkata, Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya semua ini untukku?”.
Maka dijawab, “Daripada permintaan keampunan anakmu untukmu”.
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah & Baihaqi)
Kau masih ada mak ayah? Doakan mereka.
Kau dah tak ada mak ayah? Doakan mereka.
Kau ada anak? Ajar mereka mendoakan kau dan datuk nenek mereka. Ajarlah!
Hidup kita bukan sekadar di dunia semata-mata. Kalau benar kita sayangkan anak, ajar mereka berdoa.
Sumber : Mohd Fadli Salleh
Cukup Sistematik Persiapan Ibu Ni Buat Untuk Anaknya Masuk Darjah 1. Terinspirasi Sangat!

Alhamdulillah, hari ini 1 Mac 2021 merupakan detik bersejarah buat anak-anak Tahun 1 melangkah ke alam persekolahan. Hari ini juga mungkin ramai ibu-bapa masih sibuk dan kalut menguruskan persekolahan anak-anak terutamanya bagi ibu ayah yang belum ada pengalaman menghantar anak ke sekolah sebelum ini.
Sebenarnya terdapat banyak tips dan perkongsian bermanfaat boleh dijadikan inspirasi dan panduan.
Contohnya perkongsian daripada Hani Mynis ini, nampak begitu teratur, detail dan praktikal. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Bila anak melangkah kali pertama ke alam persekolahan, ia juga menjadi detik indah dan istimewa untuk dikenang oleh ibu dan ayah.
Malah tidak dinafikan, pada hari pertama itulah juga pelba
Persediaan Aqil sekolah Darjah 1
Allahu esok anak nak masuk sekolah kali pertama, ibu yang berdebar tak ingat. Risau kan hal social distancing dia kat sekolah satu hal dengan kes covid kat Johor yg agak meriah. Anak bertuah ni peramah tak ingat. Satu hal lagi of course risau nya dia nak handle diri sendiri tanpa ibu hahaha ibu dia memang over nau. Nanti jadi macam tahun lepas first day Aqil tadika, ibu dia kemain risau dan sebak, dia dah lari cari kawan-kawan nak main.
Semoga baik-baik sahaja lah dia. Kepada Allah sahaja lah kita berserah. InsyaAllah Allah jaga.
Btw hani kongsi sikit persediaan kitorang untuk Aqil masuk darjah 1. Walaupun sebenarnya dari penghujung Disember hani dah mula sikit-sikit persediaan dia ke sekolah, tapi selagi tak sekolah selagi tu ada je benda nak kena beli.
Hehe maklumlah first time dia masuk sekolah. Darjah 1. So banyaklah kena beli baru. Saja raikan dia mana yang ibu ayah mampu.
Takda tips apa-apa pun yang hani boleh kongsi yang semua belum tahu. Hani banyak follow je tips-tips yang ramai dah kongsi sebelum ini. Mana yang sesuai hani follow je. Yang kurang sesuai, hani adjust lah mana yang patut.
So, jom tengok gambar ya. Ada penerangan di gambar. Mana yang parent sama bot dengan hani esok anak dia masuk sekolah darjah 1, boleh follow kalau sesuai.
Semoga bermanfaat.
First day sign mesti kena ada. Hani selagi
boleh nak dia ada kenangan bergambar
hari pertama dia masuk sekolah walaupun ni kiranya bukan hari pertama darjah 1 dia lagi dah haha tapi still kenangan dia bersekolah di
tengah-tengah pandemik covid.
Ini self-ready station Aqil. Semua keperluan dia untuk bersiap ke sekolah hani letakkan di sini supaya dia berdisplin simpan barang di tempat masing-masing.
Baju sekolah tu tinggi haha so hani sediakan bangku untuk dia ambil tapi buat masa ini hani rasa hani akan tolong ambil bawa turun hehe.
Hani dah sediakan pakaian sekolah dia dari Disember haritu lagi. Tapi hani beli satu saiz lebih besar semua. Hani iron siap-siap semua untuk seminggu. Dan asingkan ikut hari pemakaian.
Beg kecemasan Aqil
Yang cikgu suruh bawa
Wet tissue ✅
Tisu biasa✅
Hand sanitiser✅
Ibu tambah
✅Mask- memandangkan sekolah Aqil
tak benarkan pakai mask fancy, maka
simpan lah mask Among Us Aqil haha so
pakai mask plain hitam ni je.
✅Baju hujan – just in case
✅Hansaplast dah pesan kat dia kalau luka kena cepat-cepat bagi tahu cikgu.
Hani setuju guna sistem fail ni lebih kemas dan mudah diuruskan. Kesihatan buku pun lebih terjamin. Bila hujan InsyaAllah buku tak basah bila beg basah. Sebab itu hani pilih fail plastik berbanding jenis kain.
Malah banyak lagi yang dikongsikan oleh Hany Mynis ini dan bolehlah dijadikan panduan untuk ibu-ibu yang pertama kali anak bersekolah agar lebih terurus dan sistematik.
Apa yang pasti, setiap perkongsiannya memang hebat dan pastinya ramai yang terinspirasi!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Wanita Umur 36 Tahun Miliki 11 Anak, Inilah ‘Untungnya’ Bila Kahwin Muda

Wanita umur 36 tahun miliki 11 anak, inilah ‘untungnya’ bila kahwin muda. Seorang wanita dari Subang, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial kerana mempunyai 11 orang anak pada usia 36 tahun.
Wanita Umur 36 Tahun Miliki 11 Anak, Inilah ‘Untungnya’ Bila Kahwin Muda
Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform TikTok, wanita bernama Liya itu menjelaskan bahawa dia bekahwin dengan seorang lelaki dari Jordan pada usia muda.
Menurut Liya, anak sulungnya berusia 16 tahun. Ini diikuti dengan anak kedua berusia 15 tahun, 14 tahun, 12 tahun, 10 tahun, sembilan tahun, tujuh tahun, enam tahun, empat tahun, dua tahun dan yang paling kecil berusia sembilan bulan.
@88liya0 Yang tadi nya cinta terhalangi karena perbedaan negara sekarang alhamdulilah berkah sampai anak 11 suami asli jordan istri dari indonesia subang
Tambah Liya yang kini menetap di Jordan, dia hamil hampir setiap tahun sejak berkahwin pada 2007.
“Inilah keluarga besar saya. Sejak berkahwin, saya belum pernah pulang ke Indonesia kerana hampir setiap tahun hamil dan melahirkan anak.
“Doakan kami dapat pulang ke Indonesia dan tiada halangan,” ujarnya.
Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada warga maya.
Sumber: Merdeka.com
Baca artikel lain juga: Tip Packing Bercuti Untuk Anak Ramai, Bawa 3 Beg Besar Dah Cukup
‘Anak-Anak Jadi ‘Investment’ Di Akhirat Nanti!’ Neelofa Mahu Anak Ramai Seperti Satu Pasukan Bola
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my