Teruja Nak Tengok Rumah SRK, Ni Ada Orang Malaysia ‘Belanja’ Gambarnya Buat Ramai Buka Mata!

Share

Bila sebut nama Shah Rukh Khan, siapa sahaja yang tidak mengenali bintang Bollywood itu yang dari dulu hingga kini menjadi kegilaan peminatnya di setiap pelusuk negara.

Meskipun filem yang dilakonkan beliau disiarkan berulang kali di kaca televisyen, tetap menjadi tumpuan ramai termasuklah di negara kita! Sebut sahaja tajuk apa, Kuch Kuch Hota Hei? Khabi Kushi Khabi Gam? Walaupun berulang kali ditonton, tetap sahaja tak akan bosan dan tetap akan mengalirkan airmata.

Baru-baru ini, Shah Rukh Khan sempat memuat naik beberapa foto kemeriahan ribuan peminat datang memenuhi jalan di hadapan rumahnya pada 1 Syawal. Walaupun tidak dibenarkan masuk, hanya menyaksikan bintang pujaan ramai itu dari jauh pun sudah memadai bagi mereka.

Selalunya kita anggap seronok kehidupan selebriti seperti beliau. Mana tidaknya, sudahlah  ternama, disukai ramai dan kaya raya! Tetapi… disebaliknya kita tak tahu macam mana kehidupan sebenar mereka.

Dalam satu perkongsian di aplikasi Tiktok, seorang rakyat Malaysia yang sudah 7 tahun menetap di negara itu sempat menyinggah di kawasan rumah gah Shah Rukh Khan atau jugak dikenali sebagai singkatan SRK. Yang menjadi tumpuan, walaupun tiada susuk tubuhnya di rumah, tetapi hadapan jalan kediaman SRK tetap dilawati oleh orang ramai dan ada di antara mereka mengambil gambar dengan pagar rumahnya sebagai tanda hadir.

@nilaaaa19 Reply to @dak_fiza_epy ♬ Dil Kya Kare – Jatin-Lalit & Udit Narayan & Alka Yagnik

Meninjau di ruangan komen, soalan yang paling menjadi perhatian orang ramai adalah kewujudan pagar di sebelah kiri yang seakan sangkar burung gergasi hadapan rumahnya. Menurut pemilik akaun tersebut, besi hitam tinggi itu dibina untuk tujuan keselamatan Shah Rukh Khan termasuklah mengelakkan ada peminat tegar memanjat dan melepasi kawasan tidak sepatutnya.

Dalam keterujaan melihat rumah agam persis istana milik SRK itu, rata-rata luah rasa sedih melihat hidup SRK yang seakan-akan tiada privasi itu. Di sebalik kekayaan yang dimiliki hasil menceburkan diri dalam dunia lakonan, nikmat untuk hidup bebas ke mana sahaja ibarat menghilang daripada kamus hidupnya.

Sumber : @nilaaaa19 , iamsrk