Pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, Dr Nur Amalina Che Bakri berkongsi berita gembira kini sedang hamil anak pertama.
Mengakui teruja dengan pengalaman bakal bergelar ibu tak lama lagi, perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman media sosial Instagramnya.
“Saya sangat teruja untuk berkongsi berita indah ini dengan anda – saya hamil! Saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi perkara ini dengan anda semua.
“Walaupun media sosial ialah platform yang hebat untuk berkongsi siaran pendidikan dan pengalaman positif, ia juga boleh menjadi tempat yang sukar dan menghakimi,” katanya.
Dr Amalina juga memberitahu, bekerja dalam tempoh yang panjang dan pada masa sama menyiapkan PhD (Ijazah Doktor Falsafah) adalah yang sukar dan memenatkan.
Malah, dia juga melalui trimester pertama yang sukar sehingga awal trimester kedua terutamanya dengan alahan dan muntah sehingga hilang berat badan.
Ads
“Keletihan juga memainkan faktor. Apabila anda terpaksa menyiapkan pelbagai tugas, kadang-kala ia boleh menjadi cabaran yang nyata.
“Perkara yang dahulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar,” katanya.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana dikurniakan suami dan ibu, Sabariah Hassan, yang sentiasa memahami serta menyokong.
“Saya sangat bertuah kerana mempunyai suami yang sangat menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama.
“Ya, dia sangat teruja dan akan membaca semua buku berkaitan bayi yang disyorkan. Dia mungkin tahu lebih banyak mengenai kehamilan berbanding saya.
Ads
“Ibu saya pula sangat mengagumkan dan sentiasa memastikan saya makan cukup. Ibu akan membekukan banyak makanan di dalam peti sejuk sebelum dia pulang ke Malaysia,” katanya.
Katanya, keadaannya kini bertambah baik dan berasa seronok melalui perjalanan sebagai seorang wanita hamil apabila dapat merasai pergerakan bayi di dalam perut.
Guru ibarat lilin, membakar diri demi menerangi orang lain. Begitulah betapa besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu. Kerana itu jasa dan pengorbanan mereka tidak terbayar dengan wang ringgit. Ikhlas dalam mendidik anak bangsa.
Demikian juga dengan seorang guru bernama Ahmad Bidin yang baru sahaja menamatkan perkhidmatannya baru-baru ini.
Selama 35 tahun menabur bakti sebagai guru matematik dan matematik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (TKC), dia tidak menyangka diberikan balasan sebuah kereta Perodua Aruz.
Pesara guru yang menjangkau usia 58 Tahun ini juga bakal menyambut hari lahir pada 16 Disember ini diraikan dalam Majlis Seluhur Budi Kasih Abadi di sebuah hotel.
Menurut Ahmad, kebiasaannya, majlis persaraan dianjurkan di sekolah namun bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP), majlis yang turut membabitkan penglibatan bekas guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bekas pelajar, ia diadakan di hotel.
“Sampai ke saat ini, saya masih terfikir sebab utama bekas pelajar terdiri daripada 38 kelompok (batch) pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tahun 1980 hingga 2021 memberikan saya hadiah yang bernilai puluhan ribu ringgit ini.
“Tidak terkata saya dibuatnya, namun saya ucapkan terima kasih kerana menghargai usaha saya yang tidak seberapa ini dalam mendidik mereka,” katanya hari ini.
sebaik sahaja hadir ke majlis berkenaan, dia tidak nampak langsung kenderaan tersebut di parkir pekarangan hotel tersebut dan ia diserahkan kepadanya semasa dia mahu pulang sambil diiringi Pengetua TKC, Roslina Abd. Aziz.
Menurutnya yang berasal dari Port Dickson, dia terkejut apabila diberikan hadiah berkenaan lebih-lebih lagi belum pernah dalam pengetahuannya guru bersara menerima hadiah sebuah kenderaan.
“Mungkin ada tapi saya tak tahu. Namun, saya masih terkejut. Apa pun perkhidmatan saya di sekolah ini sejak tahun 1986 sebenarnya banyak dibantu oleh pengetua-pengetua yang cemerlang, rakan sekerja yang juga cemerlang, dan pelajar yang sememangnya sudah bagus.
“Saya sebagai guru hanya bertindak sebagai penunjuk jalan supaya semua pelajar saya dapat lebih cemerlang dalam akademik serta kehidupan,” katanya.
Abam junior dah lahir! Berita gembira buat pelawak, Abam, 31, menimang cahaya mata sulung apabila isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali, 28, selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Selayang, semalam.
Melalui instgaram Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan berkongsi berita gembira berkenaan, namun wajah anak tidak dipamerkan sepenuhnya dengan hastag, #sayadahjadiayah. Malah peminat juga mengucapkan tahniah kepad pasangan serasi itu.
“Alhamdulillah isteri sy selamat melahirkan anak lelaki…. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!!! terima kasih yg sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak sy… Terima kasih nurse, sister nurse dan doktor hospital selayang…. Anda semua terbaikkk… Alhamdulillah alhamdulillah subhanALLAH masyaALLAH….”
Untuk makluman, Abam dan isteri, Norhidayah berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam,
Kuala Selangor. Beliau juga sebelum ini pernah berasa kecil hati apabila kerap ditanya bila isteri hamil. Namun pada penghujung tahun lepas isterinya telah disahkan hamil. Memang benar penantian itu indah! Moga Abam dan isteri menjadi ibu dah ayah yang hebat dalam mendidik anak-anak Kepada isteri Abam, selamat berpantang!
Sumber: Instagram Abam_bocik
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sepanjang masa kita hidup bersama dengan anak-anak, sejak dilahirkan hingga kini membesar di depan mata. Sikit pun kita tidak sedar begitu cepat masa berlalu.
Pejam celik pejam celik, anak yang kita lahirkan sudah besar panjang.
Pun begitu, sebagai ibu ayah tumpuan perlu lebih diberikan dalam mendepani anak-anak meningkat remaja. Terutamanya anak perempuan, cabarannya cukup berbeza.
Untuk itu sebelum anak menginjak ke usia remaja, persiapkan mereka dengan didikan yang sempurna sebagaimana yang dikongsikan ini.
Anak-anak ni cepat betul besar kan? Sedar tak sedar, masa nak bergambar baru perasan dia sama tinggi dah pun dengan kita.
Kalau anak perempuan ni, sampai je usia remaja, kita akan nampak dia kadang-kadang dilanda keliru.
Kejap-kejap nak mengikut kita. Kejap-kejap nak mengikut orang. Kejap-kejap nak mengikut dia.
Dan sesungguhnya tidaklah boleh kita benar-benar mengawal keadaan itu, kecuali dengan menyediakan ruang lingkup yang sesuai untuk dia membina personaliti sepanjang alam remaja. Dan mendepani kekeliruan itu dengan sabar, faham dan sayang.
Kata Ustaz Khairul Anuar Basri, ada 5 ciri didikan yang perlu dicapai pada anak perempuan.
1. Hatinya lembut.
2. Percakapannya baik.
3. Auratnya terpelihara.
4. Pergaulannya terjaga.
5. Berbakti pada orang tua.
Saya tambah sikit disini.
6. Masa yang bermanfaat.
7. Akal fikir yang matang.
Untuk mencapai 7 perkara itu, yang susahnya bukanlah untuk mendidik anak. Tapi yang lebih susah lagi, adalah untuk mendidik diri kita sendiri.
Begitu kan.
Kita ingat Tuhan hantar kita untuk mendidik dia. Tapi disebalik itu, Tuhan sebenarnya hantar dia untuk mendidik kita.