Baru-baru ini dikhabarkan penyanyi ‘legend’, Datuk Jamal Abdillah yang menimang cahaya mata keenamnya semalam sekitar jam 2 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Memetik laporan mStar, isteri kepada penyanyi ini, Datin Zai Izzati Khiruddin telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.94 kilogram secara pembedahan.
Anak keenamnya ini juga dikatakan lahir awal daripada tarikh yang seperti dijangkakannya. Datuk Jamal turut sempat memanjatkan kesyukuran atas kelahiran barunya ini.
“Alhamdulillah isteri telah selamat melahirkan cahaya mata kami yang baharu. Memanglah gembira dan teruja dapat baby baru,” katanya.
Selain teruja mendapat ahli baru, nama Rahil Laura Salsabila yang diberikan kepada bayi yang baru lahir itu juga cukup istimewa kerana membawa maksud air mata syurga.
Tambahnya lagi, sambutan Aidilfitri kali ini pastinya akan lebih meriah kerana bertambahnya ahli keluarga.
“Anak yang sebelum ini masih berusia setahun. Sekarang dah tambah seorang lagi. Memang seronok nak sambut raya kali ini,” katanya lagi.
Untuk rekod, Datuk Jamal dan Datin Zai berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan 3 orang lagi anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani atau Zack, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun. Manakala dua orang lagi, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani adalah anak hasil daripada perkahwinan sebelum itu.
Sumber: mStar