Dapat berbuka seisi keluarga bersama pastinya menjadi momen yang cukup indah dan bermakna kan. Lagi-lagi dengan sitausi sekarang ini, nak berjumpa pun susah. Untunglah bagi mereka yang tinggal berdekatan boleh bersua muka dan meraikan hari yang mulia ini bersama-sama.
Walaupun pasangan sama cantik sama padan ini cukup sibuk dengan urusan kerja masing-masing, namun tetap juga mereka mencuri masa untuk berbuka bersama keluarga.
Sememangnya sejak awal berkahwin sehingga menimang cahaya mata, Nur Fazura dan fattah Amin cukup mesra dan rapat dengan ahli keluarga mereka.
Terbaru, pasangan sejoli ini dilihat berbuka puasa bersama keluarga Fattah.
Apa yang menarik perhatian menerusi perkongsian itu adalah hubungan mesra antara menantu dan ibu mentua.
Ads
Fazura sejak dahulu lagi memang dikenali seorang yang lemah lembut dan cukup mesra orangnya, patutlah dia mudah rapat apatah lagi orang itu adalah ibu kepada suaminya.
Menerusi satu instagram kelihatan Fazura berkongsi momen bersama keluarga mentuanya dalam satu majlis berbuka puasa.
Ads
Selain menikmati juadah berbuka, kelihatan Fazura mengusik ibu mentuanya yang sedang makan bersama. Ibu mentuanya hanya tersebyum manis melayan gelagat menantunya.
kedengaran usikan manja dari Fazura terhadap ibu mentuanya yang cukup sporting melayan menantu kesayangannya itu.
Ads
Nampak mesra dan sweet menantu dan mentua ini. Bukan selalu dapat meluangkan masa bersama begini kan, bila ada peluang bergurau dan makan bersama mengeratkan lagi kasih sayang.
Sering kali kita bercerita tentang pengorbanan seorang ibu, jarang sekali kisah ayah disingkap. Mungkin kerana sifat ayah yang lebih tegas dan jarang menunjukkan emosi depan anak-anak.
Sebagai ketua keluarga, setiap ayah mahukan yang terbaik buat keluarganya. Lebih-lebih lagi soal mencari rezeki bag menampung kehidupan sekeluarga. Bagi penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dalam satu perkongsian bercerita akan pengorbanan arwah ayahnya dalam membesarkannya dan adik-beradik lain. Umum mengetahu, figura seni ini sangat rapat dengan arwah ayahnya. Tahun ini merupakan tahun ke 11 pemergian arwah ayah Dato Sri Siti akibat komplikasi jantung dan sakit buah pinggang yang dialaminya.
Biarpun begitu, segala memori masih basah diingatan isteri kesayangan Dato sri Khalid Mohd Jiwa ini. Al fatihah buat Ayahnda tercinta ..
Arwah abah pernah bergurau dengan saya.. katanya, kalau orang tanya macamana suara Ct sedap? bagitau depa sebab Ct selalu makan ikan abah pancing .. itulah Arwah Abah , insan yang suka bergurau .. tapi sememangnya betul, lauk saya makan dulu , kebanyakkannya memang ikan yang arwah abah pancing.Itulah rezeki untuk anak anak … jelas ibu kepada Siti Aafiyah ini lagi, bersandarkan gaji sebanyak RM700, itulah yang arwah ayahnya guna untuk mereka sekeluarga. Namun itu semua membuatkan dia bersyukur sehingga ke hari ini. “Nak makan ayam atau daging tunggu dapat gaji , baru boleh enjoy lebih skit.. gaji Rm 700 untuk 7 anak bersama isteri tercinta.. Tapi bila bersyukur, Allah swt bagi lebih.. itu menjadi pegangan saya .. Bersyukur, Bersyukur & Bersyukur….
Perkongsian Dato Sri Siti mengundang sebak warganet. Rata-rata menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah ayah Dato Sri Siti.
habibah6529 Alhmdlillah ct itulah nma nye barokah walaupun sedikit… Mkck Bib n suami walaupun x seberapa elaun gf ain tapi barokah… Alhmdlillah…dpt 3 org yg hafiz salah seorg Doktor perbuatan, alhmdlillah…
abdhakimikramKerinduan yang tidak berpenghujung. Alfatihah utk pak taruddin (dibaca)
siti_z.malohhh, kenapa sedihh sangat 😭😭😭@ctdk . kita dah laa hati kalah dari tisu.
norasikin24🙏…..i miss my dad too❤️ apa yg keluar dri mulut semua terpahat di ingatan…xpernah lupa walau sepatah perkataan pon…ayah la yg terhebat…ayah la hero & ayah la segalanya dlm hidup ekin… al-fatihah utk ayahku pelengkap syurga duniaku & akhirat termasuk lah ankku💞
mellyzasqSesungguhnya keajaiban bersyukur itu tiada bandingan.. Selalu juga ingatkan diri Ini sentiasa bersyukur..😍
Tidak dinafikan produk kecantikan yang ada di pasaran memang banyak dan ditawarkan dengan pelbagai harga. Pun begitu jika anda suka menggunakan bahan-bahan yang lebih alami dan tanpa modal yang tinggi bolehlah amalkan petua yang dikongsikan oleh Noor Lela Abdul Samad ini.
Tulisnya di group Khasiat dan Petua Dulu & Sekarang, “Semua orang nak cantik. Bukan orang perempuan saja kan. Tapi bila perlu berbelanja besar nak beli produk kecantikan, tak semua orang sanggup. Jadi, hari ini Cik No nak kongsi petua-petua lama yang boleh kita amalkan untuk cerah dan cantikkan kulit kita.
“Petua best ni, hanya guna bahan kat dapur jer. Bahan mudah dapat, murah pun ya. Paling penting sekali dah tentulah selamat dan semulajadi.
“Okey, jom tengok bahan apa yang Cik No nak kongsi,” jelasnya.
1. Timun
Caranya :
– ambil 3 inci timun, lenyek hingga hancur.
– Sejukkan di dalam peti ais selama 5 minit
– kemudian tampalkan ke muka.
– Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci hingga bersih.
2. Kunyit, yogurt, & madu
Caranya:
– Sagat 1/2 inci kunyit
– Kemudian campurkan dengan 1 sudu kecil madu dan 1 sudu kecil yogurt
– Kacau sebati dan dijadikan masker.
– Sapukan di muka, dan biarkan selama 30 minit
– Kemudian boleh lah dicuci bersih
3. Tomato
Bila beli tomato untuk masak tu, beli lah lebih sikit. Tomato tu boleh dijadikan masker untuk putihkan kulit muka. Ada 3 cara gunakan tomato ni
i) Belah 2 tomato. Ambil sebelah tu, kemudian sapu ke seluruh kulit muka dan biarkan. Selepas 30 minit barulah dibasuh.
ii) Kisar tomato hingga halus, jadikan masker. Tampalkan dimuka selama 30 minit. Kemudian cuci bersih.
iii) Kisar tomato hingga halus, masukkan ke dalam tray ais dan bekukan menjadi kiub ais. Tiap kali lepas mandi, ambil satu kiub dan sapukan ke seluruh wajah.
Tips ni bukan saja akan putihkan kulit malah boleh jugak bantu tutup kan pori-pori yang terbuka.
4. Susu segar dan susu tepung
Caranya:
– Campurkan 1 sdb susu tepung dengan sedikit susu segar
(bancuh dan dijadikan sebagai masker)
– Gaul sebati, simpan dalam peti sejuk selama 5 minit
– Sapu dimuka dan biarkan selama 30 minit
– kemudian cuci bersih
5. Betik
Buah betik bukan aja sedap dimakan, malah ia juga berkhasiat untuk putihkan kulit muka, terutama bagi mereka yang selalu berjemur bawah cahaya matahari.
Caranya:
– Ambil 3 inci betik dan dilenyek
– Jadikan sebagai masker dan pakai di muka selama 30 minit
– Selepas itu cuci muka hingga bersih
Ekstra info : Semua petua ni kena amalkan secara konsisten. Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Barulah nampak hasilnya.
Haaaa itulah dia, petua cantikkan kulit cara semulajadi. Kalau suka bolehlah kita sama-sama kongsi. Insyallah lagi ramai yang dapat manafaat.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Asyik sapu planta atau kaya je pada roti, bosan juga kan. Abak-anak pun mula la muncung mulut tak nak makan. Apa kata ibu-ibu cuba buat krim marjerin pelbagai perisa ini untuk memikat selera si anak untuk bersarapan. Selain roti, boleh juga disapu pada kek.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Masni Bahari. Selamat mencuba!
Jom kita buat krim majerin untuk anak2 kita kesekolah..x la jemu meka asyik dok calit dgn palanta skaya ja..yg akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin n gula ja..tp akak nak dia lebih rasa sedap n lemak skit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal..jom intai apa yg akak derhaka tu RESIPI..
1cwn majerin pelangi..
1cwn gula..blend
Setengah cwn susu cayaq..
4sb susu pekat..
Secubit garam..nak bangkitkan lemak susu cayaq..
Perisa..ikut masing2 ya..
CARANYA..
Campoq semua bahan kecuali perisa..mixer sampai kembang n jd putih gebu..bila dah kembang dah boleh boh perisa..ok siap..dah boleh sapu pada roti..majerin ni boleh ja simpan dlm peti ais..akak nak gtau ya..klu nak buat krim ni jgn sesekali guna butter ya..sbb butter cepat cair.. Koko perisa coklat..
Hijau perisa pandan..
Putih perisa vanila..
Kuning perisa jagung..
Pink perisa strawberry..
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...