Terpisah selama tujuh tahun dengan keluarga adalah rindu yang tidak dapat terungkap. Demi mencari rezeki buat keluarga adalah pengorbanan yang tinggi nilainya.
Lebih meruntun jiwa, sepanjang perpisahan itu, tidak dapat melihat momen anak didepan mata. Begitulah kasihnya ibu bapa, yang sanggup meletakkan kebahagiaan keluarga mengatasi segalanya.
Namun, di balik setiap pengorbanan itu, tersimpan juga kisah anak sulung yang jarang kita lihat. Menjadi anak sulung, bukanlah tugas yang mudah sepanjanga ketiadaan ibu bapa.
Malah, bergelar anak sulung ini pastinya dia melihat jatuh bangun ibu bapa, memahami keperitan yang mereka lalui tanpa perlu diberitahu.
Sebagaimana perkongsian sebuah video yang viral di TikTok di muat naik menerusi akaun @anisumaira90, yang juga seorang isteri juga ibu, menyentuh hati warga maya.
Video tersebut merakamkan detik bahagia yang tak tergambarkan oleh pasangan suami isteri yang akhirnya dapat memeluk kembali anak sulung mereka selepas tujuh tahun terpisah.
Difahamkan, pasangan tersebut bekerja di Australia dan terpaksa meninggalkan anak sulung mereka bersama keluarga di Malaysia.
Ads
“Ya Allah, anak kami yang tinggi paras paha sekarang dah sama tinggi dengan mama,” coret wanita berkenaan.
Berjauhan selama 7 tahun bukanlah pilihan mereka, pada awalnya pasangan ini berniat untuk bekerja selama tiga bulan sahaja, tetapi takdir menentukan lain.
“Anak sulung stay dengan family. Niat kami ke Australia untuk tiga bulan sahaja, tetapi macam-macam jadi. Kami kena tipu, gaji tak dibayar dan terpaksa menumpang rumah orang. Banyak kalau nak diceritakan,” jelasnya.
“Anak sulung kami tersangat kuat, anak yang tersangat hebat. Dia tak pernah merungut,” tambah wanita itu lagi.
Ads
@anisumaira90 Part 2 Iyee anak sulung kami tersangat kuat , anak yg tersangat hebat . Dia tak pernah merungut 🥹 setiap ujian manusia lain2 dan ini ujian kami . Semoga kalian sentiasa doakann yg baik2 dan semoga doa doa yg baik berbalik pada kamu semua ❤️ @HanifKadir #fyp#fypage#fypシ♬ Penantian – bigboss
NETIZEN MERUNTUN JIWA
Meninjau di ruangan komen, video yang kini mencecah hampir dua juta jumlah tontonan itu mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.
“Tujuh tahun bukan masa yang singkat, kesian anak. Tolong jangan tinggalkan dia lagi, dia nak kasih sayang mak ayah,”
“Kesian anak merindukan mak ayahnya selama tujuh tahun. Mesti dia pernah rasa cemburu dengan orang yang ada mak ayah depan mata,”
Ads
“Walaupun selalu gaduh dengan anak sulung tapi tengok video ni hati rasa sebak. Apa perasaan anak sulung dia,”
Ada juga ‘throwback’ mengenang momen lalu bersama keluarga
“Tiba-tiba mengalir air mata bila mak dia peluk anaknya. Bestnya kalau dapat peluk tubuh mak lagi,”
“Nak peluk mak tapi mak dah tiada. Mampu peluk gambar sahaja,”
Sumber: anisumaira90
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim menyifatkan dakwaan curang yang dilemparkan kepada sahabatnya yang juga aktor, Fattah Amin sebagai tuduhan berat.
Ia sebagaimana yang dakwaan oleh bekas isteri Fattah, Nur Fazura selepas lafaz penceraian talak satu semalam.
Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Perkin mendedahkan Fattah seorang yang komited terhadap kerja. Malah Fattah dikatakan tidak pernah bercerita tentang hal-hal peribadi selain meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak-anaknya. Tuduhan kononnya Fattah terlibat dengan wanita lain juga disangkal, kerana sepanjang penggambaran, rakan kerjanya tidak pernah melihat kelakuan yang mencurigakan dari pihak Fattah.
Malah, Fattah terus menjaga tanggungjawab agamanya, sering meminta masa untuk menunaikan solat apabila tiba waktunya. Sebagai rakan dan kenalan, individu tersebut menegaskan bahawa tuduhan yang dilemparkan ke atas Fattah adalah tidak adil dan berharap beliau terus tabah menghadapi ujian ini.
Mengenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM, saya pernah mengarah beliau di saat ramai kata dia pelakon kayu, tapi dia buktikan dia boleh berlakon dengan baik, ketika saat-saat rumahtangga tengah bergolak saya & dia bersama lagi untuk sebuah filem, latihan & pengambaran agak lama .
Kami luang masa bersama, tidak sekali pun dia tunjukkan masalah di wajahnya , tidak sekalipun bercerita hal peribadi, hanya rindu anak & isteri yang sering sahaja terkeluar dari mulut beliau , jauh sekali tuduhan dia ada wanita lain.
kami menjalani pengambaran lama, bersama pelakon dari indonesia, tidak sekali pun saya nampak fattah gatal atau bercerita hal wanita, sampai waktu solat hanya mintak rehat untuk tunaikan kewajipan.
“Sebagai kawan aku rasa tuduhan itu berat buat beliau, hanya apa yang mampu kita semua mintak supaya beliau tabah & kuat . Sedih dengar hal-hal cerai ni . mintak jauh hal-hal macam ni . Tapi aku team Fattah . Korang ?
Apa pun kita doa baik-baik semoga kemelut ini menemui noktah dan kembali membina hidup baru mengikut haluan masingn-masing.
Sumber: FB Perkin Ibrahim
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati mana yang tidak pilu apabila hilang tempat bergantung dalam sekelip mata. Kejadian seorang lelaki dibaham harimau semalam memberi impak kepada sebuah keluarga ini.
Semalam, Harian Metro melaporkan Adnan Ismail 54 tahun menjadi mangsa kepada serangan harimau di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat Bersia.
Begitulah luahan hati seorang anak apabila ayah telah pergi selamanya ke dunia abadi. Menurut anak kepada mangsa, Nur Nazirah, ayahnya memaklumkan kepadanya kan pulang pada hari ini untuk menghantar wang persekolahan adik-adik tayar keretanya.
Namun semalam dia mendapat berita mengejutkan bahawa ayahnya telah tiada akibat serangan bintang itu.
“Pada jam 6 pagi semalam, saya menerima panggilan daripada sepupu yang memaklumkan ayah dibaham harimau. Bahagian dada dan muka ayah cedera parah. Kaki kirinya juga putus. “
Menceritakan detik tragis itu, dia memberitahu ketika kejadian ibu tirinya yang dipanggil Mok Su merupakan tukang masak di rumah kongsi Kawasan hutan berkenaan keluar untuk mengambil wuduk di luar tidak jauh dari situ.
Katanya lagi, selepas itu disusuli oleh ayahnya namun hanya beberapa saat sahaja kelibat ayahnya terus hilang.
“Kami sekeluarga tidak menyangka ayah diseranag harimau di tempat kerja sehingga meragut nyawa,” luahnya
Difahamkan, bapanya itu sudah lama bekerja sebagai pemandu jentera berat di kawasan pembalakan dan sebelum ini pernah memberitahu beberapa kali terserempak dengan gajah dan pada masa sama turut menghantar gambar haiwan itu.
Jenazah Adnan kini masih berada di Hospital Taiping, Perak untuk dibedah siasat dan jangka tiba pada jam 10 malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenor.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Walaupun saya dah larang, dia tetap nak ikut sebab dia bosan duduk rumah seorang. Mungkin itu permintaan terakhir dia untuk rasa naik lori dengan saya.” Itulah luahan hati Syed Mohamad Asyraf Syed Shamsuddin, 24, suami kepada Allahyarham Suhaili Abdul Razak, 28, yang maut dalam kemalangan melibatkan lori ais dan treler di Jalan Ipoh-Kampar, berhampiran Kampung Pulai, Gopeng, pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, Syed Mohamad Asyraf, yang memandu lori tersebut, hanya mengalami cedera ringan di tangan kanan. Menurutnya, kadang-kadang Suhaili akan menemani beliau menghantar bekalan ais ke kedai-kedai pada awal pagi, terutama sekali pada hari cuti atau hujung minggu, kerana isterinya bekerja sebagai tukang masak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lahat, Ipoh.
Dia berkata, lebih menyayat hati kerana semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran isterinya. Malah, mereka sempat meraikannya malam tadi, di mana dia menghadiahkan dua helai tudung kepada arwah.
“Kami sambut kecil-kecilan di rumah kami di Pengkalan (Lahat, Ipoh) malam tadi,” katanya.
“Sebelum ini, arwah pernah ikut saya bawa lori, tapi hari ini terasa lain. Biasanya, dia akan berjaga dari awal dan hanya tidur dalam lori bila hari mula cerah sekitar pukul 7 pagi.
“Tapi hari ini, dari mula naik lori lagi dia kelihatan letih dan terus tidur. Tak seperti selalu,” katanya ketika ditemui di pengebumian arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampar.
Menceritakan detik sejurus pelanggaran itu, kata Syed Mohamad Asyraf, isterinya terjaga daripada tidur kerana terkejut apabila dia cuba membelokkan lori ke kanan dan sempat memanggilnya dengan panggilan mesra ‘Abi’.
“Allah SWT lebih sayangkannya. Kami berkahwin pada November tahun lalu dan dia isteri yang baik dan taat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, nahas sekitar jam 5 pagi itu berlaku apabila lori ais dipandu Syed Mohamad Asyraf melanggar belakang treler yang berhenti di laluan kecemasan.
“Akibatnya, mangsa yang berada di tempat duduk kelindan meninggal dunia di lokasi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.