Terperangkap dalam lif lebih 10 Jam, dua kanak-kanak menangis sampai tertidur, “Pau kegemaran pun tak sempat beli.” Misteri kehilangan dua kanak-kanak lelaki selama lebih 10 jam selepas keluar rumah untuk membeli pau, akhirnya terjawab apabila mereka ditemui terperangkap dalam lif yang sedang diselenggara di pangsapuri didiami mangsa di Desa Petaling.
Terperangkap Dalam Lif Lebih 10 Jam, 2 Kanak-kanak Menangis Sampai Tertidur, “Pau Kegemaran Pun Tak Sempat Beli”
Mangsa dikenali sebagai Faiq Adiwira, 11, dan seorang rakannya berusia 10 tahun turut tertidur dalam lif itu sebelum dijumpai semula dalam keadaan selamat pada jam 12.45 tengah malam setelah kelibat mereka berjaya dikesan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh, berkata terdahulu pihaknya menerima dua laporan berhubung kehilangan dua kanak-kanak terbabit oleh waris masing-masing, petang semalam.
“Berdasarkan maklumat, dua kanak-kanak berkenaan dikatakan keluar rumah kira-kira jam 2.30 petang semalam untuk membeli pau di kedai berdekatan simpang sebuah sekolah menengah sebelum mereka terperangkap dalam lif itu,” katanya.
Sementara itu berdasarkan maklumat penduduk pangsapuri terbabit, kedua-dua mangsa berusaha meminta bantuan sebelum keletihan lalu tertidur dalam lif berkenaan.
Difahamkan, pihak pengurusan penyelenggaraan kemudian melakukan kerja membuka pintu lif itu untuk menyelamatkan mangsa yang dilaporkan tiada mengalami sebarang kecederaan.
Ibu Faiq Adiwira, Fospaliza Md Sariff pula berkata anak kelima daripada enam beradik itu ditemui berada dalam keadaan lemah serta tidak bermaya susulan terperangkap berjam-jam tanpa makanan dan minuman selepas keluar untuk membeli pau di kedai berdekatan.
“Pau itu memang makanan ‘favourite’ (kegemaran) anak sampaikan peniaganya pun sudah kenal dia sebab selalu beli.
Ads
“Dalam kejadian semalam, dia turun dari rumah kami di tingkat sembilan sebelum terperangkap di tingkat empat bersama seorang kawannya… pau pun tak sempat beli,” katanya.
Fospaliza berkata, dua kanak-kanak berkenaan dikatakan cuba meminta tolong melalui butang interkom tetapi didakwa tiada respons, dan mereka hanya mampu menangis sehingga tertidur beberapa kali.
Pada mulanya, beliau berkata, mereka tidak menyangka dua kanak-kanak itu terperangkap dalam lif berkenaan, sebaliknya disangka hanya pergi bermain.
“Biasanya, anak pergi bermain dengan kawan-kawan dan saya sudah tetapkan dia mesti berada di rumah sebelum jam 7 malam.
“Oleh itu, saya tidak menyangka mereka terperangkap dalam lif kerana ingatkan pergi bermain selepas membeli pau di bawah blok kami,” katanya yang sudah menetap di pangsapuri terbabit selama 12 tahun.
Beliau berkata, mereka sekeluarga bersyukur tiada perkara tidak diingini berlaku ke atas Faiq, malah kanak-kanak itu sudah kembali bersemangat dan hadir ke sekolah, hari ini.
Muka Aaisyah bengkak-bengkak, Che Ta baru tahu anak tak boleh makan ketam. Anak perempuan Che Ta, Aaisyah Dhia Rana mengalami bengkak-bengkak di bahagian muka selepas makan ketam.
Muka Aaisyah Bengkak-bengkak, Che Ta Baru Tahu Anak Tak Boleh Makan Ketam
Menerusi perkongsian TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memuat naik video memaparkan wajah Aaisyah yang kelihatan bengkak kerana alahan pada makanan.
Menurut Che Ta, dia tidak mengetahui bahawa Aaisyah mempunyai alahan pada ketam.
Baru tahu Aaisyah tak boleh makan ketam, habis bengkak muka dia. Lepas makan je terus naik.
Jadi lepas ni lega mummy dah tak payah beli ketam. – tulis che ta
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan keadaan yang dialami oleh Aaisyah.
Warga maya turut menasihati aktres berusia 51 tahun itu supaya membawa Aaisyah ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Perkongsian ini begitu bermakna, apatah lagi andai kita ingin dapatkan gambaran dan cara yang pernah dilakukan oleh tetamu Allah sepanjang mengerjakan umrah di sana.
Dapatlah kita lakukannya bersama keluarga bila berpeluang mengerjakan umrah suatu hari nanti.
Ini perkongsiannya.
Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
Pengalaman berbeza
Alhamdulillahh kali ini Sally berpeluang 4x memasuki Raudhah. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari paling tidak 2x sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah saw. Itulah tempat yang menjadi idaman setiap muslim jika di Tanah Madinah Al Munawwarah.
Berlainan dengan pengalaman umrah pertama, kali ini Sally memilih untuk memasuki Raudhah mengikut keadaan Sally sekarang. Sally tidak boleh berlari dan bertolak-tolakan. Mengandung 3 bulan membataskan pergerakan agresif Sally. Lebih-lebih lagi membawa bonda bersama yang baru sahaja recover dari stroke.
Kali pertama beliau masuk ke Raudhah mengikuti kumpulan kerusi roda. Tapi apabila Sally amati keadaan, seperti biasa, strategi Sally buat dan susun secantiknya. Yang paling penting adalah kesabaran. Masuk dan sabar menunggu. Tidak perlu tergopoh-gapah.
Pilih waktu sesuai
Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25.
Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat. Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan sebagusnya kenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya. Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung atau tidak dibawa langsung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan dah dikenalpasti kita dari Malaysia.
Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan. Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah. Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah.
Maybe kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, better pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab. Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan.
Jika anda nak masuk selepas Isyak, balik dulu ke hotel untuk dinner dan sekitar pukul 10.00 malam kembali ke masjid Nabawi mengikut cara yang Sally jelaskan di atas tadi.
Selepas melalui penghadang kayu, anda akan masuk ke kawasan dataran Raudhah. Dari sini sudah kelihatan makam Rasulullah di bahagian hujung iaitu kawasan bilik Siti Fatimah.
Anda boleh duduk dulu di dataran Raudhah, solat tahiyatul masjid, berzikir, baca al Quran dan apa-apa sahaja di sini. Biasanya Sally lebih suka masuk selepas Isyak. Sally tunggu sahaja di sini lebih kurang 1 jam setengah. Tidak terasa lama jika waktu yang ada diisi sebaiknya. Biarkan sahaja kumpulan lain masuk terlebih dahulu. Kita sabar sahaja menunggu. Bila orang sudah tidak ramai, sekitar 1-2 kumpulan sahaja, kita sudah boleh mula menyelit masuk. Sampai giliran kumpulan yang kita menyelit tadi, berjalanlah menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makam Rasulullah saw. Tidak perlu terus ke karpet hijau.
Lakukan ini
Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampai salam sahabat dan sebagainya. Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ. Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak.
Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding. Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat dan solat dan solat. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir. Solat sambung menyambung tanpa henti. Tidak pernah ada kekuatan untuk solat sebanyak itu.
Jika di Malaysia, solat sunat hajat 2 rakaat sekali sahaja. Dhuha pun paling banyak 6 rakaat. huhuhu.. tetapi bila di Raudhah rasa seperti tidak mahu berhenti solat. Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar.
Biasanya Sally akan menyertai kumpulan masuk ke Raudhah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah. Selepas solat di dinding bahagian kiri, bergeraklah ke kanan seolah-olah ingin keluar. Tapi masa ini Sally akan rapat ke bahagian depan berdekatan dengan tiang Siti Aisyah dan ambik peluang bersolat di situ.
Kawasan tengah Raudhah sekitar pukul 12.30mlm agak lengang. Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi. Dan waktu ini, kita akan rasa puas, aman dan rasa macam dah habis doa nak dibaca dan bersolatlah taubat sebanyaknya. Jika kita masuk berebut- rebut dan tergopoh gapah dan bersesak kemungkinan kita berpeluang solat sekali sahaja.
Syukur
Alhamdulillahh kali ini Allah berikan jalan yang terbaik buat Sally dan keluarga. Bonda, nenda dan kakanda amat berpuas hati dan semua kembali ke hotel dengan senyum puas dan syukur pada peluang yang Allah berikan.
Sally harap perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan dan anda juga berpeluang ke Raudhah dan rebutlah peluang beribadat di sana. Sally tidak mengikuti mana-mana mutawif kerana rasakan agak susah bergerak dalam kumpulan yang besar. Dan ada yang tergopoh untuk balik dan selesai awal.
Sally lebih suka santai dan punyai lebih masa di sana. Cubalah, anda akan lebih rasa manisnya. Jangan pernah serik memasuki Raudhah dan sentiasalah semai rasa rindu untuk ke sana sepanjang di Madinah.
Bagi anda yang kediaman penuh dengan kehadiran cicak, pasti anda buntu bila haiwan tersebut kerap meninggalkan najis di merata-rata tempat.
Kehadiran haiwan ini sememangnya mengganggu kerana kadang kala dia hadir di atas meja makanan atau jatuh dalam periuk makanan. Tahap kebersihan di rumah amat mencurigai.
Nampaknya anda perlu membuat sesuatu untuk membantu mengurangkan atau menghilangkan cicak dirumah anda ini. Jika tidak, ianya akan semakin membiak di rumah anda.
Seorang pemuda telah berkongsikan bagaimana untuk membuat DIY perangkap cicak didalam facebook milik beliau.
Apa yang menarik, kos untuk melakukan diy tersebut juga adalah dibawah RM3 sahaja. Tak perlu beli sampai berbelas ringgit di pasaraya namun hasilnya tiada.
Jom kita melihat bagaimana DIY perangkap cicak ini dilakukan oleh محمد سنوسي ini. Hasil juga ada dikongsikan oleh beliau pada gambar akhir didalam artikel ini.
Umpan: nasi & cebisan ikan bilis (ada cadangan umpan yg lebih efektif utk cicak?)
Kos: lebih kurang RM2
Letak perangkap di lokasi yg biasa jadi tempat cicak berkeliaran.
Hasil tangkapan dalam 2 gambar terakhir.
Proses-Proses Untuk Melakukan Perangkap Cicak Ini
Potong kotak ikut size yang sesuai dan mudah nak letak di lokasi.
Double sided tape lagi lebar lagi bagus. Beli kat Mr Diy murah. RM2 lebih.
Dapat siapkan 8 set untuk lakukan perangkap ini.
Umpan nasi dan ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pulak.
Tahniah diucapkan buat bekas pemain pertahanan bola sepak negeri Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan dan isterinya yang menimang cahaya mata sulung mereka selepas 12 tahun menanti.