Baru-baru ini, Terpaling Kopi Fest berlangsung pada 18 Mei 2023 hingga 21 Mei 2023 di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. Event menarik ini dianjurkan oleh Akusukakopi dengan bantuan dari Inks & Lens dan BLC Malaysia.

Terpaling Kopi Fest adalah acara yang mendapat sokongan daripada VBM Espresso, syarikat mesin kopi terkemuka dari Itali, dan Health Today Indonesia, pengeluar sirap dan perasa dari Indonesia. Acara ini dipenuhi dengan aktiviti daripada 11 vendor kopi yang membawa menu kopi unik serta hidangan manisan yang kreatif.

Terpaling Kopi Fest. Tonjol Kreativiti & Bakat Luar Biasa

Tidak hanya itu, Terpaling Kopi Fest turut menyediakan pertandingan ‘Latte Art’ yang dikenali sebagai ‘Tuang Tuang Latte Art Championship,’ yang berlangsung selama dua hari pada hari Sabtu dan Ahad.

Ads

Terdapat 70 peserta dari seluruh dunia, termasuk Hong Kong, Taiwan, Singapura, dan Thailand, yang berentap dengan gigih. Selepas pertandingan sengit selama dua hari, juara dari Hong Kong yang dikenali sebagai Lo Fung Cheung dinobatkan sebagai juara ‘Tuang Tuang’ dan membawa pulang wang tunai bernilai RM2000.00 berserta trofi dan hadiah lain.

Pertandingan ini diadili oleh bekas juara-juara latte art Malaysia seperti David Teh, Barista Madi, Siow Chai Jing, dan wakil dari VBM Itali sendiri, Dan Bacaintan. Acara ini sangat membanggakan, kerana ia membawa bersama bakat dari seluruh rantau, termasuk Malaysia.

Ads

Terpaling Kopi Fest. Tonjol Kreativiti & Bakat Luar Biasa Terpaling Kopi Fest. Tonjol Kreativiti & Bakat Luar Biasa Terpaling Kopi Fest. Tonjol Kreativiti & Bakat Luar Biasa

Pihak Akusukakopi meluahkan rasa bangga kerana dapat menganjurkan acara ini, dan berhasrat untuk menganjurkan lagi acara seumpama ini di masa hadapan.

Ads

Matlamat kami adalah untuk menyatukan semua golongan masyarakat melalui cinta kepada kopi. Terpaling Kopi Fest adalah bukti bahawa kopi bukan hanya minuman, tetapi ia juga menjadi medium penyatuan di kalangan peminat kopi dari pelbagai latar belakang.” ujar pihak Akusukakopi.

Terpaling Kopi Fest. Tonjol Kreativiti & Bakat Luar Biasa Terpaling Kopi Fest. Tonjol Kreativiti & Bakat Luar Biasa

Terpaling Kopi Fest. Tonjol Kreativiti & Bakat Luar BiasaTerpaling Kopi Fest. Tonjol Kreativiti & Bakat Luar Biasa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI