Terpaksa Umpil Tombol Pintu Sebab Anak Terkurung Dalam Bilik? Ini Cara Untuk Buka Tombol Terkunci Dari Dalam

Share

Masalah tombol terkunci ini sering kali berlaku. Lebih mengharukan jika rumah mempunyai naak kecil dan anak-anak terkurung didalamnya,

Bertambah kelam kabut bila kunci hilang ataupun lupa letak di mana, akhirnya terpaksalah pecahkan pintu atau umpil tombol pintu tersebut.

Antara penyebabnya adalah setting pada tomboI pintu berubah. Agar tak melalui situasi ini  boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.

Tombol pintu sentiasa terkunci?
Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings:
1. Keadaan yang sentiasa kunci

2. Keadaan normal

Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkannya. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.

Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.

Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club