Kehidupan sering kali penuh dengan cabaran, tetapi bagaimana kita bangkit semula selepas mengalami kegagalan mendefinisikan perjalanan kita. Tahun ini, Vincent Chan, yang mesra dipanggil Uncle Chan, berdepan dengan salah satu cabaran terberat dalam hidupnya, tetapi dia tidak membiarkannya menghentikan langkahnya.
Seorang Bapa dan Usahawan
Pada usia 50 tahun, Uncle Chan adalah seorang bapa kepada tiga orang anak yang pernah mengendalikan dua perniagaan yang berjaya; sebuah tadika dan pusat tuisyen. Namun, apabila kedua-dua perniagaan itu terpaksa ditutup, beliau sedar bahawa masa untuk bersara masih jauh.
Dengan tekad dan ketahanan, Uncle Chan mencari jalan baru yang bukan sahaja dapat menyokong keluarganya tetapi juga membawa kepuasan dalam hidupnya.
Cinta untuk Mengajar
Uncle Chan dan isterinya menghabiskan lebih satu dekad mendidik generasi muda melalui perniagaan pendidikan mereka. Mereka tidak memulakan perniagaan ini semata-mata untuk keuntungan kewangan; mereka melakukannya kerana rasa cinta untuk mengajar dan keinginan untuk lebih dekat dengan anak-anak mereka.
“Dahulu, kami bekerja dalam sektor korporat, sering pulang lewat dan terlepas waktu bersama anak-anak,” kongsi beliau. “Mengundurkan diri dari dunia korporat untuk memulakan perniagaan pendidikan adalah langkah berani, tetapi ia membolehkan kami sentiasa ada untuk anak-anak.”
Pada mulanya, mengendalikan perniagaan itu penuh cabaran. Mereka perlu menghadapi pelbagai halangan seperti mencari pelajar baru dan menguruskan kemudahan. Namun, seiring berjalannya waktu, mereka menemui rentak mereka.
Melihat pelajar-pelajar mereka berkembang dan berjaya menjadi ganjaran terbesar bagi mereka. “Apabila melihat perkembangan pelajar, ia adalah perasaan yang sukar digambarkan dan setiap guru pasti menghargainya,” kata Uncle Chan.
Ads
Terpaksa Tutup Perniagaan
Namun dua bulan lalu, Uncle Chan terpaksa membuat keputusan sukar. Selepas satu dekad beroperasi, dia terpaksa menutup kedua-dua perniagaan tersebut.
“Dalam situasi ekonomi yang mencabar ini, kami berdepan dengan penurunan jumlah pelajar. Setiap perniagaan memerlukan jumlah tertentu untuk bertahan, dan apabila bilangan pelajar semakin berkurangan, isteri saya menjadi letih dengan cabaran yang tidak henti-henti,” jelasnya.
Menutup perniagaan itu mungkin keputusan yang tepat dari segi kewangan, tetapi ia tetap menyakitkan.
Kehidupan Sebagai Pemandu Lalamove
Ads
Peralihan dari pendidikan ke logistik adalah pengalaman baru bagi Uncle Chan. “Dalam perniagaan saya sebelum ini, saya sentiasa berada di pusat pembelajaran. Sekarang, saya keluar dan berjumpa dengan orang baru setiap hari,” katanya.
Hari pertamanya sebagai pemandu Lalamove penuh debaran. Tanpa pengalaman sebelumnya dalam logistik, dia bersyukur kerana menerima latihan asas dari Lalamove di Pusat Pemandu di Bandar Kinrara.
“Latihan itu sangat berguna, tetapi menerapkannya dalam praktikal adalah cerita yang berbeza.”
Penghantaran pertamanya adalah sebuah generator, dan walaupun dia berasa gementar, dia gembira kerana ia berjalan lancar. Uncle Chan juga menghargai fleksibiliti yang ditawarkan Lalamove.
Ads
Dia boleh memilih pekerjaan yang sesuai dengan jadualnya, yang sangat penting kerana dia perlu mengambil anak-anaknya dari sekolah pada waktu petang.
Pada usianya, Uncle Chan mengehadkan diri kepada tujuh pesanan sehari; cukup untuk menyara hidupnya sambil mempertimbangkan kemampuannya. “Saya ambil sebanyak mana pesanan yang saya boleh urus sahaja,” ujarnya.
Mahu Hidup Bahagia & Harmoni Bersama Keluarga
Matlamat utama Uncle Chan dalam hidup adalah sederhana: untuk hidup bahagia dan harmoni bersama keluarganya. “Adalah penting bagi saya untuk mencari pekerjaan yang membuatkan saya bahagia, bukan hanya dari segi kewangan tetapi juga emosi,” tegas lelaki hebat ini.
Lalamove menyambut individu dari pelbagai latar belakang untuk menyertai sebagai rakan pemandu. Jika anda sedang mencari pekerjaan yang menawarkan fleksibiliti yang tiada tandingan, mungkin inilah masa yang tepat untuk mempertimbangkan Lalamove.
Uncle Chan adalah contoh nyata bagaimana semangat dan ketahanan dapat mengubah haluan hidup, memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus berusaha meskipun dalam keadaan yang sukar.
Ingatlah, kehidupan belum berakhir jika ditakdirkan kita gagal untuk kali pertama. Terus bangkit dan berusaha untuk menjadi lebih baik selepas itu. Bagi anda yang terinspirasi dengan kisah Uncle Chan dan mahu cuba mencari rezeki bersama Lalamove, sila layari https://www.lalamove.com/ms-my/driver untuk maklumat lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Amboi sweetnya Haziq Hotfm sewaktu menemani isterinya yang bersalin baru-baru ini.
Haziq memuat naik satu video sebagai memberi semangat kepada isterinya, Ayunda Putri, 26, melahirkan anak kedua mereka seminggu lebih awal daripada jangkaan doktor.
Menurut Haziq, 28, Putri dijangka melahirkan bayi mereka pada 7 September depan, namun doktor menyarankan pembedahan dilakukan pada Khamis lalu.
“Doakan Putri Operate semua okay, baby dan mama selamat. 9 bulan dah berkorban sekarang inilah masanya awak berjuang. u can do it, boleh tak. Takut tak sayang… good luck sayang, i love u.
Setiap orang ada hobinya yang tersendiri, begitu juga buat Puan Nur Allia Zahra ini yang mempunyai minat dan kecintaan pada aktiviti bercucuk tanam di laman rumah. Usahanya itu, turut dikongsikan di lama fb hingga pernah mencetuskan viral dek kerana lamannya yang dihijaukan dengan sayur-sayuran khususnya kobis. Jadi apa kata kita kenali wanita ini dan cungkil rahsia menanam kobis daripadanya. Jom semak.
Minat berkebun
Timbul minat sejak sekolah, saya ambil aliran sains pertanian masa tingkatan 1 lagi dan keluarga saya memang dari dulu bercucuk tanam.
Saya pilih kobis sebagai hiasan laman sebab ia pokok lasak dan tahan panas. Bertepatan juga di tempat saya, iaitu di Felda Bukit Tongkat Kluang, Johor ni ada masuk pertandingan keceriaan antara felda-felda 1malaysia bertahun dulu. Jadi saya cuba hias laman dengan pokok kobis.
Jadi tidak sangka pula rumah saya pernah viral dalam group-group kecil di Johor. Ramai yang datang buat lawatan dan selfie di laman kediaman saya.
Bahagikan masa
Rutin harian saya sedikit berbeza, umumnya semua kerja rumah diurus pada waktu malam. Bab basuh kain, lipat kain, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya dilakukan pada waktu malam. Manakala waktu siang kerja saya hanya sibuk di luar rumah. Mengurus semua tanaman sambil-sambil uruskan anak-anak dan memasak.
Sebenarnya saya tidak ada niat pun untuk jual apa-apa hasil tanaman saya. Ianya saya anggap bonus saja, sedekah dan kalau ada permintaan dari kedai saya hantar dan duitnya saya sedekah dekat anak-anak.
Urus Sendiri
Mula-mula saya urus sendiri laman sebab saya dengan suami ‘pjj’, anak-anak ada juga membantu. Pun begitu sejak-sejak kebelakangan ni suami ada bantu juga bila dia bercuti.
Berkebun dilaman ini menjadi detik yang menyeronokkan dan mencipta momen manis dalam hidup saya. Saya suka setiap bangun pagi dapat melihat semua pokok-pokok menghijau di depan mata. Oleh itu, selain kobis banyak lagi jenis-jenis sayuran lain juga saya tanam di sekeliling rumah ini.
Terdahulu di dalam posting Fb, puan Nur Allia Zahra ada berkongsi cara untuk menanam pokok kobis, jom semak perkongsian bermanfaat daripadanya.
Dan hari ni saya nak share cara saya semai kobis sampai saya berjaya tuai kesemuanya.
Pertama sekali proses semai saya guna tanah biasa campur tanah hitam sawit campur sabut kelapa, gaul sebati. Basahkan sebasah basahnya media tu, gembur, tabur biji kobis. Biarkan media ditempat teduh 100%.
Biji benih akan cambah seawal 1 hari atau 2..3 hari..tahap ni perhatikan setiap masa kerana siput halus dan belalang mudah serang anak pokok.
Bila anak pokok naik, dia akan naik secara melentok. Jangan melatah, biarkan saja naiknya begitu. Tunggu batangnya keras sikit dan punya daun 4 helai atau 5 helai dah boleh pindahkan ke dalam polibag besar saiz 18 (berat media mungkin dlm 7kg+ 1polibag)
Dalam polibag media tidak sama macam media semai…dalam polibag cuma guna tanah biasa gaul rata dengan tanah hitam sawit..Tak ada tanah sawit pun tak apa, guna tanah hitam biasa..pindahkan anak pokok kobis yang naik melentok tu tanam dalam-dalam sikit, jangan tanam bahagian akar saja, tanam sekali bahagian batang yang naik melentok tu…biar dia membesar tegak dan kukuh.
Lepas pindahkan ke dalam polibag tunggu pokok nampak hidup dan kuat baru bubuh baja gemuk. Bila pokok dah besar tapak tangan, susun semua derect panas tak nak selindung-selindung redup, tak nak teduh-teduh pokok atau apa pun yang reduplah. Tindak balas media, baja, matahari adalah kesempurnaan yang bagus. Pokok akan naik sama saiz seperti dalam gambar saya…keseluruhan gambar adalah laman saya sendiri…dah masuk 5 musim saya semai dan tuai..baja gemuk seminggu sekali ye, saya guna yaramila 16…racun saya guna brogard untuk elak belalang, siput dan ulat ratus…tapi biasanya pokok kobis saya rosak dicubit-cubit daunnya sama anak kecik saya saja…hahaha…
Di harap ada sedikit info yang boleh membantu anda dalam post saya kali ni…
sumber : Nur Allia Zahra
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi sesiapa yang ingin mencuba menanam sayur sendiri di rumah, kangkung adalah tanaman yang tepat untuk beginner. Memandangkan cara dan penjagaan tanam kangkung amat mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk dituai berbanding sayur-sayuran lain.
Selain itu tidak dinafikan pelbagai menu boleh disediakan daripada kangkung yang dituai. Jadi bolehlah berjimat, terasa teringin makan kangkung terus petik sahaja di laman rumah.
Pun begitu, walaupun kangkung ini senang dan cepat tumbuh, terdapat cara menanam kangkung yang perlu diikuti supaya benih kangkung yang ditanam tidak hanyut dan kangkung yang tumbuh tidak tumbang dan hidup dengan merimbun.
Ini seperti mana cara yang dikongsikan oleh Encik Hamdan Ahmad Sapli menerusi group Berkebun D Rumah, ada berkongsi cara mudah untuk menanam kangkung.
Ini detailnya.
Cara-cara mudah tanam kangkung:
Korek satu barisan longkang kecil.
Tabur benih kangkung dan kambus semula.
Ulang langkah pertama di barisan seterusnya, pastikan jarak dari satu baris longkang ke longkang yang lain adalah empat inci.
Ulang langkah ini hingga habis batas tanaman.
Ini lah hasilnya tanaman kangkung rapat antara baris dengan baris bersandar diantara saru sama lain. Jadi tanaman tidak akan tumbang.
Mudah je kan? Selamat mencuba dan untuk lebih jelas boleh lihat perkongsian video ini.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...