Tak dapat bayangkan apabila kita kehilangan segala-galanya. Tiada tempat tinggal, tiada waris sebagai peneman. Tidur beratapkan bintang dan duduk merenung kehidupan.

Begitulah yang terjadi kepada seorang warga emas yang ditemui di sebuah tangga KLCC.

Menerusi sebuah hantaran di aplikasi Tiktok, pemilik akaun aishahramly96 telah berkongsi cerita di mana dia menemui seorang warga emas lelaki di tangga KLCC sewaktu mempunyai urusan pekerjaan di sana.

Menurutnya, dia melihat warga emas tersebut berada di situ sewaktu dia sampai di KLCC namun selepas urusannya selesai, warga emas tersebut masih lagi berada di situ.

Atas rasa keprihatinan, dia bersama rakan-rakannya telah bertegur sapa dengan warga emas tersebut.

Daripada yang telah diceritakan, warga emas itu telah tinggal di tangga tersebut sejak berbulan-bulan lamanya. Apa yang lebih menyedihkan warga emas ini tidak mempunyai waris.

Ads
@aishahramly96 semoga Allah mempermudahkn segala urusan pakcik,sdah berape bulan tidur ditangga jer..sebak rasa aty,terus teringat org tua dikampung…ada yg lebih susah…#fyp#ebitlew#mohonbantuan#klcclrtstation#jkm#NGO#sedih#bersamamu#agensibantuan#fypbantuan#viral@ustazebitlew ♬ original sound – JESBON76

Mesti Baca :

“Mohon bantuan untuk pakcik ni, tiada tempat tinggal, isteri dan anak-anak sudah meninggal dunia.”

Warga emas ini turut berharap agar mendapat tempat tinggal yang lebih selesa memandangkan sudah berbulan-bulan dia tidur di tangga sekitar KLCC.

Ads

“Dapat tinggal di rumah orang tua atau rumah kebajikan pun dia bersyukur.”

Semoga ramai yang tampil membantu pakcik ini. Tidak dapat bayangkan jika ianya terjadi kepada orang tua kita atau orang yang kita kenali.

Dalam usia sebegini, mereka sepatutnya berehat dan menikmati kehidupan yang lebih tenang.

Ads

Sumber : Tiktok aishahramly96

Artikel Berkaitan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Terpaksa Tidur di Tangga KLCC, Tiada Waris. Kisah Warga Emas Ini Undang Sebak Netizen

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI