Semua orang di wajah bumi ini inginkan pekerjaan yang stabil di syarikat-syarikat ternama. Namun, ada juga sesetengah orang yang tidak dapat memenuhi cita-cita itu atas sebab komitmen yang lebih besar yang tidak dapat diabaikan.
Begitulah kisah seorang pemuda yang dikenali sebagai Keri yang mengabai impiannya untuk bekerja di Kuala Lumpur demi membantu ibunya menjaga nenek yang sedang uzur.
Mengikuti temu bualnya bersama Mstar, Keri, pelajar terbaik Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) Perlis pada 2017, bercita-cita untuk menjadi seorang pengurus bank selepas tamat pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, sejak kebelakangan ini.
Keri juga merupakan bakal graduan ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan CGPA 3.64.
“Saya baru habis buat latihan industri dan bakal konvo pada Mei 2023. Course saya ambil pun memang pilihan pertama sebab minat sangat nak kerja di bank. Sementara tengah tunggu dapat kerja dalam industri saya buat bisnes kecil-kecilan jual air coconut shake, jagung shake dan keladi float bersebelahan pagar klinik kesihatan di Beseri, Perlis. Saya berniaga jual air ni sebab nak tampung kos pengajian sebab malu nak minta duit dekat mak, wang pencen arwah ayah tu cukup-cukup makan saja” ujarnya.
Ads
Ketika pengajiannya di kampus, Keri terpaksa berulang alik dari rumah menaiki motosikal untuk menemani ibunya yang tinggal bersendirian. Pada masa yang sama, Keri yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik ini juga memikul tanggungjawab menjaga neneknya yang uzur.
“Tok (nenek) pula memang dah lama tak boleh berjalan sebab penyakit diabetes dan obesiti. Dia hanya mampu merangkak perlahan-lahan saja. Adik beradik lain semua dah berkahwin dan ada keluarga sendiri,” jelas Keri.
Ads
Beberapa hari yang lalu, Keri memuat naik video di TikTok sambil meluahkan isi hatinya yang ingin berhijrah ke Kuala Lumpur demi mengejar impian sebagai pengurus bank yang menjadi tular. Keri mengaku timbul rasa cemburu apabila melihat rakan-rakan lain sibuk mengejar mereka.
“Berkenaan video saya post dekat TikTok, tak sangka boleh viral. Siapa saja tak rasa cemburu lepas tengok kawan habis praktikal tak sempat konvo lagi dah dapat kerja dibank dan syarikat-syarikat hebat.
“Lagipun kita belajar sampai menara gading mestilah nak dapat kerja bagus. Tapi apabila tanya mak tentang niat nak kerja di bandar, mesti mak diamkan diri umpama nak saya ada di sisi dia saja,
Ads
“Lepas tu mak cakap kalau saya tak ada, siapa nak uruskan tok ke klinik. Jadi tanpa banyak tanya saya putuskan saja untuk terus berniaga. Saya tak malu pun berniaga sebab dari darjah dua lagi arwah ayah minta saya jual petai dari pintu ke pintu rumah orang” kata si peniaga itu.
Semoga perniagaan Keri terus maju dan kami di Keluarga doakan yang terbaik untuk Keri dan keluarga. Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada anda semua.
Dulu pernah juga jadi tanda tanya mengenai siapakah gerangan model kordial F&N. Bukan sahaja senyuman manis kanak-kanak tersebut mencuri tumpuan, bahkan tidak dinafikan begitu lama produk tersebut mengekalkan model yang sama sejak dahulu hingga kini.
Ekoran daripada itu ada antara kita bila melihat sahaja botol dengan model ‘penghias’ pada bekas itu, seakan mengimbau memori di zaman kanak-kanak betapa minuman kordial ini menjadi pilihan utama terutamanya di musim perayaan.
Weekend ni tak tahu nak bonding time di mana bersama famili? Apa kata sertai Projek Parenting Care 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah lumayan sesuai untuk seisi keluarga! Ibu ayah boleh ikuti Bual Sihat & Selamat serta Carseat Talk dan anak-anak boleh join pertandingan mewarna.
Bercerita tentang model tersebut, sebelum ini ramai menyangka wajah kanak-kanak pada botol minum kordial bahawa ianya adalah Liyana Jasmay namun ternyata bukan. Ini kerana wajah kanak-kanak comel tersenyum manis itu merupakan milik Madihah Mohd Firdaus.
“Ibu suka bawa saya pergi uji bakat masa kecil-kecil dulu. Tidak sangka ada rezeki jadi model untuk produk minuman itu. Dulu adalah papan iklan dipasang, namun sekarang hanya tinggal gambar di botol sahaja.
Menurut sumber, Madihah Mohd Firdaus atau turut mesra disapa Dihah itu kini menjangkau usia 24 tahun dan ketika wajahnya menghiasi botol kordial itu, usianya lima tahun. Selain itu, pemilik wajah kanak-kanak itu juga sudah berubah menjadi seorang hijabi yang jelita.
Madihah turut gemar berhias dan sangat suka belajar teknik solekan menerusi laman Youtube dimana platform berkenaan kini menjadi pilihan para gadis untuk mengetahui cara merias wajah dengan betul.
Gadis ini juga dilaporkan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik. Dia dikatakan bakal menyambung di peringkat ijazah pula dalam bidang yang sama.
Gadis cantik ini juga gemar gaya fesyen yang ringkas dan bersesuaian dengan usianya itu, dia suka bergaya terutama bagi rakaman OOTD melalui laman Instagram miliknya dimana dia kini mempunyai hampir 40 ribu followers.
Jika dah berkahwin, hubungan yang mesti ada dalam perkahwinan adalah saling melengkapi antara satu sama. Bukannya hanya seorang pasangan yang lakukan semua tapi dilakukan dengan bersama-sama.
Jika isteri selalu meminta tolong suami bukan mengada-ngada atau nak bermanja tapi nak memberitahu bahawa isteri sentiasa memerlukan suami dalam membina sebuah rumahtangga bahagia.
Cuba suami tak ada depan mata, tentu isteri boleh buat itu ini tanpa suami. Tapi jika nampak suami ada aje yang diminta tolong itu ini.
Jadi ini bermaknanya sikap isteri begini akan membuatkan suami rasa dirinya dihargai dan disayangi.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais Salim untuk kita renungkan agar dapat membina rumahtangga bahagia dan hidup harmoni.
Dari buat buat tak pandai ni la si suami akan rasa di hargai, di hormati dan di sayangi oleh isterinya.
Saya pelik, sepandai pandai isteri saya ni ada juga benda yang dia tak pandai buat.
1 – Dia pandai pandu kereta, pergi balik kerja boleh je pandu sendiri tapi bila sampai nak isi minyak, terus jadi tak pandai. Kita juga yang jadi tukang isi minyak.
2 – Dia boleh memasak, basuh pingan dan sapu sapu rumah semua tapi sampai tang buang sampah, “abg sampah dah penuh!” Setakat tu je dia pandai.
3 – Dia boleh je jaga anak sorang sorang. Mandi, makan, cebuk anak semua tak ada masalah tapi bila sampai anak bergaduh atau mengamuk “abg tolong tegur sikit budak budak ni”
4 – Dia boleh je terima kalau kita kurang layan dia, jarang gurau senda dengan dia tapi bila anak anak tak buat begitu dia cepat sentap. “Oh tang makan tidur semua cari mama, tang nak bermain cari papa!”
5 – Dia pandai je merancang. “Ok syg plan nak tanam bunga, deko rumah, buat langsir baru dan macam macam lagi la” tapi sampai tang bayar dia buat buat tak pandai.
6 – Bila anak anak cepat meragam, dia cepat je tahu apa xfaktor dia jadi begitu. Ni mesti tak cukup tidur, ni mesti dah bosan sangat, ni mesti nak main kat luar. Tapi bila sampai tang diri sendiri, “entah la, tak tahu kenapa syg rasa lemau je hari ni”
7 – Bila tang sediakan makanan dia jaguh. Rania suka makan ni, aisy suka makan ni, abg suka makan ni, semua dia sediakan. Tapi untuk diri sendiri, “abg tolong carikan …… syg teringin la nak makan”
Ini tuan puan, bukan tanda wanita tu tak pandai tapi yang sebenarnya wanita itu pandai ambil hati pasangannya.
Dari buat buat tak pandai ni la si suami akan rasa di hargai, di hormati dan di sayangi oleh isterinya.
Suami isteri saling melengkapi sesama bukan untuk melengkapi satu satu pihak sahaja. Okey!
Boleh dikatakan setiap rumah tentu ada mesin basuh untuk memudahkan urusan mencuci pakaian. Tanpa mesin basuh, tentu sahaja menjadikan urusan mencuci pakaian setiap hari menjadi tugas yang memenatkan apatah lagi jika mempunyai anak-anak yang ramai, perlu berbakul-bakul dicuci dalam sehari!
Jadi bila ada mesin basuh, kerja jadi mudah. Tekan suiz dan tinggalkan sahaja, tahu-tahu siap dicuci.
Pun begitu, bila hari-hari digunakan dalam tempoh masa yang lama dan tidak pula diselenggara dengan baik tentu sahaja ada harinya mesin basuh tersebut akan meragam atau rosak.
Jadi apa kata ketahui cara yang betul seperti yang dikongsikan oleh Ridzuan AlFattani menerusi perkongsian Facebook di group Tukang Apa Hari ini.
Saya suke baca ‘cerita’2 ahli dalam group ni. Kebetulan dulunya saya juga seorang maintenance dan pernah duk dlm bidang electrical, mechanical & construction.
Pagi-pagi ni duduk saja-saja terasa nak bagi tips sikit. Cara mudah jaga mesin basuh untuk jangkahayat lebih lama.
1. Jangan bebankan mesin dengan terlalu banyak pakaian setiap kali membasuh. Ikut rekemen pengeluar mesin.
2. Sesekali matikan suis soket lepas guna. Sebab terlalu lama dalam keadaan stanby computer board akan menjadi semakin panas. Lepas keluarkan baju offlah suis soket.
3. Dalam sebulan sekali masukan airpanas kira-kira lepas 5 minit dijerang ke dalam tub mesin. On kan mesin dalam jumlah mode basuhan minima bagi mencuci tub dan saluran buang air. Elak tersumbat yang boleh merosakkan injap buang.
4. Andaikata putaran mesin semakin lemah dari sebelumnya bermakna belting telah longgar. Kalau pandai amil spanar tegangkan dibagian bawah mesin. Jika tidak upahlah sesiapa. Kos upah biasenya sekitar rm10-20 sahaja.
5. Andaikata air masuk smakin slow buka bahagian paip air masuk kat situ ada filter mungkin tersumbat.
6. Jika air masuk ok tapi air keluar tak boleh bermakna valve buang air ‘stuck’ mungkin tersangkut duit siling,objek keras atau sebagainya. Semakin lama dibiarkan boleh merosakkan computer board.
Cermat menggunakan peralatan elektrik memanjangkan jangkahayat peralatan-peralatan tersebut tinggal dalam rumah kita. Sebab kita bukan banyak duit nak tukar mesin 2 tahun sekali kan. Terima kasih.
Sumber : [su_button url=”https://www.facebook.com/groups/tukangapahariini/permalink/649235949550348″ style=”bubbles” background=”#40db8f”]Ridzuan Alfattani[/su_button]
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.