Mewarisi kemahiran memasak daripada ibu dengan menyediakan menu yang enak tentuanya akan menjadi sesuatu yang cukup dihargai kelak. Apatah lagi andai saat itu, ibu tercinta telah tiada. Sekurang-kurangnya dengan menyediakan masakan yang diperturunkan kepada kita sebagai anak, sedikit sebanyak dapat juga mengubat kerinduan dihati.
Bercerita tentang kenangan resipi daripada arwah ibu, salah seorang pemilik akaun di facebook, Wan Norhayati Wan Gati turut berkongsi kenangan dan resipi istimewa yang sempat dipelajarinya daripada arwah ibunya.
“Sambal Tumis Santan atau kuah percik juga kadang-kadang saya panggil. Ni menu arwah mak saya. Arwah suka sangat menu ni, kadang-kadang dia makan bersama nasi ulam atau nasi kerabu
“Sempat arwah mak ajar saya buat ketika dia dah tak sihat untuk berdiri lama-lama.
“Dia ajar saya satu satu. Memang terngiang-terngiang lagi suara dia ajar saya masak.
“Sekarang berkat ilmu masakan arwah mak, saya dapat masak yang sedap-sedap untuk anak-anak dan suami saya. Menu ni juga kegemaran anak-anak saya. Kalau makan memang bertambah-tambah la.
“Saya guna kan kuah ni dengan ikan bakar atau goreng. Biasa saya guna ikan talapia atau ikan sebelah, sedap,” ujarnya panjang lebar berkongsi momen berkenaan menu istimewa yang dipelajari daripada arwah ibunya.
Jadi buat anda yang buntu untuk sediqkan menu tengah hari ini, apa kata sediakan menu istimewa yang dikongsikan ini. Selamat mencuba.
Sambal Tumis Santan/ Kuah Percik
Langkah 1 : Siangkan ikan dan cuci bersih.
Langkah 2 : Perapkan ikan dengan garan, kunyit dan sedikit lada giling. Kemudian goreng atau dibakar. Ketepikan.
Langkah 3 :Untuk membuat kuah percik, letakkan sedikit minyak di dalam kuali.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
Langkah 4 :Masukkan lada giling ke dalam kuali dan masak sehingga garing.
Langkah 5 :Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan halba yang telah dikisar halus.
Langkah 6 : Setelah itu masukkan 2 batang serai
Langkah 7 : Bila sudah nampak garing, masukkan lebihan air bawang yang telah dimesinkan tadi.
Langkah 8 : Sementara tunggu garing….letak garam, gula nissang, perasa skit, pah tu asam gelugor/keping.. Kalau nak letak asam jawa pun boleh. Tapi arwah mok kita ajar letak asam keping.
Langakh 9 : Kemudian masukkan santan
Langkah 10: Tunggu sehingga kuah pekat dan siap untuk dimakan bersama ikan talapian yang telah digoreng atau dibakar tadi.
Sumber : Wan Norhayati Wan Gati
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club