Bab terlupa ini rasanya semua antara kita pernah lalui, lagi-lagi bila tengah kalut. Tangan ligat bergerak tapi fikiran melayang entah ke mana. Contoh perkara biasa terjadi, kita lupa di mana kita letakkan telefon. Maklumlah, sekejap kita pegang telefon semasa di ruang tamu, sekejap lagi di bawa ke ruang dapur, dan akhirnya terlupa di mana kita letakkan telefon tersebut.
Bila tiba-tiba teringat nak pegang telefon, mulalah gelabah ingat kembali kali terakhir kita meletakkan telefon tersebut. Memang cemas juga situasinya bila dicari-cari tak jumpa. Apatah lagi jika telefon berada di dalam keadaan silent mood, hendak di telefon memang tidak berbunyilah jawapnya. Itu memang menyukarkan lagi usaha untuk ditemui.
Pun begitu, jangan risau sebenarnya ada cara yang mudah untuk anda dapatkan semula telefon yang ‘hilang’ itu. Ini menurut perkongsian pereka keselamatan dan jaringan OSD Network & Security, Khednniey di laman TikTok, antara cara terbaik untuk mengesan semula di mana lokasi terakhir telefon kita (walaupun mod senyap) adalah melalui panggilan dari Google.
Caranya mudah sangat, anda perlu pergi ke laman sesawang Google (sama ada dari peranti Android lain atau komputer), taip ‘Find my Android‘.
Pastikan anda mendaftar masuk (sign in) menggunakan emel yang sama digunakan pada akaun Google telefon tersebut.
Kemudian, klik pada fungsi ‘PLAY SOUND‘. Seakan satu ‘panggilan’ dibuat di mana telefon anda ketika itu akan mengeluarkan bunyi selama lima minit, walaupun sedang dalam keadaan mod senyap.
Untuk lebih faham lagi, boleh lihat video ini.
@osd2umy_oe Pastikan anda tahu cara ini apabila phone hilang #OSD2UMY #TikTokGuru #TikTokMalaysia #LearnOnTikTok #JomBelajar #Android #FindMyAndroid ♬ original sound – OSD Network & Security
Sumber : @osd2umy_oe
ARTIKEL MENARIK:“Saya Perlu Sediakan Yuran Pendaftaran RM2,000…” Anak Ni Gigih Cari Wang Untuk Daftar Ke Universiti!
LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club