Perasan tak, sejak-sejak dah ada anak ni, kita dengan pasangan banyak menghabiskan masa demi membesarkan anak-anak dan kerja, sehingga lupa untuk bermesraan antara satu sama lain.

Kalau dulunya selalu dating berduaan, sekarang nak duduk melekat berdua pun susah! Mesti ada yang datang ‘mengacau’. Kan? Hehe. Tak boleh tau macam tu! Macam mana pun, kita kena berlaku adil dengan diri sendiri dan pasangan, kena rasa kasih sayang tu barulah hari-hari yang kita lalui pun tak terasa terbeban. Seperti perkongsian dari Dr Taufiq Razif ni. Jom ikuti perkongsiannya.

—————————————————————————————————

Tadi kami bangun awal pagi. Solat subuh sama sama, zikir sama sama.

Habis zikir pagi saya bisik pada girlfriend saya ni “Jom keluar rumah. Kita sarapan di luar harini “. Si dia tersenyum sambil mengangguk perlahan.

Biasanya kami sarapan oat di rumah je tapi nak taknak harini saya nak ajak juga girlfriend saya ni keluar.

IKLAN

Terlupa Jadi Suami Isteri Sebab Terlampau Sibuk Jadi Mak Ayah

Anak anak kami titipkan sekejap pada adik saya dan kami keluar berdua. Nak taknak kena dating juga pagi ni sebab tengahari nanti saya akan ada mesyuarat sampai petang. Lepastu akan sambung bermesyuarat lagi di Karangkraf sampai ke pukul 11 malam.

Saya nak didik isteri saya bahawa walaupun apa pun pangkat kita dalam rumahtangga tak kisah la ibu ke mama ke mommy ke ataupun ayah ke daddy ke abi ke tetapi pangkat yang kita tak boleh lupa adalah menjadi suami dan isteri kepada pasangan masing masing.

IKLAN

Kadang kita terlampau sibuk jadi mak ayah sampai kita terlupa untuk jadi suami isteri.

Perkahwinan bukan semata mata untuk menjaga anak. Anak tu penting tetapi mewujudkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam hati pasangan juga tersangat la penting.

Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk berpegangan tangan.

IKLAN

Kita taknak makin kita berusia makin kita lupa untuk bercumbu bermesraan.

Kita taknak makin kita berusia hubungan cinta makin hambar, tawar dan akhirnya hilang ditelan kesibukan.

Mulai harini jom kita usaha untuk curi masa untuk dating berdua dengan pasangan masing masing.

Hingga akhirnya kita kembali menjadi suami idaman kepada si isteri. Dan hingga akhirnya kita kembali menjadi isteri dambaan kepada si suami.

Nota kaki : Tolong berikan dan kongsikan nasihat ini pada pasangan masing-masing ya

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI