Terlupa Baca Doa Qunut, Anak Muda Ni Tunjuk Cara Betul Lakukan Sujud Sahwi!

Share

Biasanya, bila sebut sahaja Sujud Sahwi ramai yang faham ia dilakukan kerana terlupa membaca Doa Qunut ketika menunaikan Solat Subuh.

Tetapi sebenarnya bukan sebab lupa membaca Doa Qunut sahaja disarankan Sujud Sahwi, bahkan Sujud sahwi juga hendaklah dilakukan apabila seseorang terlepas melakukan tahiyyat awal atau berasa ragu-ragu terhadap bilangan rakaat dalam solat.

Hal ini dijelaskan lagi menerusi perkongsian video daripada seorang anak muda yang dikenali senagai  Furqan Fawwaz berkenaan sujud sahwi, ia perlu dilakukan sebelum memberi salam pada tahiyyat akhir.

Malah sujud sahwi hendaklah dibuat dua kali beserta lafaznya iaitu sebanyak tiga kali berturut-turut.

Kemudian, duduk kembali dalam posisi tahiyyat akhir dan barulah beri salam seperti biasa tanpa mengulang bacaan lagi.

Lafaz bacaan sujud sahwi 

sumber : Instagram Furqan Fawwaz