Terliur Dengan Rabokki, Nak Puas Hati Lagi Sedap Buat Sendiri. Ni Resipinya, Mudah Sangat!

Share

Siapa suka menonton drama Korea mesti tahu Tteokbokki itu apa bukan? Ia ialah makanan  yang sangat popular yang dibuat daripada kek beras yang lembut. Mempunyai rasa yang digemari ramai dan kuahnya berwarna merah menyala. Pun begitu, jika Tteokbokki diberi tambahan ramen, menu ini pula dipanggil Rabokki.

Bahan-bahan untuk menyediakan menu ini cukup mudah dan ini dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di media sosial dan mendapat perhatian warganet untuk mencuba menyediakannya sendiri untuk dijamu kepada seisi keluarga.

Rabokki (Tteokbokki + Ramen)
Snek minum petang, masak sendiri dapat makan panas-panas. Nak makan kat kedai, entahnya bila

Bahan yang diperlukan adalah

1. Kek Beras Korea atau Tteokbokki


2. Pes cili gochujang


3. Kepingan halus cili gochugaru (chili flakes)


4. Kiub pati ikan bilis
5. Kicap cair
6. Gula/madu
7. Mi segera, telur rebus dan kepingan rumpai laut.

Cara Masak :

1. Rebus air bersama kiub pati ikan bilis sehingga mendidih


2. Masukkan beberapa ketul kek beras korea, biarkan seketika
3. Kemudian tuang semangkuk kecil campuran pes cili korea (resepi saya nyatakan di bawah)


4. Kacau masakan sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.

Campuran pes cili
2 sudu makan pes Gochujang (Cili peram Korea)
1 sudu makan serbuk Gochugaru
(Kepingan halus cili kering Korea)
1 sudu besar gula putih atau madu
3 sudu besar kicap cair
Kacau sebati.

Apabila kuah sudah menjadi pekat, boleh masukkan mi segera satu pek. Tambahkan sosej
Boleh hidangkan dengan telur rebus, kepingan rumpai laut atau keju. Sedia dihidang.

Sumber : Zurina Zulkefli

 

ARTIKEL MENARIK: Susah Sangat Nak Simpan Duit? Wanita Ni Kongsi Cara Menarik Menabung 52 Minggu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club