
Semalam, siapa sangka keterujaan sebuah keluarga dalam perjalanan pulang selepas beraya di kampung bertukar sebaliknya apabila kenderaan mereka terbabit dalam sebuah nahas. Sudahlah tidak bertanggungjawab datang hulurkan bantuan, bahkan pemandu yang menjadi punca insiden terbabit juga terus lesap melarikan diri.
Menurut mangsa, Natasya Nadia, kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya PLUS Sungkai (arah selatan) pada jam 7.30 malam. Terdahulu sebuah kenderaan dari laluan paling kiri tiba-tiba mencelah ke laluan kanan, sebelum menghimpit mereka. Akibatnya, kereta dinaiki keluarga wanita itu terpusing beberapa kali sebelum bertembung dengan penghadang jalan.
Paling menyayat hati, bayinya yang sedang menyusu ketika itu telah tercampak ke tengah jalan akibat nahas tersebut. Aqasha Alhaq, 4 bulan kini terpaksa ditidurkan di NICU akibat mengalami kecederaan serius termasuklah di bahagian otaknya.
Butiran mengenai insiden tersebut mulai tular selepas ia turut dikongsi oleh pelakon jelita, Anzalna Nasir menerusi IG Story pagi ini. Sambil menghargai bantuan artis tersebut, Natasya akui hatinya sebagai ibu luluh melihatkan cahaya mata sulungnya diuji sedemikian rupa.
Dalam perkembangan terbaru, pihak doktor mungkin terpaksa melakukan operation demi menyelamatkan Aqasha. Malah, pemilik kenderaan tersebut juga telah dikenalpasti.
Sumber: Instagram taassyyaaaaa , Anzalna
Tanam Rosemary Beli Di Pasaraya, Memang Boleh Hidup & Ni Caranya!

Sering menyediakan masakan barat tentu anda sudah biasa dengan harba-herba yang digunakan dan salah satunya adalah Rosemary.
Mungkin ada juga yang terfikir, alangkah mudahnya andai pokok ini boleh ditanam. Jadi senanglah untuk digunakan jika perlu tanpa mengira masa, sekadar terus petik di laman rumah.
Pun begitu, sebelum memulakan proses menanam untuk berbudi pada tanah, elok kiranya anda cedok ilmu dan kemahiran daripada perkongsian ini. Jom semak.
Sbb suka sgt rosemary so sy pun tanam lah byk2.. pakai penggalak akar kedai rm2 je pun, sampai ke atas akarnya tumbuh.. yeay..
Caranya, kalau ada rosemary induk, kerat2 dlm sejengkal. kemudian rendam dlm air bancuhan penggalak akar.
Sukatan tu air 1/4 (cawan bekas dadih) + penggalak akar dlm 1 tsp.. rendam keratan >seminggu @ sampai keluar akar mcm nie byk2 baru alihkan ke medium.
bancuhan tu kalau nampak gelap, tukar baru.
Cara ini dikongsikan oleh Ain Mardhiah dan ini pula teknik menanam rosemary guna mineral cup daripada Zafirah Zhahir. Jom semak cara-caranya.
Step 1 : Potong batang rosemary (yang muda) dan pucuknya sekali.
Step 2 : Buat lubang kecik kat mineral cup. Saya buat 4 lubang sbb saya ada 4 keratan rosemary.
Step 3 : Buang daun rosemary bahagian bwh lebih kurang 1 inci untuk mudahkan cucuk ke dlm lubang tadi.. teknik ni mudah sbb plastik kat mineral cup tu pastikan cuma keratan batang bahagian bawah je kena air dan kekalkan kelembapan tinggi untuk mudahkan akar tumbuh. Selalunya sebelum seminggu dah tumbuh akar..
Step 4 : Biarkan sampai akar byk baru pindah ke tanah. Rosemary tak tahan air takung.. medium dia saya guna tanah hitam campur pasir..
Step 5 : Saya siram sekali je sehari.. tu pun sikit je air.. so far dah berjaya hidup alhamdulillah…
Pengalaman yang sana juga turut dikongsikan oleh Syam Rahman yang turutbetjaya menanam rosemerry dengan teknik keratan batang. Ini perkongsiannya.
CARA SEMAI KERATAN ROSMERY
Hari ini di PJ cuaca mendung dan hujan. Mujurlah pagi tadi sempat kekebun untuk bertanya khabar dengan tanaman. Alhamdulillah semunya sihat2 belaka. Kebetulan masa tengah free. Dapatlah sy kongsikan cara2 untuk kita membiakan pokok ROSMERY. Rosmery adalah dalam kumpulan English Herbs. Biasanya rosmery banyak digunakan sebagai bahan perapan utk western food.
Cara2 utk semai keratan rosmery sgt mudah.
1. Ambil dahan yg matang
2. Pastikan dahan telah mengeluarkan akar
3. Buang sedikit daun seperti dlm gambar
4. Semai keratan dalam peatmoos
5. Jaga dengan penuh kasih sayang
Biasanya selepas disemai dlm 3minggu. Anak pokok dah boleh diubah kedalam pasu kecil. Jika ada apa2 pertanyaan, boleh bertanya diruangan komen. Selamat mencuba.
“Ini Hadiah Paling Luar Biasa.” Zaskia Sungkar Hamil, Irwansyah Bakal jadi Bapa Lepas Hampir 10 Tahun Menanti!

10 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat, pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa dilalui pasangan sama cantik sama padan ini dalam usaha untuk menimang cahaya mata.
Namun, usaha gigih dan tidak putus asa akhirnya doa penyanyi dan pelakon terkenal dari Seberang, Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar dimakbulkan.
Dalam satu perkongsian menerusi laman instagramnya, Zaskia memuat naik berita gembira dirinya kini sedng hamil.
Alhamdulillah , rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung.
Sepanjang hampir 10 tahun lamanya kebersamaan ini, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri.
Akhirnyaaa… Alhamdulillah aku hamil. Perjuangan mendapatkan garis dua ini ga sia-sia
Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami. Terima kasih untuk kamu @irwansyah_15 yang selalu bersedia menemaniku mewujudkan kehamilan ini. Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu.
View this post on InstagramA post shared by Zaskia Sungkar (@zaskiasungkar15) on
Dalam perkongsian lain Zaskia memohon orang ramai menitipkan doa agar dipermudahkan segalanya dan selamat selamat melahirkan.
MasyaAllah Tabarakallah Special thanks untuk Dr . @reinorambey dan @morulaivf_jakarta , bener2 puas bgt sama service di morula bikin tenang profesional semua , Dokter @reinorambey the best deh pokoknya , baru nemu dokter yang sedetail ini .
“MasyaAllah dari hal kecil sampe besar semua diperhatiin demi keberhasilan IVF , mana soleh bgt dokternya MasyaAllah hhe paket lengkap deh pokoknya , terimakasih ya dokter ️ temen2 doain kia dan baby nya sehat ya sampai persalinan #masyaAllahTabarakallah #8weekspregnant #syahkisivfjourney
View this post on InstagramA post shared by Zaskia Sungkar (@zaskiasungkar15) on
View this post on InstagramA post shared by Zaskia Sungkar (@zaskiasungkar15) on
Sumber: zaskiasungkar15
Walaupun Tangan Dan Kaki Terlipat Ke Belakang, Pemuda OKU Ini Sanggup Berguling Ke Masjid

Dalam bulan Ramadan ini, tidak dinafikan ramai yang mengambil peluang untuk memperbanyakkan lagi ibadah dan memeriahkan rumah Allah. Walaupun ramai yang menyindir ‘ Hanya nampak setahun sekali,’ jadikanlah ia sebagai titik permulaan.
Agar hati kita tidak terus menerus keras dan kaki berat untuk melangkah ke rumah Allah ini.
Pasti anda ingat lagi sebuah video yang pernah tular suatu ketika dahulu. Melihat seorang pemuda yang kurang upaya. Tangan dan kakinya terlipat kebelakang namun beliau masih gigih untuk beribadah di rumah Allah pada setiap waktu solat.
Menurut pemilik video berkenaan,
“Video itu dirakam di Masjid Kubang Kerian pada Khamis. Saya pernah nampak dia pada 2019. Kemudian pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya lama tak nampak dia.
“Ketika pergi tarawih pada Khamis, baru saya nampak dia balik. Dia ada kaki dan tangan, tapi kakinya terlipat ke belakang. Jadi dia bergerak dengan cara berguling.
“Kalau nak pergi masjid, dia tumpang orang. Bila sampai masjid, dia akan berguling. Itu cara yang dia selesa sejak kecil lagi,”
Menurut Nasrul yang menetap di Bachok, dia sempat berborak dengan pemuda OKU itu, namun tidak bertanya lanjut tentang perihal peribadinya.
“Saya sempat berborak dengannya, tapi tidaklah berborak panjang sebab dah nak solat. Saya tanya umur, katanya umur dalam lingkungan 30-an. Dia tinggal di mana, kerja apa, saya tak tanya.
“Bila tengok dia, saya rasa kagum. Kalau dia boleh datang masjid, takkan kita tak boleh datang? Dia memberi inspirasi agar kita pun rajin datang ke masjid.
“Dalam pertemuan itu, saya pun tak bantu angkat dia, saya memang tak boleh angkat. Lagipun dia memang selesa macam tu. Dia lebih cepat dengan cara itu, dia sendiri pun tak perlukan kerusi roda,” jelas Nasrul lagi.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum dengan kecekalan pemuda itu yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak ke masjid.
“Abang ni la yang akan lari berdesup masa titian sirat nanti InsyaAllah. Hebat kau bang.
“Allahurabbi. Kita yang sempurna jarang ke masjid. Dia ke masjid berguling-guling.
“Dia berguling di dunia, akhirat InsyaAllah dia berlari selaju kilat,” tulis beberapa netizen.
[TIPS]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club