Kita sebagai mak ayah punya misi dan tanggungjawab besar untuk mendidik anak-anak. Menjaga emosi anak juga menjadi sebahagian tanggungjawab mak ayah bagi memastikan emosi anak terjaga dengan baik.
Bergaduh dengan pasangan, samada suami atau isteri misalnya perlu disembunyikan sebaiknya. Namun kita juga hanya manusia biasa bila termarah tanpa sengaja.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, cepat-cepatlah bertindak untuk memperbaiki dan memulihkan keadaan jika berada dalam keadaan sebegini. Biar anak nampak kita sudah berdamai jika bergaduh dengan pasangan.
Tunjukkan yang baik-baik sahaja. Bukan sahaja emosi anak terjaga, emosi kita juga boleh pulih sebaiknya.
Ads
Kami laki bini, selalu juga terlepas bertengkar depan anak-anak. Sampai kadang-kadang, anak yang jadi pendamai kami.
Haih. Begitulah. Kami pun manusia. Mana sempurna. Tapi, lepas dah ok, saya cakap kat suami, “jom berbaik depan anak-anak.”
Berlakon semula pun tak apa. Penting untuk anak nampak kita saling meminta maaf dan berbaik dengan pasangan. Sebab anak akan belajar banyak dari kita.
Ads
Anak akan belajar, kalau buat salah, jangan malu minta maaf. Bila ada konflik, kita selesaikan dengan baik. Bukan lari dari masalah.
Anak akan belajar komunikasi efektif. Macam mana nak menegur dan menerima teguran. Anak akan belajar, macam mana nak menghormati pandangan, walaupun kita tak sependapat.
Ads
Malah kan, bila kita buat macam ni, emosi anak yang terluka boleh kembali sembuh. Kesian kat anak tu, kan. Kadang kita punya masalah, emosi diorang terbabit sama.
Tragedi yang menimpa pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur semalam buat hati jadi sayu.
Ibu mana yang tidak sedih bila mana anak yang dikandungkan dan dijaga sekian lama hilang dalam tragedi penuh mengayat hati.
Namun itulah ketentuan Allah SWT. Semuanya sudah tertulis dan syurga pastinya milik anak-anak syurga ini. Kehilangan nyawa lebih 24 orang dalam tragedi kebakaran awal pagi itu buat kita lebih buka mata.
Sebagai ibu dan ayah, pengetahuan dan orang kata, sentiasa beringat adalah yang selalu dan sentiasa kita kena amalkan. Ajar dan didiklah anak-anak kita untuk lebih peka dengan sekeliling.
Menghadapi kebakaran memang langsung tidak terfikirkan oleh kita. Namun api yang kecil yang kemudian menjadi marak, adalah lawan yang tak termampu untuk kita tangani. Sebagai ibu bapa apa yang boleh kita lakukan adalah sentiasa mengingatkan anak-anak kita.
Jika kebakaran berlaku, persiapkan ilmu untuk mereka dan ajar mereka untuk bertindak. Ini antara yang boleh ibu dan ayah bekalkan sebagai ilmu untuk anak-anak.
1. Tenang saat menghadapi kebakaran. Jangan cemas! Bila tenang, otak akan dapat berfikir dengan baik apa tindakan yang harus kita buat.
2. Jika kebakaran kecil dan masih boleh diatasi, segera padamkan dengan alat pemadam yang ada seperti APAR (Alat Pemadam Api Ringan) atau dengan kain atau guni yang dibasahi air.
3. Jika kebakaran disebabkan oleh litar pintas, segera matikan suis utamadi rumah kita. Perlu segera bertindak!
4.Tutup kawasanterjadi kebakaran agar tidak menjalar ke ruang lain tetapi jangan dikunci.
5. Jika kebakaran besar, segera keluar rumah dan ajak semua keluarga meninggalkan rumah dengan segera!
6. Jangan sibukkan diri untuk mengumpulkan barang di dalam rumah. Jika kesemua barang berharga ini mampu dicapai dengan mudah, langkah ini mungkin boleh anda lakukan. Jika tidak, tinggalkan sahaja. Nyawa anda dan keluarga lebih penting!
7. Berjalanlah dengan tenang, jangan lari dan jangan panik.
8. Ketika berjalan atau berlari, peluk anak-anak yang masih kecil dan ucapkan kata-kata yang baik buat mereka.
9. Jika asap tebal ketika berjalan atau dalam satu kawasan, tutup hidung dengan baju dan jangan sampai anda dan anak-anak menyedut asap.
10. Jika melalui pintu yang tertutup, periksalah suhuterlebih dahulu dengan meletakkan belakang telapak tangan di pintu. Kemudian pegang tombol pintu, jika panas tukar jalan lain untuk keluar.
11. Usahakan untuk berada di kawasan yang terbuka luas untuk bernafas. Cari kawasan yang anda pasti selamat untuk anda dan anak-anak!
Tip Keselamatan Keluarga
Ini yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang pernah menghadapi saat kebakaran di rumahnya. Apa yang boleh dikongsikan olehnya adalah sentiasa beringat dan buat beberapa langkah penting untuk menghadapi saat luar jangka seperti ini. Ini yang patut ibu ayahlakukan di rumah.
Tip 1: Pastikan rumah anda mempunyai dua pintu untuk keluar masuk dengan mudah. Ini penting dan pintu ini jugalah yang akan menjadi penyelamat anda kelak.
Tip 2: Pastikan jalan menuju ke pintu ini tidak dihalang oleh susunan perabot atau barang yang buat anda sukar nak bergerak. Bila berlaku kebakaran, pasti laluan lebih lancar.
Tip 3:Buat kunci pendua. Letakkan pada dua atau tiga kawasan berbeza dan paling penting mudah dicapai ketika anda tidur. Ketika panik, anda hanya mampu capai apa yang ada di depan mata sahaja!
Tip 4:Beli alat pemadam api di rumah. Beli Fire Extinguishers jenis ABC powder untuk kebakaran jenis kertas, kayu, elektrik dan gas. Tak mahal pun, sekitar RM110 sahaja.
Tip 5: Tak salah kalau anda nak beli dan pasang alat pengesan asap kebakaran atau smoke detector fire safety di rumah. Bila menyedari ada asap yang muncul, alat pengesan ini akan berbunyi. Lebih selamat!
Tip 6: Kalau ada duit lebih lagi elok juga belikan selimut tebal atau fire blanket, khusus untuk memadamkan api.
Tip 7: Kena latih isteri dan anak-anak jika berlaku kemungkinan kebakaran. Ajar apa yang kita patut buat seperti langkah di atas.
Ini sangat penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika pergi pasar, kunyit adalah bahan masakan yang wajib beli untuk digunakan ketika memasak di dapur.
Bagi yang minat berkebun, adalah lebih baik tanam sendiri di rumah. Cara untuk menanam kunyit ini pelbagai cara boleh diguna termasuk penggunaan baja.
Tular di media sosial, hasil tanaman kunyit lelaki ini yang begitu banyak telah menarik perhatian netizen.
Dalam satu rumpun akar, hasil kunyit begitu banyak. Begitulah perkongsian pengguna faceebook yang dikenali sebagai Ad Dk.
Rata-rata netizen kagum melihat hasil tanam kunyit yang besar dan banyak. Malah ada yang meminta tip tanaman yang digunakan.
Ikuti perkongsian beliau.
Alhamdulillah selepas menempuh masa berbulan-bulan awal bulan 2 hingga sekarang Dari sepokok anak benih kunyit berbuahkan hasil.
Ini cara tanam nak lebatkan isi kunyit.
Anak benih kunyit tanam dalam kolah yang di isi tanah
Hasil selepas tanam pada bulan 2.
Separuh Kita ambik separuh lagi bagi Kat teman-tanam. Jangan tunggu Masa berlalu pergi tanamlah apa juga jenisnya. Insyaallah sekurang2 ya ade juga hasilnya. Jom tanam dari sekarang.
Selamat mencuba!
Keluarga: Banyaknya hasilnya tuai, kemudian dibuat sedekah. Rezeki makin bertambah!
Kawasan paling banyak bakteria adalah bilik air. Tidak hairanlah apabila lambat dibersihkan, jubin di dalam bilik air mudah kelihatan kotor dan comot. Nampak seperti mudah untuk bersihkannya, tetapi sukar sebenarnya jika dibiarkan terlalu lama tak dicuci.
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia. Bagi yang alah atau sensitif dengan bahan tersebut menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
• 7 cawan air
• 1/2 cawan soda
• 1/3 cawan jus lemon
• 1/4 cawan cuka
Caranya:
• Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
• 2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:
• Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
• Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
• Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
• Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
• Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:
• Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
• Pasang cermin muka di dinding bilik air.
• Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
• Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
• Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
• Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
• Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
• Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di