Keibubapaan

Terlebih Kasar & Agresif, Mak Ayah Elakkan Anak Tonton Tiga Siri Kartun Popular Ni!

Share

Siri kartun di televisyen sememangnya buat anak mudah terleka. Mana tidaknya, dengan jalan ceritanya yang santai, bersahaja dan kelakar itulah yang membuatkan anak kita mudah terhibur.

Namun dalam kita berhibur dan bersantai-santai itu ada mesej yang dibawakan beberapa siri kartun ini kurang sesuai untuk anak kita tonton.

Inilah yang dikongsikan oleh Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim. Tiga siri popular ini ada baiknya kita elakkan untuk anak tonton.

 

Ini top 3 kartun kita kena banned anak tengok! Walaupun kartun ni famous tapi saya benci dengan jalan cerita & meseg yang di bawa mereka.

1. Shin chan
Cerita ni mengajar bercakap bahasa tak senonoh. Feewit, hai gadis cantik dan sebagainya. Tambahan pula si shin chan ni suka tunjuk private part seperti bontot & penis seolah olah ia okey, ish.. tak senonoh betul.

Paling tak suka bila suka merendah rendahkan darjat wanita & langsung tidak menghormati mereka. Dengan ibu sendiri pun dia panggil misae gemuk, buncit.

 

2. Hagemaru
Ini lagi satu, watak budak botak kecik ni sebenarnya mengajar anak kita untuk bercakap bohong, selfish, tak hormat orang tua, sesuka hati guna / ambil barang kepunyaan orang lain & tiada adab.

Nampak je cerita ni di tayangkan cepat cepat saya suruh tukar channel. Memang kelakar, anak ketawa tengok tapi risau ‘mesej negatif’ yang meresap masuk ke dalam otak anak-anak.

 

3. Tom & jerry
Apa kejadah cerita kartun untuk budak budak tapi penuh dengan adegan agresif & keganasan. Dari mula sampai akhir kerjanya bergaduh, pukul memukul, bunuh membunuh..

Tak ada nilai murni yang di sampaikan melainkan jika kita tak suka seseorang tu, gaduh je! Haish.. jangan pelik la kalau adik beradik kat rumah tu asyik bercakaran macam anjing & kucing je.

Pengaruh kartun & animasi ni sebenarnya pengaruh besar dalam pembentukan personaliti & karakter anak-anak kita. Tapis baik baik cerita yang di tonton & pantau rapat rapat konten yang anak lihat di TV & Gajet.

Sebaiknya pilih la kartun yang banyak bawa mesej murni, nilai nilai terpuji, ajar tentang adab, hormat orang tua & sopan dalam berkata-kata.

Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!

Untuk mama papa yang ada baby masih merangkak, jom sertai Pa&Ma x Meracle Baby Merangkak Race dan berpeluang menang wang tunai. Daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/baby-merangkak-race/)

Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.

Hanya perlu join group Whatsapp ini: https://chat.whatsapp.com/JcDPcXwwhrh4v052XOEmAG

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club