Terlebih Ambil Vitamin C Untuk Sihat & Cantik. Dr. Ni Jelaskan Kesannya!

Share

Boleh dikatakan pengambilan Vitamin C begitu popular dikalangan wanita untuk tujuan menjaga keremajaan kulit agar lambat berkedut dan terlihat awet muda.

Begitu juga  pengambilan supplement Vitamin C ini turut diamalkan untuk penjagaan kesihatan.

Sedar dengan khasiat dan manfaat vitamin C, namun jangan pula diambil secara berlebihan.

Jom dengar apa kata doktor tentang pengambilan vitamin C ini.


APAKAH KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN VITAMIN C?

Suplemen Vitamin C adalah suplemen yang selamat digunakan. Jika berlebihan dalam tubuh, ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Ini kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air.

SEMULAJADI YANG TERBAIK

Saya mencadangkan pengambilan suplemen vitamin C dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia lebih natural, semulajadi dan selamat.

Bagi mereka yang mengalami masalah dengan pengambilan sayur-sayuran atau buah-buahan, boleh ambil suplemen vitamin C yang banyak dijual di pasaran.

Carilah suplemen yang dikeluarkan dari syarikat yang dipercayai (tidak semestinya dari syarikat yang terkenal), ada jaminan keselamatan dan tidak melebihi tarikh luput.

Namun begitu jangan ambil berlebihan dos.

KESAN BERBEZA

Walaupun ia boleh keluar melalui air kencing, namun bagi sesetengah individu, ia boleh menyebabkan masalah pedih ulu hati, tidak selesa bahagian perut, sakit kepala, gangguan tidur dan rasa panas pada kulit.

DOS BERLEBIHAN

Ini mungkin disebabkan oleh dos yang berlebihan atau pil vitamin C yang dikeluarkan (oleh syarikat tersebut) tidak sesuai untuk dirinya.

Pilih suplemen vitamin C yang sesuai.

sumber : Dr Zubaidi Hj Ahmad