Terlampau Penat Urus Anak & Suami, Remedi Dari Dapur, Air Lemon Cengkih Booster Buat Migrain Lega!

Share

Penat uruskan rumahtangga, anak-anak dan suami, sampai waktunya mak-mak tumbang jua dek kepenatan melampau. Badan perlukan rehat!

Sekali tumbang dengan demam dan migrain, remedi dari dapur perkongsian Pn Mastura Rashid dengan air rebusan lemon dan cengkih ini mama kena cuba.


Dah 3 hari saya demam dengan batuk selesema teruk. Tidur malam dengan sakit dadanya, kepala yang rasa nak pecah, dan bila berdiri pula rasa bergoyang-goyang pandangan.

Dahlah saya memang tak suka makan ubat demam. Sebab masa muda dulu dah banyak sangat bergantung dengan ubat demam bila sakit.

Jadi bila makin tua ni, saya cuba elakkan. Maka ubat demam biasanya akan jadi pilihan terakhir jika rawatan awal tak jalan.

In fact kalau anak-anak demam, saya prefer bagi mereka minum air barli atau lemon untuk redakan suhu badan. Untuk batuk dan selesema, jika tak ke klinik, saya bagi mereka makan madu dan hisap manuka honey drops yang ada di farmasi. Jika saya migrain, teh cengkih pun dah cukup melegakan.

Jadi disebabkan hari pertama saya diserang migrain yang teruk, dan demam panas, saya pun buatlah remedi dari dapur.
Iaitu air lemon cengkih.

Alhamdulillah surut terus demam dan migrain. Cuma badan masih lembik dan goyang-goyang gitu. Nak buat remedi ni mudah sangat tau.

InsyaAllah berkesan yang amat untuk redakan suhu badan yang panas, bagi dada lapang dan migrain kurang. Tapi kalau migrain disebabkan blocked sinus, remedi ni tak berapa berkesan okeh.

Untuk blocked sinus, kita kena minum remedi yang boleh kurangkan keradangan, kurangkan bengkak dan cairkan lendir yang dah berkumpul di rongga sinus. Yang ini saya pernah kongsikan remedi air susu kunyit lada hitam.

Migrain disebabkan cuaca panas, demam, silau cahaya insyaAllah boleh lega dengan air lemon cengkih ni. Bawah ni saya kongsikan bahan dan cara buat air lemon cengkih.

Bahan:
1 biji lemon
10-15 kuntum bunga cengkih
Air 1 periuk kecil (lebih kurang 4-5 cawan air)

Hiris lemon. Masukkan dalam periuk bersama bunga cengkih. Rebus sampai air tinggal separuh (lebih kurang 2 cawan air). Tutup api dan periuk. Biarkan sampai dia jadi suam-suam panas.

Tuang lemon dalam cawan. Tambah madu asli. Minum je macam biasa okeh. Bila-bila masa. Takde pantang larang ke apa ke takde. Dont worry.

Tak lama lepas minum, kita akan mula rasa lega. Sakit kepala makin lega, panas badan makin surut dan dada yang sebelum ni sakit sedikit lapang dah.

Oh ya. Lemon tu boleh je kunyah-kunyah. Madu tu nak tambah lebih sikit pun boleh je sebab madu kan energy booster. Tau jelah demam ni macamana lembiknya badan tu. Longlai rasa. Semoga bermanfaat!

Menarik: Nak OOTD Sama Anak Jangan Sampai Tak Selesa, Ayda Jebat Kongsi Tip Mudah Bawa Anak Bercuti Ke Luar Negara!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club