Terlalu Sibuk Urus Keluarga Hingga Jatuh Sakit, Abaikan Masa ‘Me Time’, Akhirnya Diri Terkorban.

Share

Hidup ini penuh dengan cabaran. Bagi yang berumahtangga sudah pasti banyak cabarannya. Ia termasuk  sibuk menguruskan ahli keluarga demi memastikan rumah tangga bahagia. Namun sesibuk mana pun kita dengan urusan harian  jangan lupa ‘Me Time’ untuk diri sendiri. Jika diabaikan tentu merana diri.

Sebuah perkongsian yang dipaparkan oleh pengguna facebook puan Suzy  Sharif mengenai kisah seorang isteri yang sanggup berkorban diri hingga lupa tentang masa rehat buat dirinya, hingga ‘makan diri’ hingga jatuh sakit .

Lebih menyedihkan hingga meragut nyawanya. Namun mengejutkan, suami arwah rupanya boleh menyediakan pembantu untuk menguruskan keluarga.

Ikuti perkongsian ini, moga jadi teladan.

Hal ini serius tapi saya nak sampaikan sehabis ringkas untuk bacaan semua kawan-kawan Facebook saya.

Pagi tadi adalah sahabat saya share satu perkongsian ni kat group Whatsapp kami.


Gigihlah saya baca dari awal sehingga akhir.

Dan akhirnya saya setuju dengan si penulis.

Kisah dia pasal seorang isteri yang terlalu sibuk menguruskan hal ehwal keluarga sehinggalah dia jatuh sakit dan kemudiannya menemui ajal.

Setelah dua bulan pemergian wanita tersebut, penulis ni sahabat si isteri pun bertanya khabarlah dengan sang suami tu.

So dia expect si suami ini masih berdukacita dan asyiklah terkenangkan budi baik si isteri dan susahnya hidup dia tanpa isteri di sisi.

Ya lah semasa hayat sahabatnya tu, tak habis-habislah dia memikirkan tentang hal rumah tangga, pelajaran anak-anaklah, menjaga mentua yang sudah tua dan kurang sihatlah, melayan saudara maralah.
Pokok pangkalnya semua dialah.

Seringlah dia mengadu dan merasakan yang keluarga dia sangat memerlukan dia.
Tapi sayang dia tidak pernah dapat sebarang pernyataan terima kasih atau penghargaan atas apa yang dia buat selama ini untuk keluarga.

Haaa jangan cakap pasal ikhlas ya.
Come on kita manusia sesekali perlu jugak sentuhan dan kata-kata yang indah sebagai pembakar semangat untuk terus hidup.

Plot twist.

Rupa-rupanya suami sahabatnya itu sedang menikmati hidup dia.
Dia dah upah maid untuk uruskan rumah tangga dan anak-anak dia.
Dan sempat jugak hire seorang caretaker untuk jaga parents dia yang dah tua.

Jadi apa makna kesetiaan yang tak berbelah bahagi daripada isteri dia dulu?
Pandai pulak dia cari jalan keluar untuk membantu diri sendiri.

Dan apa je yang sahabat dia yang dah mati tu ketinggalan?

Ketinggalan untuk berjumpa kawan-kawan lama kerana menguruskan mentua yang tua dan sakit.

Ketinggalan untuk bertemu dengan siblings se ndiri di majlis keluarga kerana perlu menunggu orang datang repair kerosakan rumah.

Ketinggalan untuk bersendiri dan buat apa yang dia suka kerana perlu membantu anak-anaknya belajar untuk exam.

Ketinggalan untuk membelai diri sendiri kerana perlu memasak macam-macam di dapur untuk kepuasan tekak orang lain.

Jadi kesimpulannya.

Tak ada maknanya di dunia ini yang kita ini diperlukan sangat-sangat oleh orang lain.
Jika dirindui sekalipun, sifatnya sementara sahaja.
Yang hidup pasti akan cari jalan bagaimana hendak meneruskan hidup.

Jadi pastikan diri kita ini yang pertama untuk difahami dan disayangi.
Jangan ajar orang lain yang perasaan kita harus ada di tempat kedua.

Saya tak cakap yang kita orang perempuan kena abaikan semua tanggung jawab.

Cuma, sesekali dalam hidup kita kena tarik hand brake dan berhenti sebentar untuk melayan diri sendiri.

Find your own me time.

Buat apa yang kita suka dan ingat stop ambil pusing dengan kata-kata manusia sekeliling kalau kita nak hidup tenang.

Selagi apa yang kita buat tidak melanggar hukum agama dan nampak canggung di sisi dunia, kita buat je.

Okey kawan-kawan?

Live your life to the fullest!

Sumber:

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club