Terlalu Rindu Masakan Mak. Suami Menangis Bila Isteri Masakkan Sama Macam Air Tangan Mak Di Kampung!

Share

Tentunya ramai antara kita sudah terasa begitu lama tidak dapat balik ke kampung dan rindu untuk bertemu ibu dan ayah. Ada yang hampir setahun tidak bersua muka, dan kerinduan ini begitu berat untuk ditanggung dan ianya tidak dapat dinafikan. Kita semua merasakannya semenjak tidak dibenarkan rentas negeri bagi mengelak penularan Covid-19.

 

Rindu Masakan Mak

Menerusi perkongsian video di media sosial yang dikongsikan Bumohsurprise di akaun Tiktoknya, di mana seorang isteri berkongsi rasa kerinduan suaminya  dengan masakan ibu di kampung.

Apa yang lebih sayu, bila si isteri usahakan  memasak mengikut resipi yang diberikan oleh ibu mertuanya sebagai menu berbuka dan saat hidangan dinikmati oleh suami, secara tidak langsung air mata suami bercucuran disebabkan merasakan menu yang dimasak oleh isteri sama macam ibunya masak di kampung.

Tidak dapat menahan pilu, suami tersebut terus mengalirkan air mata  kerana terlalu rindu dengan ibunya.

@bumohsurpriseKisah sedih ramadhan ke 2 🥲 ##rindumak ##anakrantau ##fypppppp♬ Original sound owner rmdnramli – Keyla Azwan

Melihat di ruangan komen, rata-rata ramai turut berasa  sedih kerana turut sama tidak dapat pulang ke kampung bertemu ibu ayah setelah sekian lama. Malah tidak kurang juga berkongsi pengalaman mereka sendiri yang juga rindukan masakan daripada air tangan ibu.

Sungguh rindu ini begitu pedih dirasakan.

Sumber : bumohsurprise

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club