Nak buat rumahtangga bahagia bukannya mudah. Jika salah cakap atau bersikap tidak sepatutnya akan buat pasangan memendam rasa hingga mengakibatkan hubungan menjadi hambar.
Malah hingga nak terlalu sempurna hingga lupa untuk bertolak ansur dan sanggup membohongi pasangan tanpa fikir akan ada kesannya kelak dalam rumahtangga.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais menerusi coretannya mengenai sikap segelintir suami isteri. Menurutnya demi bahagia, sikap itu harus ‘dibuang’ agar hubungan kekal harmoni.
Buang 6 Sikap Ini.
Suami isteri kena buang 6 perkara ini agar rumahtangga kekal bahagia. Ya, ambil peduli hal ini, walaupun nampak biasa aje! Tetapi jika dibiarkan berlarutan jadi ‘barah dalam hubungan anda dan pasangan.
1 – Rasa Ego Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
Ads
2 – Rasa Curiga Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
Ads
4 – Penting diri ( Selfish )
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Ads
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Sumber: Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyediakan hidangan untuk keluarga selepas pulang dari kerja adakalanya mengambil masa yang agak lama. Biasanya jika mahu cepat, daging atau ayam itu dikeluarkan dari tempat beku terlebih dahulu, namun kadang kala terlupa pula. Mahu tak mahu kenalah tunggu daging atau ayam menjadi lembut sebelum boleh dipotong untuk memasak.
Bagi anda yang menghadapi situasi ini, jangan bimbang kerana ada cara mudah nak lembutkan daging yang beku dalam masa 5 minit sahaja. Apa yang anda perlu sediakan adalah dua periuk jenis logam.
Kenapa periuk logam boleh lembutkan daging? Sebabnya logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang sangat baik. Dan haba yang dihasilkan melalui proses ni cukup kuat untuk lembutkan daging tu.
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Sumber: Sinarfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan mudah bergelar ibu bapa. Pelbagai perkara yang perlu diketahui untuk mendidik anak. Antaranya mendidik anak-anak tentang erti kejayaan. Sebagaimana perkongsian ini.
1. Apabila mereka dapat markah ‘A’ kita mesti ucap tahniah. Bagi hadiah kecil sebagai galakan. Impaknya, dia akan cipta lebih banyak kejayaan.
Kalau anak baru pandai sebut huruf ba. Kita sorak dan buat mereka rasa seronok. Mereka berjaya tolong letak pinggan dalam sinki, ucapkan terima kasih.
“You are brave.”
“You are capable.”
“You are better than before!”
“Aaron dah sama tinggi dengan meja makan.”
Bagi mereka ‘feel’ rasa bahagia apabila buat kebaikan dan rasa dihargai.
2. Apabila anak gagal. Bimbing dia cara berdepan dengan kegagalan. Ungkapkan kata-kata yang boleh positifkan dirinya semula.
Bagi mereka kata semangat yang buatkan dia berazam untuk bangkit semula.
“You can learn from mistakes. I did mine too before.”
“I’m ready to listen, ada masalah?”
Usah dihentam dengan kata-kata menyakitkan. Ingat, ia proses membentuk identiti anak. Nak bina bandar Rome tak ambik masa sehari tau!
3. Ucapan tahniah, terima kasih dan tunjukkan penghargaan adalah salah satu resipi mahal dalam pembesaran anak-anak.
Tak perlu terlalu keras dengan mereka seolah diri kita lebih hebat dan tak pernah gagal sewaktu kecil dulu.
4. Bina jatidiri anak-anak. Jangan masa mereka cemerlang je kita ambik kredit. Tapi masa mereka jatuh kita salahkan orang lain. Lebih teruk, kita tambah pula penderitaan mereka. Emosi dan mentally.
5. Orang berjaya ialah orang yang banyak belajar dari kegagalan dan bangkit darinya. Tak semua orang yang dapat bangun semula selepas ditimpa musibah pada diri mereka.
Orang berjaya, kekal sukses kerana dalam diri mereka ada ‘strong will’ yang tidak ada pada semua orang. Sifat ini yang kita nak didik dalam diri anak-anak. Jadi seorang fighter! Never give up hadap cabaran hidup.
“I’m proud with your success!”
“Be an example to your brothers.”
“One day you will become a great person.”
Semoga kita semua berjaya mendidik anak-anak jadi insan mulia. Doakan kami juga ya, agar dapat jadi ayah ibu yang dikagumi dan disayangi anak-anak.
Kredit: Hafizul Hakim
Saya pun baru nak belajar erti kejayaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Peranan isteri bukan sahaja menguruskan rumahtangga tetapi turut membantu suami menambah pendapatan. Jika suami susah, isteri sanggup melakukan kerja tambahan untuk memastikan rumahtangga kekal bahagia.
Membantu suami kala susah, tidak salah jika bukan paksaan. Ia dilakukan atas kerelaannya. Tidak ramai wanita sanggup berbuatan demikian untuk suami. Sebagaimana perkongsian ini, menarik untuk kita renungan bersama bahawa tolak ansur dan saling membantu kunci bahagia rumahtangga.
SENTIASA DI SISI SUAMI KALA SUSAH DAN SENANG
Perempuan yang cantik itu banyak. Tapi perempuan yang boleh ada di saat kau terjatuh dan masih setia menyokong, itu sukar dicari ganti.
Hargailah mereka selagi Tuhan masih beri peluang untuk punya dia.
Lagi-lagi isteri! Isteri untuk disayangi, dilindungi, dicintai dan diberikan hak mereka sebagai seorang isteri.
Hentikanlah perbandingan seperti ini. Hentikanlah perbandingan yang menunjukkan isteri sekarang malas dan tak suka tolong suami. Hakikat sekarang, isteri kerja sama kuat dengan suami.
Jika mereka suri rumah, mereka lebih bekerja kuat. Jika mereka suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja lebih kuat. Jika mereka bekerja, menjadi suri rumah dan berniaga sambilan, mereka bekerja sangat sangat kuat.
PERANAN ISTERI DULU DAN SEKARANG LAIN
Isteri dulu dan zaman sekarang fungsinya sangat berbeza. Mereka berfungsi mengikut zaman, bukan berfunsi kengikut ketetapan suami. Bukan begitu.
Hargai isteri.
Jika mereka tak sempat masak sedap, kita belikanlah makanan sedap untuk mereka. Jika mereka tak sempat kemas rumah, kita bantulah kemaskan rumah untuk mereka. Jika mereka letih, kita jadilah tukang urut mereka. Jika mereka sedih, kita jadilah penenang mereka.
Membandingkan isteri dulu dan sekarang hanya dilakuakn oleh orang bodoh dan suami yang merasakan ini adalah perbandingan wajar adalah lebih bodoh lagi.
Sumber: Mohd Firdaus Jailan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...