
Lazimnya bila berat badan bertambah, seseorang itu akan berusaha untuk mencari menu atau resipi terbaik untuk berdiet. Namun buat mereka yang mengalami masalah kurang berat badan, apa pula menu yang sesuai untuk diamalkan?
Mungkin bagi orang dewasa tidak begitu merunsingkan berbanding jika anak-anak kita. Ini memandangkan pertambahan berat badan sangat penting dengan usia anak-anak bagi memastikan proses tumbesaran mereka berlaku normal.
Untuk itu, melalui perkongsian Suriati Sidik yang juga merupakan seorang ibu terpanggil untuk berkongsi resipi aiskrim sebagaimana yang disarankan oleh doktor anaknya. Memandangkan kanak-kanak suka aiskrim dan ini juga salah satu cara untuk memancing selera mereka. Jom semak apa ramuannya.
Ais krim Malaysia yg sihat
“Resepi ni dari doctor pakar yg observe perkembangan anak saya untuk meningkatkn berat badan ank Jadi kalau ada yg nk naikkan berat badan anak2 ataupun nk bg pemakanan sihat anak2 boleh cuba resepi ni..sangat sedap ?..orang tua pun bole.”-Suriati Sidik
Bahan-bahan:
Susu segar
Pisang
Kurma
Susu manis
Cara penyediaan :
- Blend semua bahan sampai hancur.
- Masukkan ke dalam sarung aiskrim dan bekukan.
Ekstra info :
Saya buat 2 rasa…yg gelap tu sy tambah milo. Sukatan ikut suka. Kalau yg tak nak buat aiskrim pun boleh. Buat minuman hari2 pun boleh, buat air susu segar+kurma+pisang .
sumber : Suriati Sidik via MAHN
Bawang Mentah Lebih ‘Berkhasiat’ Berbanding Bawang Yang Dimasak, Bantu Cegah Sakit Jantung & Strok

Bawang merah sering digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit untuk rawatan tradisional sejak berkurun lamanya. Selalunya bawang merah ditumis sebagai bahan penyedap dalam masakan.
Sama seperti bawang putih, bawang merah juga turut dikenali sebagai ‘superfood’ kerana ia mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan.
Tahukah anda bahawa bawang mentah lebih banyak khasiatnya berbanding bawang yang dimasak? Berikut kupasan daripada saintis Dr Suri Roowi
BAWANG MENTAH LEBIH BERKHASIAT BERBANDING BAWANG YANG DIMASAK ?
1. Bawang merah mentah kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid.
2. Bahan ini bersifat antiplatelet dan antikanser terutamana antikanser usus, perut dan kerongkong.
3. Sumber bersifat antiplatelet biasanya digunakan untuk mencegah terjadinya penggumpalan darah. Sumber ini boleh digunakan oleh pesakit dengan masalah pembuluh darah sumbat seperti penyakit jantung koronari dan penderita stroke.
4. Justeru, makan bawang merah mentah bagus untuk membantu mengelakkan penyakit-penyakit ini.
5. Sebaliknya, bahan khasiat ini akan mudah hilang jika bawang dimasak. Kajian ke atas 12 pesakit menunjukkan sifat antiplatelet akan musnah dalam masa 3 dan 6 minit selepas bawang dimasak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya berubah sifat dan ia merangsang aktiviti platelet (jadikan darah mudah bergumpal).
6. Bawang kuning tinggi mineral seperti fosforus, potassium, magnesium dan zat besi. Manakala, bawang merah pula tinggi antioksidan dan vitamin C.
7. Simpan bawang dalam freezer selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang di mana bahan antioksidan (quercetin) akan terhasil dengan lebih banyak lagi.
Justeru kurangkan `membawang’, sebaliknya makanlah bawang mentah sebagai ulam untuk membantu mengelakkan sakit jantung dan ‘stroke.’
Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by mart-production from Pexels
Rupanya Nak Anak Remaja Suka Bantu Buat Kerja Rumah, Begini Prof Ni Kongsikan Tipsnya!

Dulu masa anak-anak masih kecil tentu kita membayangkan jika mereka meningkat remaja, semakin mudahlah untuk mereka membantu kita di rumah.
Namun bila anak semakin membesar, lain pula jadinya. Tidak mudah juga rupanya untuk anak-anak ringan tulang membantu kita melakukan kerja-kerja rumah. Selagi tidak disuruh, selagi itu semuanya seakan ‘liat’ untuk melakukan kerja-kerja seperti menyapu, melipat kain, mencuci pinggan dan sebagainya.
Pun begitu tahukah anda, sebenarnya ada trik dan tips yang boleh dilakukan oleh anda untuk menarik minat anak-anak remaja ini melakukan kerja-kerja mengurus rumah dan sebagainya.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Dr Shima Mahiddin, beliau merupakan seorang pensyarah di UIAM dan juga merupakan pensyarah kanan di UPM. Malah mempunyai sijil hipnosis, hipnoterapi, magnetism for healing, nyata punya pengalaman luas untuk berkongsi ilmu.
Melalui postingnya terdahulu ada menyentuh tentang bagaimana didik anak remaja dengan penuh kasih sayang agar ringan tulang membantu ibu di rumah. Jujur kita katakan bukan mudah sebenarnya berdepan dengan anak-anak yang telah remaja, cabarannya jauh berbeza berbanding mereka masa kecil. Memang lagi mudah untuk dapatkan bantuan daripada mereka.
Menyedari senario ini, ada baiknya kita sebagai ibu bapa ketahui cara betul untuk mendekati jiwa anak remaja agar mudah mendengar kata dan sekali gus ringan tulang membantu kita pada bila-bila masa diperlukan.
Nak tahu detail, jom semak!
Saya percaya menjadi ibu bapa kepada remaja belasan tahun mungkin merupakan tugas yang paling sukar berbanding ketika anak-anak masih kecil. Jika tidak diurus zaman remaja mereka, fahamlah kita apa akibatnya.
Dikatakan pada zaman remaja, rakan-rakan dan media lebih berkuasa dalam hidup mereka. Tetapi kajian dan pengalaman menunjukkan dengan jelas : ibu bapa adalah sangat penting dalam kehidupan remaja.
Remaja belasan tahun perlukan sokongan, panduan dan perhatian daripada ibu bapa seperti mana waktu mereka kanak-kanak juga. Jadi, bagaimana hari ini kita dapat bentuk mereka supaya mereka seronok untuk bantu kita buat kerja di rumah.
1. Agihkan Tugas
Lagi-lagi bila kita ada anak yang ramai. Maka, pengagihan tugas di rumah ni penting. Masing-masing perlu diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai ikut usia mereka.
2. Berikan Pujian
Siapa yang tak suka dipuji. Boleh kembang kempis hidung bila dipuji. Pujian dan kata-kata yang baik boleh merangsang dan menaikkan semangat anak-anak untuk lebih rajin membantu pada masa akan datang.
3. Banyakkan Bersabar
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak buat kerja rumah. Kita pun tak boleh nak harapkan mereka buat kerja rumah dengan sempurna. Jika ada yang tak kena, mahu tak mahu memang kena sabar. Dengan penuh kasih sayang kita perlu beritahu mereka kenapa perlu begitu dan begini.
Contohnya, anak remaja lelaki yang rajin membantu ibunya di dapur adalah “bakal dambaan suami setiap wanita” kerana dia lebih memahami susah payah seorang isteri bila berkahwin nanti. Dia akan menjadi suami yang lebih bertolak ansur bukan suami yang hanya tahu memberi arahan dan mengharapkan segalanya tersedia untuknya.?
Anak remaja perempuan pula, kita boleh ajak shopping bersama-sama membeli barang dapur dan memasak makanan feveret dia.
Dengan penuh kasih sayang dan puji-pujian kita boleh menyampaikan pesanan, bahawa suatu hari nanti walau setinggi mana pun dia belajar, hasil air tangan isterilah yang sangat suami dan anak-anak nantikan. Betapa istimewanya dia mempunyai kelebihan resepi masakan sendiri yang didambakan bakal calon suami.
Sumber : DrShima Mahiddin
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Makanan Sihat Elak Mati Pucuk, Para Suami Wajib Tahu, Barulah Isteri Makin Sayang!

Mati pucuk yang diertikan sebagai kegagalan zakar untuk menegang semasa melakukan hubungan intim sememangnya meninggalkan kesan paling mendalam buat suami. Kegagalan mereka untuk beraksi di ranjang selalunya menjadi kelemahan terbesar pada suami.
Dan hal inilah yang paling ditakuti oleh sang suami. Merokok dan kerap melakukan onani antara punca terbesar masalah mati pucuk. Bila mana darah tidak dapat sampai pada zakar dengan baik, ditambah dengan gaya hidup yang kurang sihat, semakin memburukkan keadaan.
Sebenarnya makanan bukanlah cara untuk elakkan mati pucuk sebaliknya dikatakan mampu mencegah dan membantu masalah ini berlaku.
Rangkaian makanan ini suami harus ambil untuk menjamin kerukunan rumah tangga.
Madu
Madu bukan hanya dapat tingkatkan sistem ketahanan tubuh dan meningkatkan keupayaan lelaki bahkan mampu menghilangkan zat bahaya yang memenuhi pembuluh darah dan usus. Malah madu juga dapat membantu melawas pembuangan air besar jika diminum bersama air secara konsisten.
Flavonoid
Flavonoid yang terdapat di dalam coklat gelap bertindak meningkatkan aliran darah dengan lebih efisyen. Jadi masalah mati pucuk yang disebabkan oleh sekatan darah ke zakar dapat diatasi.
Jintan Hitam
Jintan hitam juga antara makanan yang disyorkan pada suami. Ia baik untuk meningkatkan aliran darah selain baik untuk mengatur metabolisme dan menyeimbangkan paras insulin.
Kurma
Kurma dapat memberikan tenaga tambahan dengan kadar segera pada lelaki. Tak hanya tenaga tetapi kurma baik untuk menyembuhkan batuk, selesema, asma, radang saluran pada leher, demam dan masalah hati.
Kiwi
Buah kiwi mempunyai khasiat yang sangat kompleks yang boleh memberi kebaikan secara tidak langsung kepada organ seksual lelaki. Malah kajian membuktikan elemen ini mampu membantu meningkatkan tekanan darah ketika ingin beraksi.
Tiram
Mineral zink yang tinggi di dalam tiram memainkan peranan penting dalam pengeluaran hormon testeron lelaki dan ini dikatakan baik untuk masalah kelakian lain seperti mati pucuk dan sebagainya.
Jambu
Jambu yang kaya dengan vitamin C dapat membuatkan lelaki mudah mengalami ereksi.
Pistachio
Protein arginine yang terkandung di dalam kacang pistachio ini dikatakan dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah dengan lebih berkesan.
Pisang
Pisang dikatakan dapat membantu zakar untuk ereksi kerana kekuatan otot.
Tembikai
Ada sesetengah pakar perubatan mengakui tembikai adalah viagra semula jadi. Tembikai juga dapat membuatkan tubuh menjadi tenang dan melancarkan perjalanan darah ke zakar.