Melihatkan cara Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob melayani isteri kesayangannya dengan penuh kasih sayang, jelas menunjukkan sisi penyayang dan prihatin seorang suami.

Semalam ulang tahun perkahwinan ke 13 Selebriti Datuk Fazley Yaakub dan isterinya, Datin Azrene Ahmad. Dalam satu perkongsian, ayah kepada empat cahaya mata ini memuat naik luahan yang cukup istimewa buat isteri kesayangannya.

“Terlalu Banyak Air Mata Keperitan & Kepayahan.” Fazley Yaakob Dedah Isteri Pernah Keguguran 13 Kali Sebelum Dikurnia 4 Anak

Dalam perkongsian tersebut, Datuk Fazley memuat  naik video sewaktu awal pernikahan mereka.


“Terlalu Banyak Air Mata Keperitan & Kepayahan.” Fazley Yaakob Dedah Isteri Pernah Keguguran 13 Kali Sebelum Dikurnia 4 Anak

IKLAN

Selamat Ulangtahun perkahwinan yang ke-13

Buat adik sayang @azrene_ahmad , selamat ulang tahun perkahwinan kita, dimana 7 November 13 tahun yang lalu kita telahpun disatukan. Terlalu banyak titisan air mata keperitan dan kepayahan yang menitis di antara kita serta seluruh keluarga kita.

Insan yang seharusnya mendoakan kekuatan kita, hanya menjadi punca kedukaan kita. Doa insan itu agar kita putus segera, agar kita tak punya cahayamata dan agar Adik dibenci ibu mertua sendiri @rsd.umi , namun Allah Maha Kuasa, 13 tahun kita bertahan.

IKLAN

Walaupun penuh dengan pelbagai cobaan fizikal dan mistik, namun kita tetap utuh bak pesan arwah Bapak “Perkukuhkan agamamu, kuatkan kasih sayang kalian sepanjang hayat!” Agar segala gangguan tidak akan mampu memecah belahkan kalian sekeluarga. Kita masih bersama dan dikurniakan 4 orang cahaya mata walaupun sehingga 13 kali adik keguguran. Hanya Allah yang Maha mengetahui mengapa ianya berlaku.

Walau cubaan demi cubaan untuk menganggu gugat hubungan adik dengan ibu @rsd.umi , namun kasih sayang ibu pada adik, dan adik terhadap ibu mertua adik tetap utuh dan teguh. Doa abang, agar kita kekal tabah sehingga ke akhir hayat. Ya benar, dia tetap mencuba pelbagai cara untuk memisahkan kita, namun yakin lah ALLAH MAHA BERKUASA LAGI ADIL DAN SAKSAMA. Selamat Ulangtahun ke -13 Adik sayang.

“Terlalu Banyak Air Mata Keperitan & Kepayahan.” Fazley Yaakob Dedah Isteri Pernah Keguguran 13 Kali Sebelum Dikurnia 4 Anak

IKLAN

Buat mereka yang berdiri teguh di belakang kami, bagi memastikan pernikahan tetap berlangsung, bersabung nyawa, meredah cacian dan hilang punca rezeki dan kehidupan, terima kasih tak terhingga buat kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua selama ini.

Ingatlah, benteng dan kekuatan kita ada pada kesungguhan kasih sayang kita sesama keluarga dan tunggak masjid yang kita bina ini adalah keimanan serta solat kita. Love you Adik Sayang! ❤️❤️❤️

 

View this post on Instagram

 

Buat adik sayang @azrene_ahmad , selamat ulang tahun perkahwinan kita, dimana 7 November 13 tahun yang lalu kita telahpun disatukan. Terlalu banyak titisan air mata keperitan dan kepayahan yang menitis di antara kita serta seluruh keluarga kita. Insan yang seharusnya mendoakan kekuatan kita, hanya menjadi punca kedukaan kita. Doa insan itu agar kita putus segera, agar kita tak punya cahayamata dan agar Adik dibenci ibu mertua sendiri @rsd.umi , namun Allah Maha Kuasa, 13 tahun kita bertahan. Walaupun penuh dengan pelbagai cobaan fizikal dan mistik, namun kita tetap utuh bak pesan arwah Bapak “Perkukuhkan agamamu, kuatkan kasih sayang kalian sepanjang hayat!” Agar segala gangguan tidak akan mampu memecah belahkan kalian sekeluarga. Kita masih bersama dan dikurniakan 4 orang cahaya mata walaupun sehingga 13 kali adik keguguran. Hanya Allah yang Maha mengetahui mengapa ianya berlaku. Walau cubaan demi cubaan untuk menganggu gugat hubungan adik dengan ibu @rsd.umi , namun kasih sayang ibu pada adik, dan adik terhadap ibu mertua adik tetap utuh dan teguh. Doa abang, agar kita kekal tabah sehingga ke akhir hayat. Ya benar, dia tetap mencuba pelbagai cara untuk memisahkan kita, namun yakin lah ALLAH MAHA BERKUASA LAGI ADIL DAN SAKSAMA. Selamat Ulangtahun ke -13 Adik sayang. Buat mereka yang berdiri teguh di belakang kami, bagi memastikan pernikahan tetap berlangsung, bersabung nyawa, meredah cacian dan hilang punca rezeki dan kehidupan, terima kasih tak terhingga buat kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua selama ini. Ingatlah, benteng dan kekuatan kita ada pada kesungguhan kasih sayang kita sesama keluarga dan tunggak masjid yang kita bina ini adalah keimanan serta solat kita. Love you Adik Sayang! ❤️❤️❤️

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Sumber: IG fazleyyaakob

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI