Terkini: UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya, PT3 Dibatalkan Tahun Ini.

Share

Impak pandemik Covid-19, bukan sahaja kepada sektor ekonomi tetapi bidang pendidikan. Sejak penularan tahun lepas, sesi persekolahan telah ditutup sehingga di buka pada awal tahun ini.

Namun sejak beberapa minggu ini, wabak ini makin ‘mengganas’ menyerang sekolah hingga memaksa penutupan sekolah buat sementara waktu untuk proses nyah kuman dan pembersihan di kawasan yang terbabit.

Rentetan ini, mengakibatkan sesi persekolah terganggu dan ada segelintir ibu bapa mula mengambil keputusan untuk ‘cutikan’ anak-anak sendiri untuk berada di rumah.

Nyata situasi ini akan mengganggu pembelajaran anak-anak secara konsisten secara bersemuka di sekolah.

Keadaan ini merisaukan ibu bapa terutama anak-anak yang akan menduduki  peperiksaaan utama seperti UPSR dan PT3.

Terkini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula 2021.

Katanya lagi, kementeriannya akan memperkasa pentaksiran berasaskan sekolah mulai tahun ini susulan pemansuhan itu. Manakala penilaian bagi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada untuk tahun ini juga akan dibatalkan.

Jelas beliau, keputusan membatalkan PT3 bagi tahun ini dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

“Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh dan kita memgambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan,” katanya.